11 August, 2017

10 August, 2017

Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (Official Music Video)

by on August 10, 2017

Cukup di sini perjalanan kita 
menghukum diri  mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Vaseline Petroleum Jelly Kini Menjadi Teman Sejati

by on August 10, 2017

Vaseline Petroleum Jelly Kini Menjadi Teman Sejati | Sekarang ni bibir nieyl kerap kering sampaikan mengelupas. Ada yang kata mungkin sebab kurang minum air kosong, tapi rasanya tak mungkin la sebabnya nieyl memang minum air kosong banyak sangat. Disebabkan tak nak keadaan menjadi lebih serius. Nieyl google cara untuk mengatasi masalah bibir kering ni..

So,jawapan yang rata-rata bagi cadangan guna vaseling selalu. Jadi, nieyl beli vaseline di Watsons dengan harga RM4.13 . Vaseline ni dia macam jelly sangat lembut,ringan dan tidak meleket. Kalau nak sapu dekat bibir tu tak perlu nak banyak,sedikit sahaja apply dekat bibir tapi buat dengan kerap.InsyaÁllah masalah bibir kering macam nieyl akan berjaya di atas dengan terbaik.


Selain dari mengalami bibir yang kering, nieyl juga ada masalah tepi-tepi kuku yang kering, bila kering dia akan mengelupas dan luka. Lagi bila nieyl bekerja 8 jam dalam bilik aircond kulit semua jadi kering walaupun minum air yang banyak. Apa yang nieyl buat sekarang ini, nieyl akan apply vaseline di bahagian-bahagian kulit yang bermasalah. 

Vaseline kini menjadi teman sejati nieyl, kemana sahaja nieyl akan bawa dalam handbeg,sebab size dia yang kecil dan ringan tu memudahkan. Siapa yang ada masalah seperti nieyl terutama mereka yang bekerja di pejabat aircond,boleh amalkan juga..


Kalau nak jimat kena rajin sikit

by on August 10, 2017
Kalau nak jimat kena rajin sikit | Morning!nampaknya bermula hari ini sehingga selasa depan ada stress sikit sebab minyak naik lagi..agaknya bila nak turun ni..semakin terasa bila isi minyak di pam station. Hopefully next week adalah penurunan,supaya bajet yang ada boleh digunakan untuk beli keperluan lain. 

Cakap pasal bajet kan, setiap kali nak tiba hari gaji, nieyl mesti akan buat pengiraan bajet untuk bertahan next gaji. Kalau harga minya turun, Alhamdulillah..boleh bernafas sikit tapi kalau minyak naik, nampaknya kena bekerja lebih keras seperti bangun awal pagi siapkan bekal untuk seharian di pejabat..hihihi.

Nieyl pun bukan seorang yang rajin masak di awal pagi, sebab en.husband seorang yang tidak sarapan, dia biasanya akan minum air teh O secawan sahaja. Jadi,kalau nak berjimat masak sendiri dan bawa bekal pergi kerja. Tersangat jimat dan tiba-tiba rasa makanan sendiri sedap pulak..kahkahkah..  


09 August, 2017

Tolong Sidai Baju

by on August 09, 2017

Tolong Sidai Baju | Hari isnin petang Adam datang sekejap rumah maklong, sementara tunggu mummy ambil. Maklong adam biasalah petang-petang lepas memasak, mendobi pula. Kemudian hanger baju sebelum en.husband sidai dekat ampaian. Time tengah hanger baju tu tiba-tiba Adam bangun minta hanger. Ingatkan dia nak main hanger,so bagi lah lepas tu dia minta baju,dia nak hanger kan baju..alahai...rajinnya la anak maklong sorang ni....



Bila baju dah habis hanger, Adam minta lagi hanger sebab dia nak hanger kain pula..hihihi..tengoklah tu dia angkat kain dalam bakul nak hangerkan...rajin sangat Adam ni...siapa nak jadikan menantu boleh la dah isi borang..hihihi..

