21 May, 2018

Selamat Hari Ibu

Setiap hari adalah hari ibu , pengorbanan seorang ibu dari mengandungkan kita 9 bulan, melalui hari -hari dengan pelbagai alahan, kesakitan dalam proses bersalin dan membesarkan kita. Ya Allah tak dapat nieyl nak gambarkan betapa hebatnya mereka yang bergelar ibu. 

Apabila usia semakin meningkat, semakin matang pemikiran maka makin tersedarlah segala dosa dan kesilapan yang pernah kita buat masa remaja. Nieyl ni memang anak yang nakal masa kecil-kecil dulu, sebab itu selalu kena rotan dengan mak ayah..Tapi Alhamdulillah, menjadi manusia yang ingin berbakti pada mak ayah sampai bila-bila..



Gambar yang first ni gambar nieyl bersama mak dan second ni nieyl bersama mak mertua nieyl. Dua- dua wanita yang hebat dalam hidup nieyl. Semoga mereka berdua di berikan kesihatan yang baik, dan selalu dimurahkan rezeki..Amin..


Ha...pada hari ibu hari tu siapa yang tengok buletin tv3 sampai habis?korang perasan tak gambar dekat atas ni...Kalau tak perasan meh nak share..kekeke..lepas ni tunggu untuk raya tahun ni pula.. ♥



5 comments:

  1. of coz..Ibu adalah segala-galanya. even dah bersuami, kita still rapat ngan Ibu. mcm Ayu ni, dah takde suami..balik ngan Ibu balik..tu lah tempat bermanja & mengadu segala2 nya.. Happy belated mothers day too!!

    Salam ramadhan!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Selamat hari Ibu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)