04 November, 2016

Ini dia Mr. Pilot I

by on November 04, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ini dia Mr. Pilot I | Hai korang, semalam berakhir sudah drama Suri Hati Mr.Pilot kan?siapa tengok semalam?macam mana ending dia?suka tak? Mesti suspenkan bila scene dekat majlis tu...hahaha.. actually, nieyl pun rasa tertipu hahahaha..nasib baiklah i tak menangis macam warda..hihihi..

Kalau warda ada captain  Ejaz, nieyl pun ada jugak okay...My Captain Adam aka my little Boyfriend. Mudah²an bila dah besar nanti, adam jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup okay... Jadi PILOT pun okay :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

03 November, 2016

Imaan Suci Cleansing Wipes Sangat Best!!

by on November 03, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Imaan Suci Cleansing Wipes Sangat Best!! | Meh nak share sikit barang baik nie,so..memang kena share dengan semua wanita-wanita seluruh dunia..chhheewaaa!Mungkin korang dah pernah dengar tentang Imaan Suci Cleansing Wipes atau tisu basah. Selalunya kalau kita jenis yang suka make up, kalau nak solat terutamanya kita ambil masa lebih sikit sebab nak kena guna cleansing yang cecair tu kan, sebab nieyl sendiri pun sebelum nie guna yang itu juga.



 Tapi kini tidak lagi, selepas kawan nieyl kenalkan nieyl dengan Imaan Suci Cleansing Wipes . Serius memang best. Amat mudah untuk kita tanggalkan make up di muka kita lagipun Imaan Suci Cleansing Wipes ni sebesar tapak tangan kita sahaja, tidak perlukan ruang yang banyak pun dalam handbeg kita tu. So,kalau nak solat sangat mudah untuk tanggalkan make up tu..


Kebaikan Imaan Suci Cleansing Wipes
  1. Suci tanpa alkohol dan harga mampu beli
  2. Menanggalkan solekan water Proof dan tebal ( Nipis Dan mudah di bawa)
  3. Fungsi 2 dalam 1 (membersih dan menyegarkan)- sesuai untuk semua jenis kulit
Kalau korang jenis yang suka travel, Imaan Suci Cleansing Wipes ini memang sesuai sangat di bawa bersama tau. Sebab korang tak perlu lagi bawa botol-botal atau pencuci muka bagai dalam handbeg. 

Harga

Murah je, 3 pek berharga RM15 sahaja itu harga belum masuk postage tau. Ramai yang memberikan feedback yang sangat positif bila menggunakan Imaan Suci Cleansing Wipes. So,kalau area putrajaya nie kalau nak beli banyak² boleh la contact dengan agent yang jual nie..detail nieyl bagi dekat bawah ya.




Bagaimana nak dapatkannya?

Korang boleh terus whatapp terus ke 013-2092805 (Norasiah)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bila Kereta Kau Kena Block

by on November 03, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila Kereta Kau Kena Block | Mungkin pada orang lain yang dah selalu sangat keretanya kena block,maybe sangat tidak kisah..I dont care!Tapi i kisah okay..Mungkin ada yang dah perasan benda nie dalam IG nieyl. Kalau kata Marah, jujur semalam memang marah tapi hari ini dah cool dah sebab hujan lebat pagi tadi kan, sejuk sikit hati ini.


Ok first nieyl faham negara kita nie memang banyak tempat yang mengalami masalah parking, kalau tanya mana² pun masalah parking memang akan ada dalam rating. So, kes semalam nieyl turun ke parking lot jam 4.40 petang, agak stress bila nampak kereta kena block..Time tu i memang fikir positif keluarkan handphone, and then pergi depan cermin kereta yang block kereta nieyl tu dengan harapan ada no.hp di tinggalkan. Tapi tak ada no hp pun. Nieyl berdiri dekat depan kereta nieyl sambil menunggu dalam 10 minit, manalah tahu kot-kot orang tu pun balik dalam 4.30 ke kan..hampeh!

Hati dah mula suam-suam dah nie, call kakak dekat opis and minta tolong dia bantu nieyl untuk alihkan kereta yang block kereta nieyl tu. Nasib baiklah berdua tau, seorang tolak dan seorang lagi tahan kereta tu,nak tahu x..kereta yang nieyl tolak tu tiba-tiba menggelongsor tau, nasib baiklah ada tunggul batu menahan kereta tu..Allah,kalau tak cium lah kereta depan dia (block orang lain jugak) . 

