24 November, 2016

Pakai perfume tapi tak wangi?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pakai perfume tapi tak wangi? | Pernah tak korang rasa macam tu?Spray sana spray sini bagai nak tuang satu botol dekat baju,tapi tetap jugak bau tidak tahan lama. Kata orang kalau nak wangi kena pakai perfume yang mahal²..hello perfume tak mahal pun wangi okay yang penting boleh bawa solat..ingat tu ya... 

Bukan salah perfume tu mahal ke murah ke, sebenarnya cara kita pakai perfume tu yang kadang² salah, ha..tarik muka..tarik muka..tertarik betul² kan baru tahu..meh nak share cara yang salah ketika korang pakai perfume. 


Gosok minyak wangi selepas Spray
Kalau korang jenis pakai minyak wangi yang jenis sembur atau spray, selepas sembur tu korang tak perlu gosok minyak wangi tu sebab ianya akan pecah dan menyebabkan bau minyak wangi tu tak tahan lama. (ingat tu tak payah gosok)

Simpan minyak wangi di tempat yang sesuai
Nak bagitahu, minyak wangi tidak sesuai di letakkan di tempat uang terdedah dengan suhu panas terutamanya di dalam kereta. Seharusnya minyak wangi kita itu di simpan di tempat gelap bersuhu bilik tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ini kerana suhu tidak sesuai akan menyebabkan molekul bau wangi musnah.

Jangan sembur pada kulit kering
Kulit yang lembap akan membuatkan haruman minyak wangi tahan lama, Kebiasaannya sapukan losyen di kulit sebelum sembuh minyak wangi untuk keharuman yang lebih tahan lama. :)

Campur minyak wangi
Nama pun minyak wangi, ada pula jenis yang sembur minyak wangi lebih daripada satu jenis, eh..ada ke??ish...tamaknya...dia ingat lebih wangi lah tu, actually..kalau kita pakai lebih dari satu jenis minyak wangi pada masa yang sama bukannya lebih wangi ianya akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

* Minyak wangi sangat berkesan pada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik.

Extra Sharing

Nieyl nak share dengan korang, dekat mana tempat di tubuh badan kita yang sesuai kita sembur atau sapu minyak wangi :-

  1. Belakang telinga
  2. nadi pada sendi tangan
  3. siku
  4. ruang bawah dada
  5. celah paha
  6. belakang lutut
  7. pergelangan kaki
Okay, korang dah tahu sekarang kan..jadi jangan lupa amalkan..selamat mencuba yaaa...:♥



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Hakak main sembur je Nieyl kadang tu hihi...pernah dengar jugak pasal sembur kat tempat nadi bagi tahan lama katanya

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang amay baik sekali..
    AM selalu gosok tempat yang disembur minyak wangi..Hihihi

    Posting terbaru AM
    Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. 'cravers pink'??? Lepas ni kena buat minyak wangi 'dorsett pink' la pulak.hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)