02 November, 2015

5 kekayaan Timun

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Happy monday uplls....
Tak nak malas² hari ini okey...
Pagi² nie nak share yang best² je...
Siapa tahu kekayaan timun?
Tak tahu kan...

meh nak share sikit...
rugi siapa nak cuba goda si timun nie...

1. Cepat kurus 
Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan 
kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
 Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit. 
Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun. 
timun membantu mengurangkan paras kolestrol. 

 2. Rambut 
Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur. 

 3. Gusi dan Gigi 
Jus timun juga bermanfaat bagi anda yanag mengalami masalah gigi dan gusi keran timun merupakan sumber serat yang baik.

3. Mata
Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan saja timun yang
yang dipotong membulat pada mata.
Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.

 4. Sistem Penghadaman
Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.

5. Kulit 
Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu
 seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.

wah!kaya nya si timun nie...
lepas nie nak ngorat la si timun nie..huhuhu..

SELAMAT MENCUBA


-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. nasib baik akak mmg suke makan timun..hehehe

    ReplyDelete
  2. BANYAK KHASIATNYA BOLEH DIULAM SELALU NI..

    ReplyDelete
  3. Rumah kakak dengan timun tak boleh dipisahkan Nieyl
    Tapi rambut kakak tetap tak boleh panjang nanti banyak gugur..
    paling panjang boleh paras bahu aje..

    ReplyDelete
  4. Morning.. Hihi..
    Yng no.3&5 tu sllu dgr. Hat lain tu bru thu.
    Tp pnh terbca, time priod xelok mkn timun ye?

    ReplyDelete
  5. Sy suka mkn timun...timun & sy xdpt dpisahkan..hihihi

    ReplyDelete
  6. suka mkn timun ngan sambal belacan sedap tp ade mitos kata timun tak bgs untuk missv

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)