24 November, 2025

Menginap di Homesay Ad’Lia Villa Melaka

 

Menginap di Homesay Ad’Lia Villa Melaka | Weekend baru ni nieyl dan sebahagian family nieyl bercuti di Melaka dan menginap di Homesay Ad’Lia Villa Melaka, dan villa ini memang buat nieyl  rasa seperti balik rumah sendiri, tapi dalam versi yang lebih luas, lebih selesa dan lebih tenang. Nieyl bergerak dari rumah malam dalam pukul10 lebih macam tu sebab hari jumaat siang hari masih bekerja. Malam tu bergerak dua kereta sahaja dan sampai homestay dalam pukul12 lebih. 

Jom nieyl bawa tour dalam rumah dulu. Villa ni setingkat tapi sangat luas dan susun atur dia pun simple dan sesuai untuk dijadikan homestay dan corner lot. 

Ini ruang tamu yang luas sesuai untuk bersantai bersama family. Disediaka Wifi juga dan kalau nak tengok netflix pun boleh cuma kena login acc sendiri ya. Kemudian disediakan juga PS4 untuk anak-anak main tapi nieyl tengok yang tak berapa nak kanak je syok main hehehe.

Sebelah ruang tamu tu ada meja makan untuk 8 orang. 
Ada anak tangga sikit, untuk naik ke bahagian dapur kering dan juga ada mainan juga tepi tu untuk budak-budak main juga. 

Dapur kering ada disediakan coway, microwave, peti sejuk dan pembakar roti. 
Ini salah satu bilik bahagian bawah. Dekat bawah ada 4 bilik katil queen dan setiap bilik semua ada aircond, sejadah, almari dan dalam almari ada disedian juga tilam-tilam extra dan bantal.
Ini pula bilik bahagian atas, ada 2 katil single dan juga bilik air.
Ini bahagian ruang tamu atas cuma tak ada aircond..
Ini Pool dia besar dan tak dalam sangat. Nieyl tinggi 153 pun air dia paras dada je..

Ada satu lagi area dapur basah dan tempat kita masak memasak. Bagusnya homestay ni kan kita masak semuanya diluar. Tempat yang disediakan sangat selesa. Kelengkapan memasak semua ada, tak payah nak nak bawa dari rumah. Dekat luar juga ada peti sejuk, meja dan kerusi pun ada. Senang cerita lengkap macam dekat rumah kita.

Cuti kali ni memang kita nak bersantai di homestay sahaja. Kita memang tak ke mana-mana pun. Sangat seronok walaupun bukan semua family tapi sebahagian pun dah seronok. Rasa tak puas bercuti.. 

Untuk sebuah villa yang lengkap dan selesa ni terbuka untuk Muslim sahaja. Max adalah 25 pax. Masa nieyl pergi tak sampai 25pax pun, dalam 20 pax..Bawah ni nieyl share harga penginapan..

💵 Harga:
🗓️ WEEKDAYS
▪️ Rm990 (2hari 1malam)💢
▪️ Rm1980(3hari 2malam)💢 

🗓️ WEEKEND | PUBLIC HOLIDAY | CUTI SEKOLAH
▪️ Rm1650(2hari 1malam)💢
▪️ Rm2950(3hari 2malam)💢

Harga dia setanding dengan kepuasan yang nieyl dan family dapat. Sangat best!Homesay Ad’Lia Villa Melaka adalah pilihan penginapan yang selesa, cozy dan penuh privasi. Kalau korang mencari lokasi untuk bersantai sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan, villa ini memang patut masuk dalam senarai korang tau..

Lokasi Bunglow:

 📍 Alamat : 

Taman Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka Tengah, Melaka

📲 https://wa.me/60109410470

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)