Showing posts with label Nanas ada rahsia. Show all posts
Showing posts with label Nanas ada rahsia. Show all posts

03 November, 2015

Nanas ada rahsia

by on November 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau semalam kita dah tahu kekayaan si timun kan...
ha..siapa yang terlepas pasal si timun tu..boleh klik sini 

So,pagi ni pembuka bicara..nak share pasal kebaikan nanas nie...
kalau ikutkan pengalaman nieyl..buang yg paling nieyl tak suka..
adalah nanas..sbbnya nieyl ada pengalaman ngeri ngan nanas nie..

Lupakan pasal nieyl..meh nak share kebaikan nanas yang mungkin kita tahu...
tapi ada jugak mungkin kita tak tahu... :)


Mengatasi sembelit 
Jangan runsing setiap kali anda mengalami masalah sembelit, cubalah meminum jus nanas yang diperah dari buah separuh masak. Pilihlah buah nanas yang agak masam untuk dibuat jus.

 Mencegah kanser 
Buah nanas membekalkan vitamin A dan C yang menjadi antioksida kepada tubuh badan manusia. Antioksida penting untuk menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

 Melancarkan haid
 Buah nanas muda berpotensi sebagai abortivum, iaitu sejenis ubat yang dapat menggugurkan kandungan. Oleh sebab itu, wanita disarankan memakan nanas ketika haid untuk melancarkan haid. Namun bagi wanita hamil, nanas mungkin berupaya membawa kesan buruk kepada kandungan anda. Oleh itu, elakkan memakan nanas ketika mengandung. 

 Meningkatkan gula dalam darah 
Nanas memiliki kadar gula asli yang tinggi. Bagi pesakit yang mengalami kadar gula rendah, mengamalkan meminum nanas dapat membantu meningkatkan kadar gula dalam darah. Namun awas! Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

 Mengatasi radang kulit
 Masalah radang kulit dapat diatasi dengan menggosok buah nanas yang diparut terus ke kulit. Cuma perlu ambil setengah biji buah nanas yang sudah masak. Kupas dan parut. Gosok hasil parutan nanas pada bahagian yang mengelupas dan bersisik. 

 Menurunkan berat badan 
Nanas juga selain dimakan untuk menghindari penyakit, ia juga dapat mengawal berat badan. Enzim proteiolitik dalam nanas mampu menyerap lebihan lemak yang terkandung dalam badan dan menyalurkannya terus bersama bahan cernaan. Selain itu, vitamin C yang terkandung dalam nanas juga dapat menggiatkan proses pembakaran lemak dalam badan.


Semoga sedikit perkongsian ni..
membantu uolls okey. :)


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png