19 October, 2015

Siapa nak bunuh jerawat??

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Musuh wanita adalah JERAWAT..
kalau boleh sebiji pun tak nak kasi tumbuh okey...Menci tau!
Alhamdulillah...nieyl dah jumpa cara nieyl untuk menjaga kulit dariapda
naik jerawat dan kulit licin..hihihi..

Kepada mereka yang belum temui caranya.
Mungkin boleh cuba beberapa cara ini untuk membunuh jerawat tu..

Anggur merah
Makan buah anggur merah ini sebab kaya antioksidan ini sangat bagus membersihkan peredaran darah dari racun, mengatasi radikal bebas penyebab jerawat dan biji anggur yang lebih kaya antioksidan boleh mencegah alergi dan membuat wajah bersih.

Ikan
Makan ikan sebab ikan laut kaya protein dan lemak omega 3 yang penting untuk
menjaga kesihatan kulit. Ikan juga rendah lemak yang tidak akan menimbulkan jerawat di wajah.
Ruginya siapa yang tak makan ikan..huhu

Bawang putih 
Bukan semua orang yang suka makan bawang putih kan,
sebab nieyl sendiri pun tak suka makan bawang putih nie..
 tambah pula bau dan rasanya yang kuat.
Tapi sebenarnya bawang putih terbukti jadi ubat alami pencegah dan penyembuh jerawat,
 baik dengan cara dimakan atau dijadikan masker.
Ooo...patutlah orang korea suka makan bawang putih kan...

Kerang 
Kerang memiliki kandungan zink dan vitamin A yang akan membantu menyembuhkan jerawat. Jerawat yang meradang boleh disembuhkan lebih cepat.


Avokado 
Buah ini kaya dengan vitamin C dan E yang penting untuk 
tepis radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.

 Lobak merah 
 Lobak merah kaya vitamin A yang membantu tubuh berfungsi
 lebih efektif menjadikan kulit lebih tegang dan sihat dari radikal bebas dan serangan bakteria.


Kalau nak kulit yang sihat dan cantik..
kena lebih rajin, tak boleh nak malas²..
kena jaga pemakanan,kebersihatan... :)

Selamat Mencuba....

-LOVE xoxo-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)