Bunga cinta di kawasan rumah | Semua bunga-bunga yang ada dikawasan rumah nieyl semuanya hasil tanaman mak nieyl. Hobi dia memang suka tanam bunga-bunga. Bukan sahaja bunga gantung , dalam pasu dan atas tanah pun banyak mak tanam boleh dikatakan keliling rumah anak-anak dia semua penuh dengan pokok bunga dan pokok hijau.
Kemarin semasa tunggu biras nieyl hantar barang, nieyl tunggu dekat kawasan luar rumah. Sementara menunggu dia sampai tu saja snap beberapa keping gambar bunga-bunga tanaman mak yang tengah kembang. So, saja nieyl simpan sini sebab nieyl rasa bila pandang bunga ni rasa macam tenang je mungkin sebab warna dia yang cantik.
Jangan tanya bunga apa ya sebab nieyl tak arif tentang bunga. Kalau tanya bunga mana yang cantik semua nieyl suka. Lagi-lagi bunga yang berwarna putih. Ia nampak lebih suci dan tenang kalau kita perhatikan lama-lama. Selamat menjamu mata ya korang.
Cantik2 memukau pandangan
ReplyDeleteYang paling atas warna ungu tu bunga ruelia. Saya selalu nampak di pagar sekolah. Bawahnya tu sudah tentulah bunga raya hihihiii. Yang warna kuning tu bunga loceng. Encik Suami tanam di luar pagar. Yang bawah sekali tu bunga kemboja.
ReplyDeletemama dari dulu mmg suka bunga loceng kuning tu dgn bunga raya
ReplyDelete