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

by on August 09, 2017


Syarat - syarat:
1. Follow Blog Cik Miela
2. Like Page Blog Cik Miela atau follow Twitter Cik Miela *salah satu atau kedua-duanya
3. Buat Entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela beserta gambar diatas.
4. Komen di entri ni beserta link entri Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela

*setiap penyertaan akan disemak


Tempoh penyertaan: 04/08/2017-13/08/2017 


Hadiah:
10x bloglist untuk 6 bulan keatas *kemungkinan akan tambah lagi 5 bloglist jika lebih penyertaan

Vote For Printcious And Get RM50 Cash Voucher

by on August 09, 2017
Vote For Printcious And Get RM50 Cash Voucher 


VOTE FOR US AND GET RM50 CASH VOUCHER WITH ONLY 3 SIMPLE STEPS.
  1. Click "Vote Now!" button go to voting page and click "Get Started".
  2. Select printcious, click "Continue" button at the bottom.
  3. After voted, screenshot the vote page and
  4. email the screenshot to vote@printcious.com with subject "fbwall"
    OR
    Whatsapp the screenshot to 019.3232.502 with message "fbwall".
  5. To appreciate your times and support, we will send you a FREE RM50 cash voucher to shop with us. ^_^
Voting Period: 4 - 16 August 2017 



08 August, 2017

Chilindo oo Chilindo

by on August 08, 2017
Chilindo oo Chilindo | Kalau jiwa tidak kental, memang akan tergoda dengan Chilindo ni. Kalau tengok status kawan-kawan blogger mesti share pasal Chilindo. Jadi, tak nak lepaskan peluang dengan niat sunyi murni ni nak tinjau-tinjau je apa barang yang best dalam Chilindo ni. Nieyl sebenarnya tak pernah pun main bid-bid ni. So, memang ilmu bid ni kosong.

So,kepada yang mungkin tertanya-tanya apa Chilindo ni. Ok Chilindo adalah sebuah laman sesawang yang menjual pelbagai barangan seperti barangan wanita, lelaki, barang dapur, rumah dan lain-lain dengan membida harga lelong bermula serendah RM0.10 tanpa minimum. Jadi terpulanglah korang nak bida dengan harga berapa pun. Untuk tidak rasa rugi, nieyl takkan bida dengan harga mahal,murah-murah je..sebab ianya adalah kali pertama dan nieyl tak tahu kualiti barang yang kita akan dapat. Ha..itu salah satu langkah yang nieyl ambil. Lain orang lain caranya.


Kalau sebut je perkataan bida atau lelong bukan sesuatu yang mudah untuk memang bidaan nya. Ianya memerlukan strategik yang baik, tapi memula pun nieyl bida pun asyik tak menang je,last-last diri sendiri juga yang rasa sakit hati. Nak bida pun dia ada masa tau, kebiasaanya orang yang suka catas bida orang lain adalah 5 saat sebelum tamat.So, kalau korang nak bida tu..ha..itula masanya. hihi..ini pun salah satu tips tau..tapi kalau korang nampak nama nieyl bida tu,korang bagi la nieyl menang..hihihi...

Untuk kali pertama bida ni, nieyl bajet bawah RM40 tak nak yang mahal². Dan sebelum tu ada yang tanya kenapa harga menang bida lain, bila total bayaran harga lain ok sebenarnya setiap barang akan + 10% harga barang. Kalau nak bida tu,kalau boleh biarlah menang lebih dari 1 barang sebab rugi kalau satu barang sahaja nak check out sebab postage sama harga. Dan lepas banyak menang bida tu, bolehla korang check up dan buat pembayaran seperti website shopping yang lain.

Ok untuk Chilindo ini ada 3 kaedah pembayaran yang boleh kita gunakan, iaitu bank transfer,debit/kredit dan COD. kalau korang pilih COD korang akan dikenakan charge RM4 dan bayaran shipping tetap ada ya RM8. Nieyl pilih debit sebab ia tidak dikenakan charge hanya banyaran shipping RM8..


Semalam selamat sampai kotak Chilindo yang dinantikan..Teruja dan suspen sebenarnya nak buka kotak ni sebab bila baca komen-komen yang tak berapa nak syok di laman sosial tapi tak apa, mencuba tak salah kalau ianya bagus..kita akan kata ia bagus..tell the truth..


Beg Tangan Wanita : Grey | Jumlah bida yang di menangi adalah RM5.10 , sebenarnya bulan lepas dah cakap ngan en.husband, nak beli beg make up sebab beg yang sedia ada tu dah penuh barang tak muat, so bila tengok dekat Chilindo ni beg ni cantik pula ada star-star..berkenan terus bida dan ini barang pertama nieyl menang.


Cermin mata hitams Grey-ungu kanta dan bingkai hitam | RM5.79 cermin mata ni nieyl beli untuk en.husband sebab hujung tahun nieyl kita orang nak ke Kedah nun jauh sana sambil bercuti InsyaÁllah. so..saja beli untuk dia pakai lagipun silau drive waktu siang hari. 


