09 October, 2023

Souq Shoppe di Putrajaya

by on October 09, 2023


Souq Shoppe di Putrajaya | Siapa dah habis pusing Putrajaya?nieyl yang duduk dekat dengan Putrajaya ni pun tak habis-habis pusing tau. Bulan lepas husband nieyl plan nak bawa Iman dengan Raisya keluar jalan-jalan sekejap sebelum sesi persekolahan bermula. Macam nieyl ni kena ada mood berjalan baru seronok, so..pada hari yang husband ajak tu mood jalan tak sampai lagi jadi nieyl ajak husband bawa budak-budak pergi jalan-jalan area Putrajaya je. Dekat dan tak penat sangat nak duduk dalam kereta lama-lama.  Jadi, nieyl pun cari la beberapa tempat yang sesuai untuk budak-budak bergambar, jumpalah Souq Shoppe ni dekat dengan Masjid Putrajaya. Sebelum ni nieyl pernah pergi tapi masa tu masih belum ada tempat bergambar ni. 

Jomlah layan beberapa gambar yang boleh mengambarkan keadaan dalam tempat tu, yang penuh dengan sejarah Putrajaya dan dekorasi yang sangat cantik.









Korang kalau tak tahu nak bawa anak pergi mana, bolehlah bawa datang sini promotion harga di atas sampai Disember 2023. Tapi dengan harga murah ni korang jangan la expect lebih tau, pada nieyl harga dengan pengalaman dalam tu ok , best dan budak-budak enjoy dapat bergambar dan menikmati dekorasi dalam tu walaupun dalam tu tak sampai 1 jam pun..hopefully di masa akan datang, Putrajaya boleh buat lebih dari yang ada sekarang, sebab tempat tu memang best tapi pendek , tak puas. 





Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

by on October 09, 2023
Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2023 di MiaLiana.com bermula pada 2.00 petang 8/10/2023 sehingga 11.59 malam 11/10/2023. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  13 Oktober 2023.

** jom support Mia Liana....

Monday Morning Mood

by on October 09, 2023

Assalamualaikum...
Selamat Pagi, bertemu lagi kita di hari Isnin..
Alhamdulillah...semoga hari ni tak ada monday blues ya...
nieyl setakat jam 8.30 ni mood masih ok lagi, hehehe..
Pagi ni nieyl breakfast pisang goreng je..
Mak nieyl bekalkan pagi ni dan minum air kosong..
Happy working semua...

 

07 October, 2023

Kenangan terindah di Agong's Cup Tournament 2023

by on October 07, 2023


Kenangan terindah di Agong's Cup Tournament 2023 | Kalau ditampar muka nieyl sekarang ni pun rasanya masih rasa macam mimpi yang nieyl pergi tengok tournament polo weh..OMG!nieyl oh nieyl kerja gila apakah kau buat ni...dan sejak bila kau minat polo sis...hahaha.. Even masa tengah bersiap hari tu nak pergi, berkali-kali tanya diri sendiri, sebab selama 35 tahun hidup dimuka bumi ni, inilah kali pertama pergi tengok Polo ya kawan-kawan..yang lagi tak boleh tahan tu, sebelum pergi sempat study permainan polo ni macam mana, baru la enjoy tengokkan.

Nieyl pergi waktu Royal Pahang Polo Club (RPPC) vs La sarita, game start 4.30 petang. Nieyl sampai dekat equestrian park putrajaya dalam pukul3.00 terus cari seat untuk duduk.Masa tu jangan beranganlah nak dapat seat depan ya. Dah penuh dengan orang, tak pastilah pukul berapa dieorang ni sampai. Usually kalau Club lain yang main masih banyak lagi seat kosong yang boleh kita duduk cuma kalau Royal Pahang Polo Club main, kena extra effort untuk kau datang lebih awal. Hari tu nieyl ada tertaip pasal crush nieyl tu kan, ha..korang janganlah salah faham pula tau, ni crush yang suka-suka je macam kita minat artis tu..nothing much okay hehehe..clear ya..


