19 August, 2021

Top 5 hotel yang sesuai untuk keluarga

Top 5 hotel yang sesuai untuk keluarga | Sejak pandemik melanda negara kita ni rasanya dah dekat 2 tahun kita hidup dengan norma baru. Dimana kita tidak dibenarkan merentas daerah ataupun negeri tanpa surat kebenaran polis. Banyak sektor yang di tutup sementara untuk mengelakkan penularan wabak covid 19. Oleh yang demikian kita boleh menarik nafas lega apabila negara kita telah berjaya mencapai 60% kadar vaksinasi seluruh negara. Ini bermakna sektor pelancongan dalam negeri boleh beroperasi seperti biasa. Seronoknya dah lama kita tak pergi bercuti bersama keluarga tersayang kan. Ini adalah masa yang paling tepat untuk kita merancang percutian bersama keluarga walaupun hanya di negeri tempat kita tinggal sekurang-kurangnya kita boleh melihat dunia luar setelah duduk di rumah sekian lamanya.

Walaupun niat hati teringin bercuti di tepi pantai dan buat carian hotel in Port Dickson. Teruja nieyl mencari hotel-hotel berhampiran yang mungkin boleh nieyl short list untuk staycation dan mungkin boleh membantu korang yang tengah mencari sama seperti nieyl.

 

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Terletak tepat di seberang World Trade Center Kuala Lumpur, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel yang mempunyai 650 bilik ini merupakan sebahagian daripada pembangunan bersepadu dan dihubungkan langsung dengan Sunway Putra Mall yang memenangi pelbagai anugerah. Selain itu kita boleh mendapatkan pelbagai pengalaman dari segi hiburan dan ia juga  salah satu pilihan tempat makan terbesar dengan lebih daripada 80 gerai makanan dan minuman terkenal, restoran dan makanan yang meriah. Ha..ini kalau bab makanan, nieyl memang suka makan dekat hotel sebab banyak pilihan.

Pandangan jauh Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Deluxe King Room


Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Hotel ini terletak di lokasi yang tepat di tengah-tengah Bukit Bintang, pusat hiburan paling hidup di Kuala Lumpur dan kawasan membeli-belah yang paling kerap berlaku serta hanya 15 minit dari Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia. Berjaya Times Square Hotel yang elegan dan berkelas dilengkapi dengan sejumlah 600 bilik dan suite, semuanya dilengkapi dengan elegan dengan keanggunan moden dan keselesaan kontemporari. Korang boleh memilih salah satu daripada tujuh kategori bilik, dari Studio berperabot klasik hingga Suite 2-Bilik Tidur yang luas.

Nieyl kalau pergi bercuti selalunya akan mencari bilik yang luas yang boleh bawa mak dan ayah. Kadang-kadang tu nieyl suka juga bawa anak-anak buah yang kecil-kecil sebab mereka lebih teruja tidur di hotel terutama kalau ada swimming pool.

Berjaya Times Square Hotel

Superior –Room Interior

Taman Mainan Kanak-kanak 

Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur menawarkan pilihan bilik tamu bandar dan kontemporari, bersama dengan pelbagai keselesaan dan ia sebelah Menara KL dan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang megah. Tema kontemporari yang hangat, pencahayaan yang selesa, almari pakaian yang luas, dan bilik mandi terdapat di setiap bilik eksklusif.

Mereka juga menyediakan kemudahan mewah, ruang, kemudahan dan gaya hidup yang ditentukan dari hotel dan suite pangsapuri perkhidmatan yang secara khusus sesuai dengan keperluan korang. Dengan perabot dan kemudahan pereka kontemporari yang anggun, hotel ini dirancang dengan keanggunan dan keselesaan awet muda, tempat tidur dilengkapi dengan selimut dan bantal seperti awan, TV skrin rata LCD dengan berita, sukan, dan hiburan terkini, dan sambungan internet jalur lebar ke tetap terhubung dengan dunia, ditambah dengan kolam renang atas bumbung percuma. Selain itu kita juga boleh manjakan diri di Thai SPA yang disediakan di hotel ini. Teruja pula nieyl rasa, sebab nieyl memang suka berada di SPA ianya lebih tenang dan tiada gangguan.

Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Premier Deluxe

THAI PARADISE SPA

FITNESS CENTRE

 

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences

Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences menempatkan 450 bilik dan suite kontemporari yang menampilkan kemudahan moden, dan 157 kediaman yang direka untuk keselesaan dan kemudahan. Untuk pengetahuan korang terdapat enam restoran dan bar menjanjikan masakan yang menggoda, memenuhi setiap selera. Oasis di tingkat atas di 10th mempamerkan ruang-ruang taman yang santai, kolam renang, Fitness Lounge, The Zone (bilik kanak-kanak), Ruang Tamu (tempat tinggal kediaman), Poolside Bar & Grill dan Vibes Spa.

Pandangan Malam Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences

PREMIUM DELUXE ROOM

Hotel Lobby

Swimming Pool

Game Zone

The Westin Kuala Lumpur

The Westin Kuala Lumpur adalah hotel berpengalaman di Bukit Bintang. Korang boleh menikmati makanan yang sedap dan lazat dari restoran The Living Room. Selain dari itu hotel ini juga menyediakan kemudahan mesyuarat yang dinamik, serta boleh mengadakan majlis perkahwinan. Setelah seharian penuh perniagaan atau bersiar-siar, korang boleh segarkan diri di kolam renang atau bersukan di WestinWORKOUT®️ Fitness Studio.  

Hadapan The Westin Kuala Lumpur

King Guest Bedroom

 

Splash Pool

Westin WORKOUT® Fitness Studio

Ini antara 5 top hotel yang ada di Kuala Lumpur yang menjadi pilihan nieyl untuk bercuti bersama keluarga. Kalau korang nak tahu, di saat ini banyak hotel-hotel yang menawarkan pakej-pakej penginapan dengan harga yang mampu milik. Oleh itu korang boleh buat tempahan sekarang untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan di samping kita membawa keluarga serta anak-anak menginap di hotel, kita juga boleh membantu ekonomi penghotelan negera kita bangkit semula.

Nieyl doakan semoga kita bersama-sama mengikut SOP yang ditetapkan dalam apa juga keadaan, kita belum menang tapi kita pasti menang dan kita boleh hidup dengan norma baharu. Jangan lupa jaga kesihatan diri dan keluarga.

 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)