Khasiat Tempe Yang Menarik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Khasiat Tempe Yang Menarik | Salah satu makanan yang sinonim dengan orang jawa adalah tempe,betul tak?ha..sebab ayah nieyl orang jawa..That why nieyl suka sangat makan tempe nie. Kalau kita pergi pasar ke pergi kedai ke biasa kita akan jumpa yang dibungkus dalam surat khabar tak pun sekarang nie banyak yang dibungkus dalam plastik

Nieyl biasanya suka makan yang digoreng atau pun di buat sambal kering campur dengan ikan bilis..peh!sedapnya...Tempe juga mak nieyl suka buat sambal goreng jawa..Sedap! Rugi besar tau kalau tak tahu khasiat yang terkandung dalam tempe nie.. Ada yang kata,makan tempe nie boleh membantu mencantikkan wajah..Ha..yang suka makan tempe tu, sila tengok muka korang...mesti cun kan..


Kalau korang nak tahu apa lagi khasiat tempe yang kita tidak tahu :-
  1. Tempe sebenarnya mengandungi khasiat kalsium yang setanding dengan susu.
  2. Tempe juga mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya (awet muda)
  3. Ia juga mampu mengurangkan kolesterol,meningkatkan kepadatan tulang,mengurangkan gejala menopaus dan kualiti potein yang sama seperti daging.
  4. Tempe mengandungi zat besi, flafois yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah, jadi ianya elok untuk mereka yang ada darah tinggi.
  5. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi cirit birit dan boleh mengelakkan keracunan makanan.

Begitu banyak khasiatnya, ruginya kalau korang tak makan tempe nie...murah je makanan nie..petang nie pun ada plan nak masak tempe la balik nanti..nak lagi cantik dan awet muda di samping menjaga kesihatan :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Kakak suka goreng dgn ketumbar jintan cecah dgn sambal kicap Nieyl
    Itu style di Johor.

    ReplyDelete
  2. plg suka sambal kering tempe goreng dan ikan bilis. Potong nipis-nipis. perrgggggh..terliur la pulak hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hakak sebenarnya walaupun org Jawa, tak berapa suka sangat tempe Nieyl. Tapi makanlah. Banyak khasiat rupanya ye


    ReplyDelete
  4. Kat sini ada orang jual rojak tempe.
    Mabeles jugak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...