Inilah dia pasukan RPPC. Masa tarikh nieyl pergi tu memang terkejut bila nampak ada permaisuri turut hadir beri sokongan pada hari tersebut. Kalau ikutkan pada hari nieyl pergi tu Second Match dieorang, yang 1st pada 1 Oktober lepas. Dah tahu ke yang mana satu crush nieyl tu hehehe..

Ala korang gambar zoom tak berapa nak clear la,sorry ya..almaklumlah nieyl belum mampu lagi nak tukar handphone yang bila zoom tu nampak clear. Nampak tak siapa yang nieyl zoom tu?tak nampak kan..tak apa teka lagi ya.. 
Bila game dah start tu mata ni menang tak berkelip mencari bola putih kecil tu. Kalau bola sepak tu besar, nak sepak pun senang. Ini bola kecil kalau kena pukul pulak dengan naik kuda.Wah!memang mencabar betul sebab kalau jatuh tu, ee..mesti teruk kecederaannya. Setiap kali RPPC Skor memang semua orang jerit tanda happy dan support termasuklah nieyl ketika itu. Game polo ni tak lama pun, setiap round kalau tak silap nieyl 7 minit dan dia ada 4 round yang perlu diharungi untuk memenangi game. Alhamdulillah masa 1st Match hari tu RPPC vs Ranhill (10:5) dan 2nd Match ni (10:6). Esok (8 Oktober) Match ke 3 RPPC vs SLAE Polo, nieyl tak dapat nak join esok jadi nieyl akan tengok live jela sokong dari rumah je. 

Bila RPPC lmain, selepas game tamat family royal pahang dia akan menyapa rakyat yang hadir memberi sokongan kepada RPPC. Tapi hari tu sementara menunggu turn nieyl, kebetulan ternampak Intan Najwa, terus je ajak bergambar kenangan. Ya Allah comel sangat Intan ni, dah lah cantik, baik sangat bila orang ajak dia bergambar. Selepas dah ambil gambar dengan Intan. Nieyl beralih pula ke Tengku Panglima Perang, tahu tak siapa?Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin  Al-Mustada Bullah Shah aka Tengku Ahmad. 

Cakk!gambar selfie nieyl dengan Tengku Ahmad hari tu, actually dia yang pegang handphone nieyl tau hehe, lepas dia snap dia cakap " cantiknya gambar ", jangan jeles tauu..Personally kan bila dah berjumpa berdepan dengan Tengku Ahmad ni dia seorang yang sangat baik, cakap pun sopan dan dia seorang yang penyabar melayan kerenah peminat-peminat dia. Dan masa nak ambil gambar ni kan boleh dikatakan setiap orang dapat peluang untuk bergambar dengan dia sampai ke kereta ya..

Korang kenal kan siapa ni?Yang hat ni paling popular di mana-mana pun dia pergi. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustada Bullah Shah aka Tengku Hassanal. Kira mission complate la cuma sepatutnya handphone nieyl yang tengku pegang untuk selfie dengan nieyl je tapi ha..penuh frame aku weh..hahaha..tak apa la, bak kata Tengku Hassanal, share-share ya...#sayaakanrepeatlagi , serius la bila dah ada dekat tempat mata ni kan rasa macam nak gugur gak jantung ni ha..friendly , baik , penat pun masih layan rakyat yang menunggu, yang menyokong dia. Terbaik! Kalau ada peluang lagi kan, nieyl memang nak repeat sekali lagi sebab nak ambil gambar berdua je dalam frame tu OK!wish me luck okay!

Yang mana berkelapangan tu, cuti-cuti tak tahu nak bawa family pergi mana mungkin boleh bawa ke sini tengok polo sambil cuci mata hehehe.


Apa yang berlaku pada hari itu adalah kenangan manis yang akan sentiasa menjadi pemanis dalam hidup nieyl. Walaupun pada asalnya terasa macam kerja gila nieyl buat ni tapi secara warasnya ia bertukar menjadi kenangan manis. Apa yang nieyl harapkan RPPC akan ke final nanti dan menang besar. Aminn... Dan nieyl bersyukur sangat dapat suami yang sangat memahami dan selalu memberi kebenaran untuk nieyl pergi tengok polo. 

