Lengkap vaksin untuk diri sendiri | Satu pengalaman yang baru bila divaksin ketika dewasa ni, selalunya yang cucuk-cucuknya zaman bayi dan kanak-kanak je kan. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah setelah sekian lama mendaftar di MySejathera akhirnya timbul tarikh dan masa untuk divaksin. Untuk dos yang pertama nieyl pada 16 Julai 2021 di Movenpick , KLIA .
Ini merupakan kali pertama nieyl pergi ke Movenpick walaupun kalau jarak dari rumah hanyalah 20 minit. Selalu dengar bos-bos pergi mesyuarat dan berbengkel dekat sini je. Pada hari kejadian semangat pergi awal kononnya takut tak ada parking kereta, padahal masalah parking tak timbul pun banyak je tempat parking kereta yang disediakan. hihihi
Sampai je di pintu depan, perkara pertama yang kita kena buat adalah scan MySejahtera dan petugas akan semak status sama ada dah update atau belum, sekiranya belum kita akan diminta untuk update dan selepas update barulah kita akan pergi ke next seksyen untuk ambil nombor giliran. Nombor giliran tu kena peka tengok pada skrin depan kita tu supaya tak terlepas.
Tak sampai 10 minit menunggu nombor nieyl dah dipanggil pergi ke kaunter untuk pendaftaran. Kebetulan nieyl dapat kaunter dimasa kawan nieyl bertugas dekat sana. Ya Allah dah lama sangat tak jumpa dia sejak PKP 1.0 lagi, rezeki dapat jumpa sambil buat pendaftaran sempat la sembang tanya khabar masing-masing.
Selepas seksyen pendaftaran, akan terus pergi jumpa Dr. untuk sesi penerangan tentang vaksin apa yang kita akan ambil, kesan -kesan yang mungkin akan kita hadapi selepas suntikan, dan kita juga boleh tanya apa sahaja pada Dr. yang terlibat sekiranya kita tak faham apa-apa. Dan dalam borang yang kita isi masa pendaftaran akan kita tandatangan dan Dr. tandangan sekali tanda persetujuan untuk menerima vaksin.
Kemudian nieyl akan ke seksyen menunggu untuk masuk bilik menerima suntikan vaksin, untuk kali pertama tu memang berdebar juga la, tipulah kata tak berdebar, cuma fikir positif dan fikir semua ini untuk kebaikan sebab mak ayah nieyl tinggal bersama nieyl, jadi nieyl kena protect diri dan mak ayah nieyl. Selepas selesai suntikan vaksin , semua kena menunggu di ruang rehat selama 30 minit untuk pemantauan, jika tak ada apa-apa...nama akan di panggil dan boleh pulang.
Syukur Alhamdulillah untuk suntikan pertama nieyl terima, tiada sebarang side effect dan semuanya baik-baik belaka. Dan pada 6 Ogos yang lepas merupakan hari suntikan vaksin dos yang kedua nieyl di tempat yang sama juga. Selepas balik dari vaksin tu ada rasa tak sedap badan macam nak demam tapi tak demam, badan cuma ada rasa lemah beberapa jam selepas vaksin. Alhamdulillah esoknya kembali normal. Dan nieyl berpantang jumpa orang termasuk pergi pejabat dalam masa 14hari..
Rindu nak hidup dalam suasana sebelum covid tapi realitinya kita tak mungkin akan dapat seperti dulu. Apa yang penting adalah kita akan hidup dalam norma baru. Walaupun bukan mudah untuk kita sesuaikan diri tapi kita kena sesuaikan diri demi orang-orang yang kita sayang. Vaksin ini adalah usaha kita, selebihnya kita kena berserah pada Allah. Bukan kata bila dah vaksin ni kita menjadi kebal ya, kita masih lagi kena menjaga SOP dan jaga kebersihan diri.
Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah pada kawan-kawan, sedara mara, ahli keluarga mereka yang telah pergi meninggalkan kita kerana covid dan doakan kesembuhan pada mereka yang diuji positif covid serta doakan semoga Allah pelihara kesihatan kita semua...Aamin...
Tahniah dah lengkap 2 dos vaksin
ReplyDeletekenangan terindah ni cucuk vaksin covid.. nt blh cite kat ank cucu.. hihi..
ReplyDeletealhamdulillah.. dh completed vaksin.. =)
Alhamdulillah. Dah lengkap 2 dos.
ReplyDeleteMoga si covid cepatlah balik kampung halamannya.