Pesanan Buat Korang Yang Sukar Maafkan Orang lain
by
Nieyla Nadia
on
November 02, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pesanan Buat Korang Yang Sukar Maafkan Orang lain | Ada ketikanya sememangnya ada beberapa perkara yang terjadi yang membuatkan kita sukar untuk memaafkan orang lain.. Ya..Yaa tahu itu sifat dan sikap yang tidak baik tapi kita sebagai manusia biasa ada kalanya kita sendiri buat silap dan perlukan nasihat dan bimbingan ke arah yang lebih baik.
Sifat memaafkan adalah satu sifat yang tersangat mulia.Allah SWT juga mempunyai nama-nama yang melambangkan sifat pemaaf dan ia bukan sahaja pemaaf malah Allah juga sentiasa mengalu-alukan permintaan maaf dari setiap hambanya. Sebesar atau sekecil mana pun dosa yang kita lakukan, Allah sentiasa menanti hambanya memohon maaf dengan ikhlas serta solat taubat.
Tiada rugi sebenarnya jika kita memaafkan orang lain dan melupakan segala kesilapan yang lepas. Jiwa yang memaafkan adalah jiwa yang sangat tenang. Kita tidak perlu lagi nak serabutkan kepala kita dengan amarah kita terhadap orang lain. Kehidupan kita dan kerja pun akan menjadi lebih baik dan berkualiti sebab emosi kita stabil.
Sedar atau tidak jika setiap hari ini kita melakukan pelbagai kesalahan boleh memaafkan dan melupakan kesalahan kita, tapi kenapa susah kita nak maafkan dan melupakan kesilapan orang lain pada kita??
#selfreminder
