15 October, 2015

Kena Rajin Gosok Gigi OK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Selamat pagi...
Ha..siapa kat sini yang tak rajin gosok gigi??
So,kalau mana yang tak rajin tu...
tahun baru ni meh rajin² gosok gigi okey...
Gigi yang sihat dan cantik mampu mengukir senyuman yang menambat hati.

Jadi,ada beberapa sebab kenapa lepas nie kita kena lebih rajin gosok gigi..

1. Florida 

Kalau iklan Ubat gigi je..mesti ada sebut pasal Florida..Floria kan..
Tahu tak apa dia florida tu?
Florida merupakan ‘agen’ penting dalam mencegah berlakunya kaviti.
kalau kita  memberus gigi sebelum tidur,
florida akan membentuk satu lapisan untuk melindungi gigi.
Apabila kita  bangun tidur keesokan paginya,
memberus gigi ibarat touch up kepada lapisan perlindungan yang sedia ada tu.

2. Bakteria
Sehari berapa kali kita gosok gigi??Jawab..jawab... :)
Sekurang²nya kita memberus gigi dua kali sehari untuk
menghalang bakteria jahat daripada ‘bersarang’ di dalam mulut.
Bakteria yang dibiarkan begitu sahaja di dalam mulut lebih daripada 24 jam mampu untuk merosakkan enamel gigi, seterusnya gigi akan mudah berlubang dan menjadi hitam.
Nak ke belum tua lagi..gigi dah rosak²...taknak kan...


3. Rangsang 

Siapa tidur,banyak peta dekat bantal??hihihi
Fungsi Air Liur Apabila kita tidur pada malam hari,
penghasilan air liur adalah berkurangan berbanding siang hari.
Air liur atau saliva ini sebenarnya bertindak sebagai lapisan tambahan
untuk melindungi gigi dari terhakis oleh bakteria
dan mengurangkan kesan pembentukan plak yang akan membawa kepada masalah kaviti.


4. Melindungi Gusi

Tak ada gusi..tak ada gigi tau...
Gusi adalah bahagian paling utama dalam kesihatan gigi.
Jika kita tidak jaga gusi, gigi akan mudah tertanggal sebelum waktunya.
Kurang peka juga menjadikan gigi sensitif,
gigi beralih, gigi mudah tertanggal atau patah,
dan gusi bengkak serta berdarah. 



5. Jimat Duit 

Siapa taknak penjimatan duit..jangan jaga gigi ye...
Kalau kita gagal memberus gigi secara konsisten,
masalah yang lebih teruk akan muncul.
Rawatan akar, kaviti atau membuat gigi palsu memerlukan wang yang
lebih berbanding kos membeli berus dan ubat gigi setiap bulan.
Mencegah itukan lebih baik dr merawat.



6. Bantu Memperbaiki Kesihatan Diri 

Kalau gigi kita bersih,cantik..nak senyum sepanjang hari pun tak apa tau..
Senyuman menawan dengan gigi yang bersih adalah lambang kepada
kesihatan kita. Masalah gusi yang tidak sihat bukan memberikan
kesan kepada kesihatan mulut kamu semata-mata,
 sebaliknya mampu merebak ke saluran darah.
dan nak senyum pun...xnak..hilang keyakinan diri..

7. Hilang Deria Rasa 

Jangan kita tak tahu pulak..
Plak dan bakteria yang terkumpul di dalam mulut kita tu
 akan merosakkan deria rasa secara perlahan-lahan.
 Kalau kita nak menikmati makanan dengan kelazatan yang sewajarnya,
selalulah memberus gigi.


 8. Cegah Pembentukan Plak

 Plak mudah terbentuk pada gigi di bahagian bawah atau yang
berhampiran dengan gusi dan berwarna kekuningan.
Cara terbaik untuk merawat masalah plak ini adalah dengan mengunjungi doktor gigi untuk melakukan cucian. Senang cakap.."karat gigi laaa"

 9. Nafas Lebih Segar

Kalau mulut kita berbau..agak² orang lain selesa tak nak cakap ngan kita?
Sedangkan kita sendiri pun rasa tak selesa..
 Rasa malu kalau kawan kita menutup hidungnya!
Keadaan ini tentu saja membuatkan kitarasa rendah diri dan tertekan. 

 10. Gigi Lebih Putih 

Gigi kuning, bukanlah satu imej yang menarik.
Jadi, cegahlah ia dengan sentiasa memberus gigi.
Bawalah berus dan ubat gigi di dalam tas tangan kita.


Okey itu sahaja nak share pagi ni..
ha...jangan amek ringan penjagaan gigi..:)

-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhhh nieyl...hari ni ala2 dentist gituuuu heheheeheh.... akak ni last tampal gigi mase sekolah menengah dulu...sampai dah umur 33 ni alhamdulillah gigi sihat...tips senang ajek, tiap kali pas makan gosok gigi...sebelum tdo tu wajib gosok gigi....

    ReplyDelete
  2. ade ke yg malas gosok gigi?? huhuhuuuu...

    ReplyDelete
  3. KITA YG PARENT NI MMG SEDIA MAKLUM RAJIN LA ... ANAK2 PALING PENTING KITA KENA DIDIK DAN JG GIHI DIORG .... KESIAN ANAK KLU SAKIT GIGI KAN ...KITA SAKIT GIGI PUN SEKSA KLU DIORG LAGI LA KAN

    ReplyDelete
  4. Kakak tengok smiley face yg Nieyl tepek pun dah senyum
    Yelah kalau tak jaga gigi nak senyum pun malu.
    Tips yg baik utk sama-sama kita ambil kira.

    ReplyDelete
  5. Dah sental, tapi tak mahu putih jugak.. T_T

    Nak guna berus jamban, tak sampai hati pulak.. huhu

    ReplyDelete
  6. Malam wajib gosok dan kumur dengan listerin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)