Pesanan ikhlas!

I tidak kisah langsung kalau u nak block kereta i atau kereta sesiapa pun, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.Ya,faham masalah parking..tapi kenalah faham juga bila kita block kereta orang, tinggalkan lah no hp,supaya mudah kita nak call minta alihkan kereta. Dan kalau dah letak no.hp tu, jawablah bila orang call..jangan buat tak bersalah pula ya..

Ok,fine kalau u letak gear N..pernah atau tidak terfikir kudrat orang yang nak menolak kereta tu? Macam kes semalam 2 biji kereta nak kena tolak,rapat² pula dia block nasib baik ada ruang sikit nak di tolak, kalau 10 orang yang block kereta orang lain, agak² macam mana? Orang yang pregnant, orang yang berumur..fikir² kan lah...jangan terlampau selfish sangat okay..

Merungut pasal parking tak ada,tak cukup tapi pernah tak fikir, macam mana kami dapat parking? Parking lot first come,first serve..kami kena bangun seawal yang mungkin, untuk sampai awal di office,untuk dapatkan parking yang SAH,supaya tidak menyusahkan orang lain dengan block kereta orang lain, supaya tidak kena saman parking merata-rata. Kawan-kawan nieyl pun duduk jauh juga,ada anak-anak yang perlu di uruskan..tapi kena dieorang boleh buat semua tu hanya sepetak parking je pun.. #respect orang macam tu, tapi bila balik kerja,tengok ha..2 3 kereta block kereta kau.. Mampu tersenyum kambing je laa...

TQ!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Osteoporosis

by on November 03, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Osteoporosis | Agak kurang la pengetahuan nieyl ni bila orang tanya apa dia osteoporosis ni sebab yang nieyl tahu ianya berkaitan dengan tulang. So, sekarang ni mak nieyl sendiri mengamalkan pengambilan suppliment Shaklee Ostematrix untuk ketahanan tulang sebab mak tak boleh minum susu untuk bekalkan kalsium yang cukup untuk tulang dia.






Meh kita sama-sama ambil tahu tentang osteoporosis ni ya, sebab penting tau kita walaupun muda-muda belaka ni tahu serba sedikit tentang penyakit nie. Apa yang nieyl pernah terbaca osteoporosis ni kita tidak boleh kesan bila tulang kita semakin lemah. Untuk pengetahuan korang yang baca nie, seorang daripada tiga orang perempuan dan seorang daripada lima orang lelaki berumur lebih dari 50 tahun akan mengalami tulang patah disebabkan osteoporosis. 

Tapi penyakit ini boleh dicegah. Di mana tulang dibentuk daripada tisu hidup dan ianya memerlukan nutrien untuk terus kuat dan sihat. Diet yang seimbang dan senaman yang kerap boleh membantu menguatkan tulang kita. 

PENTING!

  • Memastikan pemakanan untuk tulang yang sihat dengan kalsium,protein,Vitamin D dan Mikronutrien cukup.
  • Senaman menahan beratan dan menguatkan otot secara kerap adalah bagus untuk semua peringkat umur dan memelihara tulang dan otot yang kuat.

Senaman yang menguatkan otot dan tulang
  • Jogging
  • Kembara
  • Berjalan Pantas
  • Mendaki Tangga
  • 50 lompatan atau lompat dengan tali skip
  • Bebanan Impak berkaitan sukan seperti bila raket
  • Angkat berat
  • Menggunakan gegelang senaman kenyal
  • menggunakan mesin beratan
  • Mengangkat berat badan anda sendiri
  • berdiri atau bangkitkan jari kaki

Kata orang, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat..jadinya,bersenaman adalah penting untuk seluruh kesihatan kita. Sebab bersenam dan pemakanan dua perkara yang saling berkait, jadi diet seimbang dan senaman mampu memberi impak yang sangat baik untuk tahap kesihatan kita bersama. 

*kononnya nak start pergi Gim,sampai hari ini belum jejakkan kaki lagi dekat gim tu


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

02 November, 2016

Good Morning Beautiful

by on November 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Good Morning Beautiful | Good morning apa nya dah tengah hari dah kak oiii.. Tak, hari ini nieyl nak share something yang kadang-kadang boleh memberikan kita satu semangat dan boleh membuatkan kita happy sepanjang hari. Sebab hanya kita sahaja yang boleh mengawal emosi kita sendiri, kita nak bad mood ke..kita nak marah ke..kita nak happy ke..walaupun aura keliling kita akan lebih mempengaruhi mood kita.


