21 October, 2015

Siapa takut naik kapal terbang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mengikut sumber,
 sebanyak 64 peratus perempuan dan 36 peratus lelaki mengalami 
fobia menaiki pesawat atau digelar sebagai penghidap Aviophobia. 

Aviophobia merupakan satu jenis ketakutan, rasa cemas, dan 
gelisah ketika menaiki kapal terbang. Ketakutan ini bukan sahaja
 menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya malah turut 
mengganggu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan 
masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk tuntutan kerja. 

 Ketakutan ini bukanlah asing, malah bagi kita yang pertama kali menaiki kapal terbang mungkin juga akan mengalami perasaan yang sama. Namun begitu, pengidap Aviophobia biasanya akan mengalami rasa takut yang lebih kronik dan melampau sehingga boleh mengganggu emosi. 

nieyl ada seorang kakak dengan suami dia memang takut naik kapal terbang...
sehinggalah sekarang nie...

 8 tip yang munkin kita boleh guna bersama..


 Cuba Sampai Awal di Lapangan Terbang

 Datanglah ke lapangan terbang lebih awal dari jadual penerbangan. Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemas ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdegup kencang, ia akan menyukarkan keadaan untuk anda menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas! 

 Memilih Tempat Duduk 

Untuk memilih tempat duduk, tempahan awal perlu dibuat. Tempahan online boleh membantu kamu melihat kedudukan tempat duduk yang kamu mahukan. Buat merekayang mudah rasa cemas ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. ini adalah kerana bahagian hadapan agak kurang terasa geloranya. 

 Elakkan Minum Kopi atau Minuman Berkafein 

Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

 Mendengar Muzik yang Menenangkan 

Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih relaks.


Cuba Latihan Pernafasan 

Menarik nafas dengan betul biasanya akan membuatkan anda berasa lebih tenang. Caranya mudah! Mulakn dengan menutup mata, tarik nafas sedalamnya dengan menggunakan perut, tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali dan pastinya teknik ini berkesan untuk menghilangkan rasa gementar yang dialami. 

Beritahu Pegawai Penerbangan 

Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa kamu mengalami masalah ‘takut’. Tidak perlu merasa malu kerana rasa takut dan cemas biasanya dirasakan oleh kebanyakan penumpang lain. Krew penerbangan biasanya mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalami Aviophobia, mengikut latihan yang mereka terima. 

 Sibukkan Diri 

Kesibukan dengan melakukan beberapa aktiviti biasanya boleh mengalihkan perhatian dan melupakan seketika rasa takut dan cemas ketika berada di dalam kapal terbang. Membaca majalah yang disediakan atau berbual dengan penumpang sebelah mengenai topik menarik juga boleh dilakukan. 

 Jangan Terlalu Berfikir 

Cuba jangan terlalu memikirkan bagaimana corak perjalanan yang dikendali juruterbang. Sangat penting untuk berfikir bahawa rasa panik dan cemas akan berlalu. Jadi, abaikan sahaja perasaan takut dengan hanya berfikir betapa indahnya lokasi yang bakal anda kunjungi apabila tiba nanti!

Mengikut pengalaman nieyl sendiri, pernah rasa takut naik flight..
mcm² bermain di fikiran...kalau tak silap nieyl flight yg pertama kali nieyl naik..
time tu ke Penang kemudian ke Sabah..Alhamdulillah..
lama² perasaan tu hilang dengan sendirinya...InsyaÁllah..

*Mlm tadi salah seorang kakak office nieyl, kira memang rapat sangat..
selamat terbang ke ITALY untuk holidayyyy...semoga selamat pegi..
selamat kembali...huhuhu...

-LOVE xoxo-


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. Fiqa paling suka naik kapal terbang.Lagi takut kalau naik bas express..Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. Tapi kakak memang ada rasa takut Nieyl. Nak lelap mata pun payah apa lagi kakak pernah mengalami masa dlm flight kena ribut sampai semua lampu dlm flight kena matikan. Dpt rasa gegarannya. Bila ada org azan baru lega - mat salleh yg tengok org azan mulanya pelik tapi bila reda baru dia tahu...

    ReplyDelete
  3. Sejak mcm mcm hal berlaku ni mmg seram okje nak naik kapal terbang Neiyl

    ReplyDelete
  4. kak xder pengalaman lagi naik flight...tah bagaimana rasanya...kesiankan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    So far takde rasa takut naik flight.
    Tapi tips ni dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. tak penah lagi takut tapi bosan ade la... seba baik tak penah lagi travel yg jauh2 takat 2-3 jam je dok dediam klu berbelas jam ...tatau la

    ReplyDelete
  7. 1st time takut tp lama2 ok je :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)