السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Quality Time | Dah lama sebenarnya tak keluar di hari bercuti sebab banyak habiskan masa di rumah sahaja selain pergi melawat ayah di rumah Maklina (mak no.3). Kalau ikut perancangan awal nak pergi melawat ayah dalam pukul 9 pagi, tetiba ayah datang rumah sekejap sebab kebetulan maklina nak beli tong gas katanya. So,tak jadi lah nak melawat ayah.
Tukar rancangan bawa mak keluar pergi cari kain pasang, sebab orang kerja pejabat yang tak ada uniform nie, begini lah asyik nak pergi cari kain buat baju. Kali ni yang berkenan dihati 2 pasang je..cukup lah tu lain² bulan nanti topup lagi ya..
Selain jakel nieyl suka juga beli kain dekat Nilai Square nie sebab yang pertama dari segi harga dan yang kedua dia tak sesak sangat. Ada yang nieyl dengar kata kain dekat sana kureng sikit tapi pada nieyl okay je kot yang penting kena pandai pilih kain dan corak je..So,tak ada masalah kot kalau kain tu murah sekali pun, tak ada nya kalau dah siap tu tertera berapa nilai kain tu kan. Yang penting pada nieyl corak terkini, kain elok dan harga tengah-tengah.. :)
Lepas dah selesai beli kain dekat Nilai Square tu, Bawa mak pergi ke Nilai 3 pula sebab mak nak sangat beli tikar untuk raya..Lepas tu window shopping je dekat Nilai 3 tu, tengok langsir, tengok karpet usha-usha untuk hari raya tahun depan..ha..nieyl dah aim dah beberapa carpet dekat kedai tu... Tinggal duit je lagi tak ada.
Destinasi terakhir sebelum balik, bawa mak pergi minum petang di Taman Warisan Putrajaya. Ok mak memang suka dekat sini sebab kata mak air kelapa dia sedap. So,kebetulan minggu ni ada jualan buah-buahan dekat Taman Warisan tu..beli harum manis dengan langsat je..
akak punsuke taman warisan nieyl....suke nasi berlauk die..sedap dgn ayam goreng garing2 panas2 die...slurpppp
ReplyDeleteBeli kain dah jahit sendiri memang puas Nieyl sebab kita boleh pilih sediri warna dan jenis kainnya
ReplyDeleteDah tu fesyen apa kita nak jahit ikut suka kita juga. Puas.
#sukatengokairmukamaklembutsangat
suka tempah juga...hehehe
ReplyDeletehappy moment :)
ReplyDeletesup perut ke tu? macam sedap ja hihi
ReplyDeletesup perut memang terbaik!!
ReplyDeleteSha dah lama tak beli kain ela..
ReplyDeleteSelalu beli baju dah siap je.. senang
Macamana corak kain terkini Nieyl? Hakak ni dah lama betul tak beli kain ela. Maklumlah duk rumah je. Bila masa nak melaramnya.
ReplyDeletesaya dulu pun suka gi shopping kain
ReplyDeleteDah lama tak beli kain ela..hee. Best shopping :)
ReplyDelete