Oklah korang, itu jela nieyl nak share dekat sini, simpan cerita sini untuk kenangan.Tapi korang dah boleh teka belum siapa crush nieyl tu?hahahaha..kalau rasa dah boleh teka, ce komen bawah tu...Ok bye!next time nieyl share lagii..

06 October, 2023

05 October, 2023

Ayam Masak Kicap Cara Nieyl

by on October 05, 2023

Ayam Masak Kicap Cara Nieyl | Salah satu masakan yang paling nieyl suka masak dan suka makan adalah ayam masak kicap. Selalunya kalau masak kicap ni, memang sentiasa habis dimakan ya. Ada orang jenis suka masak kicap kering, tapi nieyl lebih suka ada kuah-kuah sikit dan wajib ada dalam ayam masak kicap nieyl adalah tomato dan cili api. yumyum...

Moh nieyl share resepi nieyl yang tak seberapa ni kot-kot lah ada yang nak try ke kan walaupun cara masak dia, semua hampir sama je.

Bahan-Bahan

Ayam - Goreng (jangan garing sangat nanti keras)
Halia - hiris boleh, nak ketuk pun boleh
Bawang putih -Kisar
Bawang Merah- dihiris bulat
Kayu Manis
Bunga Lawang
Cili Kering -Kisar
Kicap
Cili Api - tak perlu potong (nak potong pun boleh)
Tomato - Potong 4
Serbuk pati ayam (kiub pun boleh)
Gula sikit
Garam sikit kalau tak masin

Cara Memasak

1) Goreng ayam setengah masak ataupun jangan terlalu kering
2) Guna minyak yang goreng ayam sikit untuk menumis bawang putih, cili kisar, kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
3) Bila dah pecah minyak, boleh masukkan cili api dan kicap
4) Gaul rata, masukkan tomato, bawang yang dihiris bulat
5) Nieyl suka letak guna sikit dan serbuk pati ayam..
6) kacau-kacau, siap!

Selain tomato, nieyl suka juga gantikan dengan ubi kentang, tapi make sure ubi kentang tu goreng dulu tau..dan ada korang boleh juga letak daun kucai, kacang panjang.. sedap!!

Selamat mencuba!


 

Croissant Kosong Pemberian Officemate

by on October 05, 2023


Assalamualaikum...
Hari batik hari ni untuk penjawat awam...
Pagi ni kan nasib baiklah nieyl boleh bangun pagi seperti biasa..
malam tadi pukul1 pagi pun nieyl tak boleh nak pejam mata...
sampai tahap pasang lagu sleep music untuk bagi tidur..
itupun tak berjaya malam tadi..
Tak tahu apa masalahnya...
sedangkan badan ni sangat letih..
sampai rumah semalam pukul7.45 macam tu..

Alhamdulillah mood pun pagi ni ok..
boleh sembang, senyum sampai ke telinga..
Happy working semua...♥

 

04 October, 2023

Special Gift dari orang yang diraikan

by on October 04, 2023

Special Gift dari orang yang diraikan |  Selalunya kalau orang yang diraikan, kita yang akan bagi gift dekat dia kan, yang ini terbalik pula dia bagi dekat kita. Sebelum ni nieyl pernah share dalam satu entry persaraan pegawai nieyl tu, lepas beberapa minggu dia datang ke office untuk ambil beberapa barang dia, dan dia bawa juga hadiah-hadiah untuk kitaorang. Terharu sangat. Jom tengok gift yang nieyl dapat.
Wangiii, sebotol ni berbulan nak habis ya...
Ni tudung bawal jenis satin

Memang rezeki tak pernah salah alamat, sejak duduk office ni kan rasanya dah terlalu banyak sangat gift-gift yang nieyl dapat dari dieorang ni. Itu belum soal belanja makan lagi, Ya Allah..bersyukur sangat dikelilingi orang yang baik-baik, semoga mereka ni semua Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan mudahkan segala urusan mereka Amin...

