18 May, 2018

Menu Buka Puasa Ramadhan day 1

Bermula episode sharing menu berbuka puasa di media sosial. Nieyl suka juga tengok kawan-kawan post menu buka puasa dieorang. Sebab kalau yang dah selalu memasak, akan sampai waktunya dah tak tahu nak masak apa kan.  So, pagi ni nieyl nak share menu berbuka hari pertama nieyl semalam. Balik kerja nieyl terus bersilat dekat dapur, masak pun semalam simple je tapi husband bertambah makan...kekeke..


Nieyl masak lemak pucuk ubi , kebetulan hari rabu kawan mak kasi Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni. Biasanya kalau lemak-lemak berkuah ni sedap kalau makan bersama sambal. Ha..tak kira lah sampai udang ke ayam ke ikan ke. Nieyl kebetulan ada ikan sardin tu, nieyl masaklah sambal merah. Memang kombinasi yang terbaiklah makan waktu berbuka puasa. 

Oh ya, tips nieyl untuk mengelakkan perut kita ni terkejut tiba-tiba masuk pelbagai makanan. Nieyl selalu amalkan minum air suam terlebih dahulu dan makan 2 biji kurma sebelum makan makanan yang berat. Kalau boleh janganlah buka terus minum air sejuk, kesian perut kita terkejut..😃

Tengah fikir menu untuk berbuka hari ini..hehehe..awal pagi dah fikir ya...

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)