03 November, 2016

Osteoporosis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Osteoporosis | Agak kurang la pengetahuan nieyl ni bila orang tanya apa dia osteoporosis ni sebab yang nieyl tahu ianya berkaitan dengan tulang. So, sekarang ni mak nieyl sendiri mengamalkan pengambilan suppliment Shaklee Ostematrix untuk ketahanan tulang sebab mak tak boleh minum susu untuk bekalkan kalsium yang cukup untuk tulang dia.






Meh kita sama-sama ambil tahu tentang osteoporosis ni ya, sebab penting tau kita walaupun muda-muda belaka ni tahu serba sedikit tentang penyakit nie. Apa yang nieyl pernah terbaca osteoporosis ni kita tidak boleh kesan bila tulang kita semakin lemah. Untuk pengetahuan korang yang baca nie, seorang daripada tiga orang perempuan dan seorang daripada lima orang lelaki berumur lebih dari 50 tahun akan mengalami tulang patah disebabkan osteoporosis. 

Tapi penyakit ini boleh dicegah. Di mana tulang dibentuk daripada tisu hidup dan ianya memerlukan nutrien untuk terus kuat dan sihat. Diet yang seimbang dan senaman yang kerap boleh membantu menguatkan tulang kita. 

PENTING!

  • Memastikan pemakanan untuk tulang yang sihat dengan kalsium,protein,Vitamin D dan Mikronutrien cukup.
  • Senaman menahan beratan dan menguatkan otot secara kerap adalah bagus untuk semua peringkat umur dan memelihara tulang dan otot yang kuat.

Senaman yang menguatkan otot dan tulang
  • Jogging
  • Kembara
  • Berjalan Pantas
  • Mendaki Tangga
  • 50 lompatan atau lompat dengan tali skip
  • Bebanan Impak berkaitan sukan seperti bila raket
  • Angkat berat
  • Menggunakan gegelang senaman kenyal
  • menggunakan mesin beratan
  • Mengangkat berat badan anda sendiri
  • berdiri atau bangkitkan jari kaki

Kata orang, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat..jadinya,bersenaman adalah penting untuk seluruh kesihatan kita. Sebab bersenam dan pemakanan dua perkara yang saling berkait, jadi diet seimbang dan senaman mampu memberi impak yang sangat baik untuk tahap kesihatan kita bersama. 

*kononnya nak start pergi Gim,sampai hari ini belum jejakkan kaki lagi dekat gim tu


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. kalau rajin jogging memang ringgan bdan

    ReplyDelete
  2. berjalan pantas tu selalu..hehehe setiap hari

    ReplyDelete
  3. sbb tu akak suke minum susu anlene tuh...yg bancuh akak beli, yg dlm kotak pun akak beli...almaklum lahh dah nak masuk siri2 purba ni kakakkkkaakak

    ReplyDelete
  4. samalah kt kak.. gym p sekali ja aritu.haha.

    moga sihat mak akk..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus.. Selalu buat turun naik tangga tu.. Tapi senaman yang betul2 lama dah tak buat nak kena disiplin balik nie..

    ReplyDelete
  6. Dari kajian yang WP baca, daun kari dapat membekalkan kalsium yang tinggi kepada badan kita.
    Gunakan selalu daun kari dalam masakan kita.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)