 

Honey Stars Dan Oreo Chocolate Sandwich Cookies

by on October 04, 2023


Assalamualaikum
seperti biasa nieyl keluar awal setiap pagi
sebab nak balik on time hahaha...
sementara boss pergi oversea ni kan...
On the way tadi nak masuk Cyberjaya
hujan turun nasib baiklah tak lebat sangat..
pandangan mata nieyl ni ada masalah sikit kalau hujan lebat...
Alhamdulillah 7.38 pagi nieyl thumb print hehehe..
so, petang ni balik 4.38 petang..

Hari ni simple breakfast...
honey stars dan biskut oreo je itupun beli dekat pantry tadi..
Oklah selamat bekerja untuk yang bekerja...
Dan semoga segala urusan kita hari ini dipermudahan Insya-Allah...Aminn

 

03 October, 2023

Surprise birthday Bff

by on October 03, 2023

 

Surprise birthday Bff | Pernah tak korang ada kawan yang jenis berlumba-lumba nak buat surprise terutama sekali bila birthday?Nieyl la tu orangnya. Actually sejak nieyl dah pindah agensi lain 2020, nieyl dah start buat surprise untuk Bff nieyl dekat pejabat lama, kalau tak silap nieyl, hantar belon dengan coklat. Untuk tahun 2021 dan 2022 pun nieyl hantar belon dengan bunga. Tahun 2023 bulan mac hari tu, dia pula buat surprise dekat nieyl hahaha..dia buat delivery pokok orkid dengan coklat. So sweet pula rasanya suami pun tak bagi tau hahaha... 

Bila masuk bulan September je nieyl dah pening nak cari hadiah apa, nak bagi surprise apa untuk bff nieyl ni. Sebab dah tak boleh nak pakai delivery belon dah, dia dah boleh baca dah. Seminggu sebelum birthday dia, nieyl tempah swissrolls yang boleh deco happy birthday..Cantik tak korang?cantikkan..sayang nak makan tau..

Kali ni nieyl tempah sekali dengan delivery terus dekat bff nieyl. Seawal pukul8.30 pagi orang tu buat delivery,  bff nieyl terima cake tu tapi dia tak tahu dari siapa sebab tak letak kad. Lama juga baru dia whatsapp hahaha.. dia cakap cantik, sayang nak makan.. Kalau tak nak makan, pergi frame kan haha..

Biasanya memang sekali surprise je nieyl bagi, cuma tahun ni nieyl bagi dia 2 surprise. Dari pagi dia lambat sangat respon whatsapp nieyl sebab dia sibuk sampai breakfast pun tak sempat. Timbullah satu lagi idea, nieyl belanja dia McD delivery terus ke dia untuk lunch. Yang ini pun dia tak tahu siapa yang bagi, terpinga-pinga dia sebab nieyl tak guna acc mcd nieyl, guna acc officemate nieyl. Jenuhlah dia fikir, dia takut orang salah hantar. Tapi last-last nieyl tanya dia, dah makan belum..lepas tu baru dia tahu nieyl yang bagi..hahaha..surprise berjaya untuk tahun 2023 hahaha....

Kepada fas:- terima kasih sebab menjadi kawan dan sahabat saya walaupun dah jauh di mata, awak tetap di hati saya sampai bila-bila. Semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..Aminnn




Karipap Sardin ke Karipap Kentang?

by on October 03, 2023


Assalamualaikum...
Pagi ni nieyl masih mencari fokus untuk buat kerja..
Tak fokus betul pagi ni sebab buka IG gambar crush..
Buka IG gambar Crush mcner tu..
sengal ubi kayu betul nieyl ni..hahaha

Dah2..kita cakap pasal karipap pula..
siapa suka makan karipap?rasanya ramai je yang suka karipap...
nieyl suka makan karipap tapi inti sardin je..
kalau selain dari sardin tu susah nak telan..
lagi-lagi kentang ke keledek..tak tahu kenapa...
dari dulu lagi memang tak suka..
tapi kalau inti sardin memang boleh makan hari-hari..

Macam dalam gambar ni, 
ni karipap yang kakak nieyl jual..
nampak tak padat gila kan isi dia..
memang sentiasa menjadi kegilaan nieyl kalau karipap sardin dia ni...

Happy working semua!






