Ikan Bawal Masak Stim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Ikan Bawal Masak Stim | Pepagi lagi cik kiah nie dah post gambar makanan berserta resepi ya, terlebih rajin pula nak post dekat blog pagi nie sebab dah lama rasanya tak post resepi masakan nieyl..wah!macam la hebat sangat ya...hihi...ini khas untuk mana² yang baru nak belajar masak macam nieyl nie..hihihi..

Kalau nak masak stim nie mak nieyl ajar,dia kata tak kisah pun nak letak ikan apa pun..kadang² ikan kembung pun boleh..so,kali ni nieyl try buat guna ikan bawal sebab tengok ikan bawal dekat pasar tu segar,beli la dalam 3 ekor...

Bahan-bahan
  • Halia
  • Bawang Besar Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Api
  • Limau Kasturi
  • Air 2-3 cawan
  • Garam
  • Sos tiram
  • Gula 


Cara-caranya
  • Panaskan kuali dan letak minyak dalam 3 sudu
  • Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga warna kekuningan
  • Masukkan air dan cili api dan biarkan sampai mendidih
  • Masukkan ikan bawal dan tutup seketika
  • Masukkan garam,sos tiram,gula sedikit dan asam limau
  • kalau dah mendidih,boleh la rasa kuah dia,cukup garam ke x semua tu..
  • Lepas tu,boleh la hidangkan untuk dimakan..


Selamat Mencubaaa :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 comments:

  1. Dalam peti ais ada siakap, boleh la guna resepi sama kan? hehe

    ReplyDelete
  2. Sah.. memang sedap
    lagi banyak halia lagi sedap aromannya:)

    ReplyDelete
  3. wahh senangkan kukus mcm ni.. tak payah nak keluarkan periuk kukus.. bab nak keluarkan dan cuci periuk tu yg malas... hehehe..

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya.. tapi jarang makan ikan bawal..

    ReplyDelete
  5. ritu jue mengidam nak makan ikan bawal yang goreng dengan cili kicap.. uhuiii sedap!!! heheheh

    ReplyDelete
  6. wahhh..sedap ni..ikan kegemaran sy hehe

    p.s dah masukkan blog Nieyl dalam bloglist..termiss lak syarat GA tu semalam hehe

    ReplyDelete
  7. all time fav sy ikan bawal ni x kira laa masak apa

    ReplyDelete
  8. phew...
    tapi lagi best kalau ikan bawal ni masak pedas.
    hehehehe

    ReplyDelete
  9. Simple dan ringkas.. anak-anak makan ikan, ibunya makan segala bahan yang ada tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. salam..
    yaya mai singgh..
    wahh ikan bawal..fevret.
    sedapnye..aummm ^,^

    ReplyDelete
  11. yumsss...malam nih nak cuba masak ...:)

    ReplyDelete
  12. resepi yang simple.. Tapi nampak sedap..boleh try ni :)

    ReplyDelete
  13. Nak lagi sedap buh Sos Plum Life...mmg terbaik

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nieyl..terus akak lapar tgok gambar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...