03 November, 2015

10 keistimewaan madu

by on November 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

siapa suka makan madu?
ha..tahu x madu nie banyak khasiat dia..
bukan madu yang madu 3 tu yea...hihihi
Petang nie nak share khasiat madu pula dalam kehidupan seharian kita..


1. 'Top up' seri wajah 
Amalkan mengambil madu sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur. Cara yang paling digalakkan, tuang sesudu madu di atas tapak tangan. Kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Mulakan dengan kalimah bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan serta kesihatan. Insya-Allah dengan usaha dan izin Nya, kita dapat memperoleh apa yang dihajati. 

 2. Lindungi & lembapkan kulit 
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat. Anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten, kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembap. 

 3. Awet muda 
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama rata. Kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas muka.

 4. Kulit jadi cantik 
Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi madu seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda. 

 5. Boleh lembapkan kulit 
 Madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembap. 

 6. Bunuh jerawat 
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Caranya mudah saja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang. 

 7. Kulit cerah 
Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberi anda ketenangan. Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambil merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata. 

 8. Atasi rambut gugur 
Rambut gugur normal, tetapi bukan senang untuk cari penawarnya. Tetapi anda boleh cuba tip ini: Campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul sehingga sebati, kemudian sapukan pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Rambut akan menjadi lebih sihat dan kukuh. 

 9. Rambut sihat 
Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala, biarkan selama 30 minit. Selepas itu, syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih. 

 10. Bibir merah semula jadi 
Bibir merah bak delima pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun tidak semua memiliki bibir seperti ini. Janganlah bersedih, ada cara untuk mencapai impian ini. Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam. Dalam masa seminggu anda sudah nampak perubahan positif, bibir menjadi lebih segar, lembap dan kemerahan.


-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN

by on November 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Syarat- syarat GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN :-
1. Terbuka kepada penduduk di Malaysia.
2. Buatkan satu entri bertajuk -  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 
3. Follow blog ini.
4.Follow Instagram http://www.instagram.com/rysyaskincareselangor
5. Setelah siap, jangan lupa letakkan di ruangan komen butiran ini :-- URL blog entri - Saya nak menangi  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN ( nama produk - pilih satu dari produk ini - RYSYA SKINCARE LY Pembersih Muka / Toner- Instagram akaun anda- dan alamat email .

Tarikh berlangsungnya GIVEAWAY ini : 31 OKTOBER 2015 - 30 NOVEMBER 2015

2 pemenang akan di pilih. Semoga berjaya !!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hobi baru

by on November 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau ikutkan hobi en,husband nie memancing..
boleh dikatakan setiap minggu la akan pergi memacing..
baru-baru nie nieyl ada share pasal taman mini hijau kan.. ( klik sini )
last week nieyl ambik cuti shari..
nak tahu nieyl g mana?haha..

nieyl ke subang teman en.husband pergi cari pokok² hiasan untuk taman mini dia..
nampak?sampai ke subang mencari pokok..
sebab kata en.husband area subang ada satu kawasan..
sepanjang jalan ada byk kedai jual pokok² bunga..pokok hiasan...
Boleh beli borong..kebanyakkan yg amek tender² lanskap beli kat sini..

Serius memang betul pun...
sepanjang jalan tu kedai pokok saja...banyak sangat..
jadi banyak pilihan...tapi kena pandai pilih kedai laaa...
sebab harga setiap kedai berlainan..hihi..
kebetulan time pergi tu..nieyl pergi kedai yang banyak kereta...
haha...tahu kenapa kan...sbb klu byk kereta bermakna murah..hahaha...
Time nie nieyl malas nak masuk kedai,so..stay dlm kereta je...
nampak x pokok yg tinggi tu..klu x silap nieyl..nama pokok tu bucida variegated..
asalnya nak beli pokok tu...tapi harga dia boleh tahan jugak..hihihi..
tapi buat masa nie x beli lagi laaa...tapi dah ade dlm list dah..hihi..
hobi yang wajib setiap kali keluar rumah...:)
 Kebosanan menunggu en.husband membeli pokok...
nasib baik bawak si kecik nie teman...
so,dalam kereta layan die jelah..

kenapa dalam gambar nie...nampak kurus..huhu..
Patutlahhh..smlm ade orang tegur..nampak kurus sikit..haha.. :P
Ini khalish..MIL mengasuh dia...
die paling rapat ngan nieyl ngan en.husband...