 

02 October, 2023

5 Fakta Tentang Diri Nieyl

by on October 02, 2023

5 Fakta Tentang Diri Nieyl | Untuk yang dah lama follow blog nieyl ni mungkin tahu serba sedikit tentang nieyl dan ada juga beberapa yang kita dah pernah bersua muka,ada juga yang sentiasa berhubung melalui media sosial lain selain blog. Untuk yang mungkin baru follow blog nieyl, terima kasih sudi follow dan tinggalkan komen-komen yang positif. Insya'Allah nieyl akan cuba membalas kunjungan korang nanti. 

Peminat warna pink 

Kalau diberikan pilihan memilih warna untuk baju ke kasut ke stationery ke , pink akan menjadi pilihan yang pertama. Tak kisah pink apa, yang pastinya dia warna pink. Cuma sekarang ni berjinak-jinak dengan warna putih. Pink dan putih kombinasi warna yang cantik kan.

Cepat mesra dengan orang
Prinsip nieyl dalam berkawan ni senang je, kalau orang ikhlas berkawan dengan kita, kita boleh rasa. Jangan berkawan dengan orang kerana nakkan sesuatu sebab kalau asasnya itu dah tak ikhlas, perjalanan dalam berkawan tu takkan lama, dia macam akan jadi hai hai bye bye je.  Contohnya macam dalam dunia blog ni, kalau kita baca blog seseorang tu,kita boleh rasa dia seorang yang macam mana. Dan kalau kita datang balik baca blog dia tu maknanya dia boleh ngam dengan kita Insya'Allah.. jadi, jangan malu, jangan segan untuk say hai..hai ya..

Seorang kawan yang setia
Nieyl ni seorang yang setia kalau dalam berkawan, nieyl ada seorang BFF yang boleh menerima kekurangan nieyl dan sentiasa menjadi tempat untuk nieyl luahkan masalah dan sentiasa memberi sokongan bukan jadi batu api ya.. Dan nieyl sangat menghargai dia walaupun kiteorang dah tak bekerja di tempat yang sama tapi kami sentiasa berwhatsapp, berjumpa untuk hilangkan rindu. Dan baru-baru ni nieyl buat surprise birthday dia, bukan 1 , tapi 2 hehehe..nanti nieyl cerita next entry ya... bestkan jadi kawan nieyl hehehe..kalau kita ikhlas, insya'Allah Allah akan beri kawan yang baik untuk kita.. Siapa nak jadi kawan nieyl?

Suka berangan
Kalau berangan ni rasanya semua orang pun suka berangan kan, sebab benda free bukan kena bayar pun. Jadi berangan sepuasnya. Macam  nieyl suka berangan benda-benda yang tak mungkin akan dapat sampai bila-bila (secret) tapi benda tu boleh buat hari-hari nieyl rasa happy hahaha dan nieyl juga suka berangan sesuatu yang boleh jadi kenyataan cuma kena lebih usaha dan masa yang sesuai untuk jadi kenyataan. 

Jangan kacau "me time"
Biasanya orang yang berkahwin ni susah sikit nak ada "me time" kan, tapi Alhamdulillah..husband nieyl sangat memahami isteri dia. Nieyl memang akan ada "me time" dan bila i need "me time" husband nieyl akan izinkan sebab dia tahu, nieyl memang banyak masa dekat rumah kalau cuti dan tidak bekerja. Nieyl memang jarang ya keluar tanpa tujuan, dan nieyl memang banyak masa di rumah. So, kalau dekat rumah pun, nieyl ada "me time" juga tau, bila nieyl dah start duduk depan laptop, pakai earphone dia takkan kacau sampai nieyl selesai. Ha..time tu la nieyl akan menulis blog dengan tenang tanpa gangguan.Selalunya dalam 3 jam ke 4 jam macam tu..

Eh dah 5 fakta yang nieyl share tentang diri nieyl serba sedikitlah, ada yang pernah nieyl share dan ada yang nieyl tak share sebelum ni, tapi apa-apa pun nieyl suka menulis blog bukan sebab nak paksa orang untuk baca, sekiranya ada pembaca terima kasih..nieyl sangat hargai..mini love untuk korang...