Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali? Ini Ceritanya | Kak ipar nieyl kebetulan tengah mencari supplier pisang tanduk dan pisang nangka untuk buat kerepek. Sambil drive borak-borak lah, nieyl tanya kenapalah susah sangat nak dapat stok , kak ipar nieyl cakap sebab pisang kan berbuah sekali je.. eh..betul ke pisang berbuah sekali je?? Jujurnya, nieyl baru tahu rupanya pokok pisang hanya berbuah sekali seumur hidup. Ya, sekali sahaja! Lepas itu, pokoknya akan mati perlahan-lahan. Menarik kan?
Walaupun pokok induk mati, pisang tak pupus. Di sekelilingnya akan tumbuh anak-anak pokok (dipanggil sulur). Sulur inilah yang akan membesar dan menghasilkan buah seterusnya. Jadi kalau kebun pisang sentiasa berbuah, itu sebenarnya hasil daripada generasi baharu. Buahnya sekali tetapi daun, batang dan bunga sangat berguna dalam kehidupan seharian kita dan pokok pisang sangat cepat membesar sekitar 3- 9 bulan sahaja.
Apa yang nieyl belaar dari pisang adalah bila fikirkan tentang pokok pisang, nieyl rasa macam simbol kehidupan. Kadang-kadang kita pun gunakan segala tenaga untuk capai sesuatu yang besar. Bila berjaya, satu fasa hidup pun selesai, dan kita bergerak ke fasa seterusnya. Sama seperti pisang yang “berkorban” untuk satu hasil, tapi tetap meninggalkan manfaat untuk generasi seterusnya.
Siapa sangka, perkara sesimple pokok pisang pun ada kisah menarik di sebaliknya. Lepas ni kalau nampak pokok pisang, mungkin kita akan pandang dengan perspektif baru—buahnya sekali, tapi jasanya berkali-kali.

ye betul...akak setuju...pisang tak berbuah dua kali bermakna kesilapan yang sama tidak harus berulang, memang ianya berkaitan dengan kehidupan..
ReplyDelete