09 November, 2015

Nak makan tapi takut gemuk


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bagi yang sedang berdiet, makan malam memang amat menggerunkan. Seboleh-bolehnya akan cuba menghindarkannya. Tapi macam mana kalau diserang kelaparan yang teramat sangat sampai memudaratkan diri?

1. Sebelum makan, pastikan anda minum segelas air kosong terlebih dahulu. Ini akan membantu perut anda kenyang serta mengelakkan anda daripada makan berlebihan.


2. Kalau kita terpaksa mengambil nasi, pilihlah sayur dahulu sebelum mengambil nasi dan lauk. Pastikan juga makanan yang anda ambil adalah sihat seperti sup sayur.

 3. Bukanlah sampai tak makan malam, tapi cuma perlu kurangkan ambil menu berat seperti sajian tengah hari. Misalnya makan malam diganti dengan sepotong sandwich yang berisi protein dan serat. Janji tetap mengandung nutrisi.


4. Nak diet macam mana pun anda kena pastikan sajian yang diambil mengandungi karbohidrat, protein, dan serat.

 5. Lebih elok jika menu yang diambil mengandungi 1/2 karbohidrat, 1/4 protein, dan 1/4 serat. 6. Kalau nak lagi bagus, anda kena ada batas waktu makan malam iaitu dari jam 7 hingga 8 malam. Pastikan 2 hingga 3 jam sebelum tidur.

-LOVE xoxo-
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png





  

2 comments:

  1. Aida ni memang x boleh diet nasi.
    bleh menggigil if x dpt nasi seharian.

    ReplyDelete
  2. nice sharing nieyl... seyesly nape la ssh sgt nk back to abnormal diet! kih3!
    fifie nammaou gemok lg!! T_T

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)