LED Digital Alarm Clock: RM10.16 , Selama ni nieyl memang tak ada jam loceng, semuanya bergantung dengan jam di handphone, set jam pun guna handphone jadi,bila ternampak jam LED ni nieyl terus bida sampai menang. Alhamdulillah..rezeki dan dia ada 3 warna nieyl pilih warna putih sebab katil tidur nieyl warna putih.


Automatik Ubat Gigi memerah Peranti | RM5.70 sebelum ni pernah nampak benda ni dekat pasaraya tapi tak terbeli pun sebab harga dia dalam belasan ringgit juga. So,bila dah berjaya bida benda yang sememangnya kita guna di rumah tu rasa sangat best,sebab tak ada lah sia-sia kita bida dan beli kan. Nieyl tak pasang lagi,tunggu ubat gigi dekat rumah tu habis dulu..


Pedi Mate Tangan | RM5.00 wah..kononnya nak berpedi dekat rumah, tapi gunanya tak tahu..kena google nanti bila nak guna. Ok barang ni nieyl beli sebagai cukup syarat je nak check up dan bayar. So,nieyl masih tak buka lagi ni dan tak tahu macam mana keadaan benda ni ok atau tidak. Nanti lain entry la nieyl share ya..


Inilah dia 5 item yang nieyl berjaya bida untuk kali pertama. Untuk kali kedua atau ke-3 belum nampak jalan lagi..hahaha...kepada korang yang baca blog nieyl ni, tips yang paling buat bila bida barang-barang seperti ini selalunya elakkan beli barang elektrik sebab barang elektrik biasanya susah untuk kita menjamin kualitinya, sebab rata-rata nieyl baca review orang yg beli barang elektrik sangat mengecewakan dan mesti rasa kecewa kan. So,that why nieyl elakkan beli barang elektrik dan lebih yakin beli barangan yang kita pakai seperti contoh barang-barang yang nieyl beli.

Kepada yang nak mula berbida...selamat membida,sabar dan relax okay...happy shopping!

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

by on August 08, 2017


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....
Read more: http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html#ixzz4p7PLZled

Waktu Paling Terbaik Timbang Berat Badan

by on August 08, 2017
Waktu Paling Terbaik Timbang Berat Badan | Penimbang dan wanita sukar dipisahkan tak gitu? Ada sesetengah orang suka timbang setiap hari untuk maintainkan berat badan masing-masing. Tapi menurut kolum health di Liputan 6 menyarankan kita sentiasa timbang berat badan pada atau waktu yang sama.

Kita perlu mengetahui berat badan secara konsisten pada waktu yang sama untuk mendapat result yang terbaik. Waktu yang sesuai untuk timbang berat badan adalah di waktu pagi dan selepas membuang air kecil sebelum sarapan. Ha..ni tips tau...


Waktu tersebut dikatakan badan masih belum terisi dengan makanan atau minuman. Ini membolehkan kita mendapat tahu berat badan kita yang sebenar. So, ayuh kita timbang setiap pagi..hihihi..

07 August, 2017

Wedding Adik : Survey Kain Dan Baju Sedondon

by on August 07, 2017
Wedding Adik : Survey Kain Dan Baju Sedondon  | Last week jadual memang pack dengan aktiviti-aktiviti terancang. Kalau mana yang baru baca blog ni, bulan 12 ni InsyaÁllah adik bongsu nieyl akan tamatkan zaman bujang dia bersama tunang dia. So, adik nieyl seorang tentera yang sentiasa kursus sana, kursus sini jadi memang tiada masa langsung nak buat persiapan. 

Nieyl bersama kakak-kakak dan abang-abang akan ambil tugasan masing-masing untuk menguruskan majlis wedding dia. Dan 3x kali kita orang buat meeting family untuk menentukan tugasan masing-masing dan merancang majlis mengikut bajet yang disediakan. 

Sebelum-sebelum ni kitaorang satu family tidak pernah ada baju sedondon tau, so..untuk majlis adik kitaorang yang terakhir ni..masing² ambil kesempatan nak sedondon..wah!bestnyaa.. Jadi tugasan untuk survey kain baju adalah tugasan nieyl dan kakak-kakak nieyl. 


Hari sabtu jam 10 pagi kitaorang dah sampai depan jakel dah, menjalankan misi mencari kurta warna dark blue dan royal blue yang match. Sebenarnya kalau pergi ke Jakel tingkat 4 ni, pelbagai jenis kurta ada, ada design awal , aaron, nabil,hairul so memang rambang mata di buatnya. Kalau dari segi harga tu around RM129, tapi boleh runding lagi harga tu kalau ambil banyak. 