Salah satu cara nieyl untuk dapatkan mood di setiap pagi jam 10 pagi,akan bancuh quaker aot secawan dan dekat cawan tu ada tulis good morning beautiful...wah!siapa yang beautiful tu?ofcouse diri sendiri..siapa lagi nak puji diri kalau bukan diri kita sendiri kan..setiap pagi terbaca good morning beautiful.. :) Korang sendiri pun mesti ada cara korang sendiri nak happy kan dia korang kan..meh la share.. 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pesanan Buat Korang Yang Sukar Maafkan Orang lain

by on November 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pesanan Buat Korang Yang Sukar Maafkan Orang lain | Ada ketikanya sememangnya ada beberapa perkara yang terjadi yang membuatkan kita sukar untuk memaafkan orang lain.. Ya..Yaa tahu itu sifat dan sikap yang tidak baik tapi kita sebagai manusia biasa ada kalanya kita sendiri buat silap dan perlukan nasihat dan bimbingan ke arah yang lebih baik.

Sifat memaafkan adalah satu sifat yang tersangat mulia.Allah SWT juga mempunyai nama-nama yang melambangkan sifat pemaaf dan ia bukan sahaja pemaaf malah Allah juga sentiasa mengalu-alukan permintaan maaf dari setiap hambanya. Sebesar atau sekecil mana pun dosa yang kita lakukan, Allah sentiasa menanti hambanya memohon maaf dengan ikhlas serta solat taubat.

Tiada rugi sebenarnya jika kita memaafkan orang lain dan melupakan segala kesilapan yang lepas. Jiwa yang memaafkan adalah jiwa yang sangat tenang. Kita tidak perlu lagi nak serabutkan kepala kita dengan amarah kita terhadap orang lain. Kehidupan kita dan kerja pun akan menjadi lebih baik dan berkualiti sebab emosi kita stabil.

Sedar atau tidak jika setiap hari ini kita melakukan pelbagai kesalahan boleh memaafkan dan melupakan kesalahan kita, tapi kenapa susah kita nak maafkan dan melupakan kesilapan orang lain pada kita??

#selfreminder

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

01 November, 2016

Istimewa Untuk Follower Nieyl

by on November 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ini khas untuk follower nieyl yang sentiasa singgah dan komen di setiap entry.
Sebagai tanda terima kasih nya nieyl pada korang..
Bermula hari ini 1 November 2016 sehingga 30 November 2016..
nieyl mencari 2 follower yang konsisten komen dan top komentators November..
Nieyl nak bagi hadiah penghargaan...
Adakah anda?anda?atau anda?
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pixajoy Free Name Card

by on November 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pixajoy Free Name Card | Rata-rata blogger dah maklum kot pasal pixajoy bagi free name card dengan beberapa design disediakan tapi kita boleh design sendiri ikut kreativiti masing². Untuk makluman semua Name Card Free 100pcs (1 box) kita hanya perlu bayar kos postage sahaja. Menarik kan?So, macam nieyl sebelum nie dah ada name card tapi saja nak dapatkan free tu kan..hihihi..
Klik banner 

Meh nak share Name Card yang nieyl buat for free tu..tapi biasa² je tau,kalau korang buat..buat lah secantik,sebab free kan.. :)


Close up sikit

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

by on November 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jom la join sila klik banner ya

 random kindness
* I have one habit yang tidak boleh tidak buat bila ianya terlintas di dalam hati,
contohnya kalau tengah masak for breakfast untuk bekal pergi kerja,
terdetik di hati ' nak bagi dekat kakak nie la' , tanpa fikir panjang terus buatkan sekali breakfast untuk orang yang terlintas dalam hati ini. Jadi, secara positifnya mungkin itu cara Allah mengerakkan hati ni untuk membuat sedikit amalan yang mungkin kita rasa tidak seberapa tapi nilai pada orang yang menerima tu besar nikmatnya. *


  **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912** Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Akibat Bila Bersin Tutup Hidung

by on November 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Akibat Bila Bersin Tutup Hidung | Tidak pernag sekali pun bila bersin nieyl tutup hidung ya, tapi ada beberapa kenalan yang jenis bersin tutup hidung. Biasanya kalau kita bersin kan bunyi kuat kan, mungkin dengan menutup hidung tu boleh slowkan bunyi tu. Itu persepsi sesetengah orang yang selalu tutup hidung ketika bersin.

