
Menerima Bukan Bererti Mengalah
Ramai je orang salah faham bila dengar perkataan “terima” tu anggap kelemahan atau hilang kekuatan. Sedangkan menerima itu sebenarnya salah satu bentuk keberanian sebab kita memilih untuk berhenti menentang sesuatu yang berada di luar kawalan kita, supaya kita boleh fokus pada apa yang masih boleh diperbaiki, betul tak?
Ada Perkara Yang Kita Tak Mampu Kawal
Dalam hidup ni sebenarnya banyak yang kita boleh rancang tapi bukan semuanya akan berjalan ikut rancangan kita. Ada keputusan orang lain yang kita tak boleh ubah. Ada situasi di mana kita tak boleh dipaksa. Ada hubungan yang tak boleh diselamatkan. Ada peluang yang bukan rezeki kita. Dan di saat-saat sukar itulah, menerima adalah cara untuk melepaskan beban yang kita pikul terlalu lama.
Menerima Membuka Ruang Untuk Tenang
Bila kita memilih untuk berhenti melawan perkara yang mustahil diubah, hati kita jadi lebih ringan dan tenang. Fikiran pun lebih jelas. Kita mula rasa lega kerana kita tak lagi menolak hakikat. Penerimaan bukan akhir segalanya ia permulaan kepada hidup yang lebih damai.
Kadang-kadang pilihan terbaik adalah menerima bukan kerana kita tidak mampu mengubah apa-apa, tetapi kerana kita memilih ketenangan berbanding pertarungan yang tidak perlu.
Menerima bukan bermaksud kita berhenti berharap,menerima bermaksud kita memberi peluang kepada diri sendiri untuk bergerak ke depan dengan hati yang lebih lapang.
Akak setuju sangat....
ReplyDeletebetul.. menerima bukan bererti mengalah...tapi, sesuatu yang perlu dibuat untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar...
ReplyDeleteSetuju... Akk sejak baca satu quote; don't stress about something you can't control terus jadi sedar. Kadang terlupa dlm hidup ni bukan semua benda kita boleh kawal, jadi chill je. Apa² hal pun, ingat Allah sebaik² tempat bergantung.
ReplyDeleteBetul tu sis, menerima tu ibarat kita berlapang dada dan berdamai dengan takdir. InshALLAH, nanti hati pun tenang:)
ReplyDelete