20 October, 2015

Muka cantik...ketiak hitam...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



 Pernah tak uolls rasa terganggu dengan situasi macam nie??
Memang memalukan bukan bila seorang gadis sunti yang cantik rupawan
tiba-tiba punyai kulit gelap di daerah ketiak.

 Jangan bersedih!
Jom selesaikan dengan beberapa tip yang
mudah agar kita miliki kulit yang cerah dan sekata di kawasan bawah lengan.
 Mudah-mudahan perubahan ini akan memberi satu
keyakinan dan semangat yang baru pada diri kita.

Jangan ambil mudah ye...
Penampilan tu luar dalam kena jaga.. :)


Pengelupasan Sel Kulit Mati 
Ok kalau oulls nak tahu  kulit hitam yang ada, sebenarnya merupakan
kumpulan sel kulit mati.
Jadi kita boleh gunakan produk-produk yang boleh di percayai
dan menyediakan perawatan khusus untuk membuang semua sel kulit mati
 terutamanya di bahagian kulit bawah lengan dengan cara penglupasan. 
 Kita jugak boleh mengunakan teknik menggosok bahagian ketiak menggunakan scrub,
 fungsinya untuk merangsang sel-sel kulit membentuk lapisan baru yang telah rosak.


Memilih Pisau Cukur 
 Bulu ketiak yang tidak di cukur sempurna adalah salah satu punca 
penyumbatan pori-pori kulit di sekitar ketiak. 
Ia boleh  menjadikan kulit di kawasan bawah lengan menghitam. 
 Jadi, untuk mengelakkannya pilih lah pencukur yang berkualiti dan elakan daripada 
memakai pisau cukur yang tumpul. Kamu juga boleh menggunakan
 altenatif waxing untuk mencabut bulu ketiak hingga ke akarnya


Jangan Salah Pilih Deodorant 
Jangan tak tahu ya..
 pemilihan deodorant yang salah juga boleh menyebabkan
 ketiak kamu gelap dan menghitam. Besar kemungkinan kandungan di dalamnya tidak 
berapa sesuai dengan jenis kulit kita hingga boleh menyebabkan kulit warna berubah menjadi gelap.apa kata pilih deodorant yang mengandungi 
kandungan asam linolenat dari minyak biji bunga matahari
 untuk mengurangkan warna hitam pada ketiak.
 Tetapi sebelum kita  guna, pastikan kamu tidak alah dan selamat menggunakannya.


Memutihkan Kulit Ketiak 
Semua orang nak putihkan kulit ketiak kan..
So, boleh Guna Limau Limau nipis bukan sahaja mempunyai bau yang sedap
 dan menyegarkan, ia juga boleh mengurangkan masalah kulit gelap di bawah lengan. 
Dan  juga boleh menghilangkan bau busuk di bahagian ketiak. 

Caranya senang sahaja. hanya perlu belah limau dan kemudian sentalkan di ketiak sehingga segala kotoran tetanggal. Oh ya, jangan lupa sentalkan sekali kulit limau di ketiak ya, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bau busuk yang ada!


Pola Pemakanan 
 Mungkin kita seorang yang suka makan makanan pedas.
 Hmm... mesti uollstak tahukan, ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan perut, 
malah ia juga boleh menyebabkan kelenjar peluhmu semakin aktif.
 Jadi, pilih menu yang terbaik untuk badan. (yang nie nieyl baru tahu)


Pilih Deodorant Jenis Kering 
 Selepas mandi, kesat bahagian bawah lengan sehingga kering.
Kemudian sapukan deodorant yang jenis kering di kawasan tersebut.
 Elakkan daripada menggunakan deodorant yang mengandungi minyak wangi.
 Ini kerana, wangian itu boleh menghasilkan bakteria dengan aktif.
Silap haribulan ia mengeluarkan bau yang busuk.
(Oooo..patut la perasan orang yg suka pakai yang wangi² ni berlaga ngan peluh..
makkk aiii...naik bau keti diaaa ) huhuhu



Petua dan Cara Semula Jadi 

 BAKING SODA - Oleskan baking soda yang telah di campurkan dengan air selama 25 minit. Kandungan alkali akan menghasilkan gas yang mempu menyerap air atau bahang di bahagian ketiak. Cuba lakukan pekara ini setiap hari selama seminggu. 

 CUKA APEL DATAU CUKA GANDUM - Oleskan cuka epal atau cuka gandum di seluruh bahagian ketiak sebelum tidur. Biarkan selama semalaman kerana teknik ini akan membunuh bakteria, menghilangkan baud an menghilangkang bahang berlebihan di bawah lengan. Keesokannya cuci ketiak kamu dengan menggunakan air 

 TIMUN - Belah dua sebiji timun kemudia ambil dan oleskan belahan timun di kawasan bawah lengan. Biarkan ia selama 15 minit kemudian bilas ia dengan air sehingga bersih. 

 APEL - Selain daripada sedap di makan, sebiji apel juga boleh membantu untuk memutihkan kulit bawah lengan. Caranya tumbuk sebiji apel sehingga lumat kemudian sapukan di kawasan bawah lengan. Biarkan ia selama beberapa saat hingga terasa kering, akhirnya bilas ia dengan air yang sejuk.  

LEMON - Kandungan asid yang ada dalam sebiji limau mampu membunuh bakteria serta menghilangkan sel-sel mati. Caranya perahkan air limau terus ke bawah lengan kemudian oleskan dan sental ia dengan menggunakan kulit lemon keseluruh bahagian bawah lengan. Selepas itu, bilas ia dengan menggunakan air sabun. 

 MINYAK KELAPA - Sapu minyak kelapa dan urut lembut selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam. Bonus buat uolls, ia bukan sahaja membantu mengurangkan masalah kegelapan di bawah lengan. Ia juga dapat menghilangkan bau busuk akibat peluh terutamanya di bahagian bawah lengan.



Sila Ambil Tahu..
Semoga ianya memberi maafaat ..
Selamat mencuba...


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. terima kasih berkongsi petua..ustaz sy ajar, ms mandi, gosok ketiak dengan buku lima (genggaman jari) insya allah, bukan sahaja hilang tp bau juga lenyap

    ReplyDelete
  2. boleh lah try salah satu tu nieyl ketiak ni walaupun tak nampak nak juga putih kannnnnnn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)