Actually,lepas beli pokok² en.husband..
bonet penuh...seat belakang penuh...
nieyl memang dah plan nak ke ikea..nak cari beberapa barang..
so,lebih 3 jam jugak la dlm ikea...huhu..
nnt nieyl share barang yg nieyl beli kat ikea tu...
Akhirnya...maklong ngan khalish kepenatan...
terus tidurrrr..hhahahaha...


-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Nanas ada rahsia

by on November 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau semalam kita dah tahu kekayaan si timun kan...
ha..siapa yang terlepas pasal si timun tu..boleh klik sini 

So,pagi ni pembuka bicara..nak share pasal kebaikan nanas nie...
kalau ikutkan pengalaman nieyl..buang yg paling nieyl tak suka..
adalah nanas..sbbnya nieyl ada pengalaman ngeri ngan nanas nie..

Lupakan pasal nieyl..meh nak share kebaikan nanas yang mungkin kita tahu...
tapi ada jugak mungkin kita tak tahu... :)


Mengatasi sembelit 
Jangan runsing setiap kali anda mengalami masalah sembelit, cubalah meminum jus nanas yang diperah dari buah separuh masak. Pilihlah buah nanas yang agak masam untuk dibuat jus.

 Mencegah kanser 
Buah nanas membekalkan vitamin A dan C yang menjadi antioksida kepada tubuh badan manusia. Antioksida penting untuk menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

 Melancarkan haid
 Buah nanas muda berpotensi sebagai abortivum, iaitu sejenis ubat yang dapat menggugurkan kandungan. Oleh sebab itu, wanita disarankan memakan nanas ketika haid untuk melancarkan haid. Namun bagi wanita hamil, nanas mungkin berupaya membawa kesan buruk kepada kandungan anda. Oleh itu, elakkan memakan nanas ketika mengandung. 

 Meningkatkan gula dalam darah 
Nanas memiliki kadar gula asli yang tinggi. Bagi pesakit yang mengalami kadar gula rendah, mengamalkan meminum nanas dapat membantu meningkatkan kadar gula dalam darah. Namun awas! Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

 Mengatasi radang kulit
 Masalah radang kulit dapat diatasi dengan menggosok buah nanas yang diparut terus ke kulit. Cuma perlu ambil setengah biji buah nanas yang sudah masak. Kupas dan parut. Gosok hasil parutan nanas pada bahagian yang mengelupas dan bersisik. 

 Menurunkan berat badan 
Nanas juga selain dimakan untuk menghindari penyakit, ia juga dapat mengawal berat badan. Enzim proteiolitik dalam nanas mampu menyerap lebihan lemak yang terkandung dalam badan dan menyalurkannya terus bersama bahan cernaan. Selain itu, vitamin C yang terkandung dalam nanas juga dapat menggiatkan proses pembakaran lemak dalam badan.


Semoga sedikit perkongsian ni..
membantu uolls okey. :)


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

02 November, 2015

Ikan bawal stim super simple

by on November 02, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila masuk ke dapur...kalau tak mengemas...
semestinyalah memasak..hihi..
Last week punya menu sebenarnya nie..

Ini jugak merupakan menu yg first time masak untuk en.husband..
 Bahan² seperti di atas
 bahan utama,yang paling penting...

Cara nieyl masak..
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dalam 1 sudu..
  2. tumis bawang putih/halia/cili api/serai
  3. masukkan air/ikan/bawang besar/tomato/
  4. letak garam / sos tiram secukup rasa
  5. kalau nak cepat masak,tutup kuali..
  6. ikan tak perlu di terbalikkan..
  7. siap!



Alhamdulillah..percubaan yang berjaya..hihihi..

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 kekayaan Timun

by on November 02, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Happy monday uplls....
Tak nak malas² hari ini okey...
Pagi² nie nak share yang best² je...
Siapa tahu kekayaan timun?
Tak tahu kan...

meh nak share sikit...
rugi siapa nak cuba goda si timun nie...

1. Cepat kurus 
Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan 
kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
 Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. 
Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun. 
timun membantu mengurangkan paras kolestrol. 

 2. Rambut 
Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur. 

 3. Gusi dan Gigi 
Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi keran timun merupakan sumber serat yang baik.

3. Mata
Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang
yang dipotong membulat pada mata.
Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

 4. Sistem Penghadaman
Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

5. Kulit 
Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu
 seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.

wah!kaya nya si timun nie...
lepas nie nak ngorat la si timun nie..huhuhu..

SELAMAT MENCUBA


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png