Kenapa kita bersin??

Sebenarnya bersin ini adalah bagus kerana ianya satu reaksi apabila ada benda asing yang masuk melalui hidung, sebab itu kalau kita bersin udara kotor dari paru-paru akan di keluarkan melalui hidung ataupun mulut.

Kelajuan udara ketika bersin?

Kelajuan udara yang dikeluarkan ketika kita bersin adalah 160 kilometer per jam, so kalau kita tutup hidung ketika bersin secara tiba-tiba, tekanan akan di alihkan ke bahagian tubuh lain seperti telinga dan ia akan menyebabkan gegendang telingan kita akan retak dan akan menjejaskan pendengaran kita. Ingat tu ya..ianya sangat bahaya..

Dan yang lebih penting, tekanan udara yang terperangkap bila kita tutup hidung ketika bersin tu akan mengakibatkan kerosakkan pada mata kerana pembuluh darah dalam mata terbuka. That why, ketika kita bersin mata kita automatik akan terpejam. right?so..jangan gedik nak bersin buka mata ya...

Bersin itu adalah normal bagi manusia ianya buka penyakit, menghentikan bersin juga mampu menyebabkan kecederaan pada leher dan diaphgram. Walaupun ianya jarang berlalu tetapi ianya mampu menyebakan strok apabila pembuluh darah pecah di otak..Takutnya...


Jangan segan

Macam yang nieyl cakap tadi ada sesetengah orang mungkin berasa segan bersin di tempat awam dan sebolehnya cuba menahan diri dari bersin ,tapi dia tak sedar bahawa jika di tahan bersin tu akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan sendiri. Kalau nak tutup hidung tu boleh guna la tangan atau kain ketika bersin bukanya tutup salurkan hidung tu ya.. :)

Hadis Hasan Sahih Riwayat Abu Dawud daripada Abu hurairah R.A berkata

"Apabila Rasul s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya kemulutnya (untuk menutup) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Quality Time

by on November 01, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Quality Time | Dah lama sebenarnya tak keluar di hari bercuti sebab banyak habiskan masa di rumah sahaja selain pergi melawat ayah di rumah Maklina (mak no.3). Kalau ikut perancangan awal nak pergi melawat ayah dalam pukul 9 pagi, tetiba ayah datang rumah sekejap sebab kebetulan maklina nak beli tong gas katanya. So,tak jadi lah nak melawat ayah. 

Tukar rancangan bawa mak keluar pergi cari kain pasang, sebab orang kerja pejabat yang tak ada uniform nie, begini lah asyik nak pergi cari kain buat baju. Kali ni yang berkenan dihati 2 pasang je..cukup lah tu lain² bulan nanti topup lagi ya.. 


Selain jakel nieyl suka juga beli kain dekat Nilai Square nie sebab yang pertama dari segi harga dan yang kedua dia tak sesak sangat. Ada yang nieyl dengar kata kain dekat sana kureng sikit tapi pada nieyl okay je kot yang penting kena pandai pilih kain dan corak je..So,tak ada masalah kot kalau kain tu murah sekali pun, tak ada nya kalau dah siap tu tertera berapa nilai kain tu kan. Yang penting pada nieyl corak terkini, kain elok dan harga tengah-tengah.. :) 


Lepas dah selesai beli kain dekat Nilai Square tu, Bawa mak pergi ke Nilai 3 pula sebab mak nak sangat beli tikar untuk raya..Lepas tu window shopping je dekat Nilai 3 tu, tengok langsir, tengok karpet usha-usha untuk hari raya tahun depan..ha..nieyl dah aim dah beberapa carpet dekat kedai tu... Tinggal duit je lagi tak ada.

Destinasi terakhir sebelum balik, bawa mak pergi minum petang di Taman Warisan Putrajaya. Ok mak memang suka dekat sini sebab kata mak air kelapa dia sedap. So,kebetulan minggu ni ada jualan buah-buahan dekat Taman Warisan tu..beli harum manis dengan langsat je..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png