Kena jadi model pegang baju, untuk kakak snap gambar share dalam group whatsapp family untuk dieorang decide nak baju yang mana berserta dengan harga sekali. Antara baju- baju yang menjadi pilihan. 


Royal blue ni kitaorang kena reject sebabnya terlupa yang khemah nanti dah pilih nak warna royal blue,so..tak naklah sama pula nanti kan. Sebenarnya banyak lagi kurta-kurta yang menjadi pilihan tapi mejoriti suruh cari lain yang lebih murah sedikit..almaklumlah masing-masing kena keluarkan duit sendiri untuk beli baju sedondon ni..hahaha..tiada sponsor ya...



Untuk kain pasang pun masih betul confirm lagi nak pilih yang mana satu sebab dua-dua nampak cantik. Cuma harga kain yang kitaorang dapat memang murah dan kualiti kain terbaik. Nak tahu kitaorang pilih yang mana?ha..itu kena tunggu la waktu majlis nanti ya...:) So,kalau ada yang nak cari kain-kain untuk buat baju sedondon tu boleh cari dekat Jakel..pasti puas hati...




Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++

by on August 07, 2017
Product Klairs | Say hai semua..hari ni nieyl nak share dengan korang 2 product dari Klairs yang sekarang ni mempunyai peminat yang ramai. Ok sebelum tu, product klairs ini adalah kosmetik dari Korea. So, product tu ialah Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40 PA++. Ok sebelum ada yang tanya pernah guna ke sebelum ni?actually tidak, ini kali pertama nieyl nak cuba dua product ini yang mana nieyl rasa ianya sesuai dengan kulit nieyl.


Biasanya kalau kita nak cuba sesuatu product tu kita pasti akan check sama ada poduct tu sesuai untuk kulit yang bagaimana,berminyak ke,kering ke..so, product Klairs ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit. So,dont worry ok kepada yang nak cuba product dari Klairs ini.

Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40 PA ++



Dah lama sebenarnya nieyl nak cari sunblock yang sesuai dengan kulit, yang mudah meresap dengan kulit. Ada sesetengah sunblock yang tidak sesuai dengan kulit,susah nak meresap ke kulit. Jadi, cari yang betul-betul sesuai dengan kulit muka kita. Bila dah cuba Mid Day Blue Sun Lotion ni ,jatuh cinta sebab walaupun nieyl kerja dalam aircond, waktu lunch biasanya nieyl akan keluar so,waktu tu cuaca memang panas jadi, sinar UV akan terpancar ke kulit tapi dengan Mid Day Blue Sun Lotion ini ianya dapat melindungi kulit dari sinar UV. Dan yang paling penting ianya tidak mengeringkan kulit tau. So,korang pun kena cuba.


Mid Day Blue Sun Lotion boleh juga di jadikan base make up tau  kalau korang nak ianya boleh melindungi kulit kita dari sinar matahari yang terik,yela kalau kita tak guna apa-apa cuba kena cahaya matahari yang terik, kalau perasan kulit muka kita akan jadi kemerah-merahan.Jadi, untuk elakkan perkara seperti itu berlaku pada kulit kita,applykan Mid Day Blue Sun Lotion ini untuk melindungi kulit kita.

Klairs Mochi BB Cushion



Seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Mochi BB Cushion ni, tengoklah packaging dia yang sangat comel dan cute. Apa yang bestnya Mochi BB Cushion ni, mempunyai built in cap case yang sangat luar biasa yang boleh di buka dan di tutp untuk mengelakkan kandungan Mochi BB Cushion menjadi kering.


Tekstur Mochi BB Cushoin lebih dari cecair dan mampu memberi impak fresh pada wajah dan nampak lebih flawless. kalau tanya orang wanita,siapa yang taknak nampak sentiasa flawless kan. Selain itu, ia dapat menaturalkan kesan merah-merah pada muka untuk sekatakan wajah.


Ok andai kata BB Cushion dah kering, korang tidak perlu lagi beli satu set yang baru sebab Klairs BB Cushion ada jual refil dia, so korang boleh refil sendiri tanpa sebarang masalah, dah case cushion pun korang boleh buka dah cuci bersih sebelum masukkan refil yang baru..bestnyaa... tak tahu caranya?ok korang boleh tengok cara-caranya seperti di bawah.


Klairs Trail Sample Set (8SKU,3ml)



Kepada yang baru nak mencuba produk ini, korang boleh dapatkan sample set di website online yang menjual rangkain product Klairs.

Website link:
 https://goo.gl/kg3uKA