25 January, 2018

Masak Lemak Nanas Ikan Talang



Masak Lemak Nanas Ikan Talang | Setiap hari bila tengah drive dari pejabat sampai ke rumah, otak ni tak habis berfikir nak masak apa untuk makan malam untuk husband dan mak. Serius setiap hari tau, macam semalam memang hari blur satu idea menu masakan pun tak ada. 

Semalam sampai je kedai, ternampak nanas terus dapat idea masak lemak ikan talang, wah! tapi kalau korang nak tahu nieyl first time juga ni masak lemak ikan talang ni selalu nampak mak mertua nieyl masak untuk kenduri je..Jadi, cabaran semalam masak lemak ikan talang. Nak kata pandai tu tak ada la tapi husband buka pintu rumah je dah cakap "wahh..sedapnya baru masak lemak ikan talang ke tu" hihihi..eh..eh..pandai husband kita teka.. lepas tu nieyl masak sambal sardin tin tu.. Alhamdulillah memang buka selara husband malam tadi, dia makan 2x tambah..Kalau buncit jangan salahkan makanan ya..hihihi

Bahan-Bahan

Nanas (potong-potong)
Ikan talang
Santan
Kunyit
Cili Api (di kisar )
Bawang Besar ( dikisar )
Perisa masakan
Air


Cara-caranya
  • Nanas di rebus dengan sedikit air 
  • Masukkan cili api + bawang besar + kunyit  yang telah di kisar
  • After 15 minit, masukkan ikan talang, biar sebati dulu
  • Boleh tambah air kalau air dah kering tapi jgn banyak
  • Last sekali nieyl akan masukkan santan sedikit demi sedikit
  • Masak sehingga mendidik + masukkan perisa masakan kalau ada
  • Nieyl ada letak garam sedikit sahaja
*kalau tak letak garam pun tak apa sebenarnya..

Selamat mencuba


11 comments:

  1. wah sedap ni, akak suka masak lemak nenas ikan talang ni

    ReplyDelete
  2. oiii teliur.... pandai ko masak nieyl..cantik pekat dan kaler nyer.....

    ReplyDelete
  3. Alahai telan air liur tau Ju =D nyummy !

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa sebelum ni... tapi nampak macam sedap! ^^ thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya la hai
    nak2 makan time hujan
    TQ share resipi

    ReplyDelete
  6. makanan fav sha ni kalau ada kenduri haha

    ReplyDelete
  7. fav tu !! tapi dah lama tak makan

    ReplyDelete
  8. Sedap.. sedap.. walaupun sha tak makan nenas, tapi sha suka gulai ini.. pergh!!
    TQ nieyl share resepi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)