24 August, 2021

Pengalaman Bila Ahli Keluarga Positif Covid 19

Pengalaman Bila Ahli Keluarga Positif Covid 19 | Apabila kita menghadapi musibah dan ujian, ianya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan terutama di media sosial. Jika sebelum ni, selalu nieyl tengok dalam berita, di facebook tentang mereka yang disahkan positif coved 19 ni akan tetapi apabila Allah menguji diri sendiri untuk berdepan dengan virus ni..Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini apabila husband, mak mertua, adik ipar dan anak buah disahkan positif dalam satu masa yang sama. 

Disebabkan mak ayah nieyl tinggal bersama nieyl, tumpuan nieyl memang lebih kepada mak ayah nieyl sebab mereka warga emas yang berisiko. Sebelum ni pun husband pernah jadi contact rapat , so memang nieyl ambil pendekatan perasingan awal dengan husband. Untuk kali kedua ni pun sama juga, bila tahu husband contact rapat , nieyl terus buat perasingan semua dan nieyl bawa mak ayah pindah ke rumah kakak sebelah rumah nieyl. Lepas 5 hari, husband buat pcr dekat klinik area cyberjaya, keesokan harinya result positif. Allahuakbar..nieyl tak tahu nak buat apa masa tu, cuma sediakan apa yang patut untuk husband termasuk ubat-ubatan, peralatan untuk dia pantau kesihatan dia. 


Simptom yang husband nieyl alami 2 hari sebelum buat test, dia alami demam itupun sehari sahaja, selepas dia makan panadol setiap 6 jam, mandi setiap 2 jam..esoknya suhu badan dia kembali normal dan tiada demam lagi. Walau macam mana pun, nieyl nasihatkan husband untuk terus aktif keluarkan peluh, dia buat setiap hari dia akan buat senaman untuk kekal aktif, cuma bila dia dah mula batuk- batuk tu penafasan dia terganggu, dia tak boleh penat. Nieyl pun bila tengok dia batuk teruk, terus nieyl pegi cari gula-gula, ubat batuk , bancurkan dia lemon madu setiap hari. Semua benda nieyl buat untuk pastikan husband nieyl kembali sihat. 


Pada masa yang sama, mak mertua nieyl demam berhari-hari tak kebah,satu hari tu oksigen dah rendah terus adik ipar yang positif juga tu bawa mak pergi CAC untuk check oksigen mak. Tapi mak kena dihantar ke hospital sebab oksigen mak rendah dan dekat CAC tak ada peralatan yang lengkap. Ini adalah kali pertama mak pergi hospital dan kena warded. Mak dekat hospital tak lama kalau tak silap nieyl dalam 3 hari dan mak ditidurkan pada hari ke 3, dan 30 Julai mak pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.. Al fatihah

Sehari selepas mak pergi hospital, adik ipar nieyl pula kena ke Maeps sebab oksigen dia kena pantau rapi. Adik tak dapat hadir masa majlis pengebumian arwah mak. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mereka terutamanya husband. Seminggu jugalah mereka nak dapatkan kekuatan untuk meneruskan hidup. Tanggal 5 ogos mereka semua dah boleh potong gelang, Alhamdulillah..syukur sangat dan kami doa semoga keluarga kami dijauhi dengan virus covid 19 ini. 

Perasaan bila terpaksa berasingan dengan husband dalam jangka masa yang pada nieyl lama juga sebab lepas dia dah potong gelang, nieyl tak boleh balik ke rumah nieyl lagi sebab rumah kena buat sanitasi terlebih dahulu dan baru nieyl balik ke rumah nieyl. Jadi sepanjang tu nieyl tinggal dekat rumah kakak nieyl. Setiap hari nieyl mampu merenung rumah nieyl dari jauh jela sebab tak boleh nak masuk pun. 


Disini nieyl nak share sedikit amalan yang nieyl amalkan untuk husband nieyl ketika dalam tempoh kuarantin postif covid 19. (pengalaman nieyl jaga husband)
  • Jika demam, kerap mandi 2 jam sekali untuk kurangkan panas badan dan jangan lupa ambil panadol setiap 6 jam
  • Amalkan minum air panas ya
  • Kalau boleh makan, makanan yang berkhasiat
  • Amalkan makan vit c setiap hari
  • Jika buat sup, lebihkan halia..makan halia tu pun bagus
  • Minum air dengan secukupnya
  • Amalkan minum air lemon madu panas atau suam

Pesanan untuk ibu bapa, suami atau isteri..nieyl nak nasihatkan jika korang dapat tahu yang korang ada contact rapat dengan pesakit covid, nieyl minta sangat tolong self kuarantin secepat mungkin dalam bilik tanpa berjumpa anak-anak ataupun suami/ isteri. Jangan ambil mudah self kuarantin ni, kalau korang sayangkan suami/isteri dan anak-anak, tolonglah. Tak rugi pun kalau korang self kuarantin malah korang boleh selamatkan nyawa insan-insan yang korang sayang. \\

Ini sahaja yang nieyl nak share, kepada yang membaca, sedekahkan Al fatihah pada arwah mak mertua nieyl ya...terima kasih semua...


2 comments:

  1. hanya mereka yg pernah covid 19 tahu betapa seksanya penyakit ini.

    ReplyDelete
  2. dugaan utk nieyl satu family.. ='(
    kehilangan org tersyg disebabkan covid mmg perit..
    semoga virus covid terus lenyap dr muka bumi ni..

    alfatihah utk MIL nieyl..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)