25 August, 2021

Resepi Ayam Buttermilk Guna Tepung Bestari


Resepi Ayam Buttermilk Guna Tepung Bestari | Kalau nak beli ayam masak buttermilk dekat kedai harga dia tu rasanya boleh dapat separuh ayam. Buttermilik ni selalunya anak-anak suka makan sebab dia rasa susu, lemak-lemak dan tak pedas. Hari ini nieyl nak share dengan korang resepi dan cara nieyl masak ayam buttermilk guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. 

Bahan-bahan

Susu Cair
Ayam potong dadu
Tepung bestari
Daun kari
Bawang besar (dadu)
Bawang putih (cincang)
Kepingan cheese
Butter

Cara-caranya

  1. Ayam di gaulkan dengan tepung bestari, dan goreng seketika dan toskan
  2. Cairkan butter dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan daun kari
  3. Option kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan
  4. Masukan susu dan kepingan cheese dan last sekali masukkan ayam yang telah digoreng
  5. Gaul sebati dan angkat untuk dihidangkan. 

4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)