23 May, 2018

Menu Buka Puasa Ramadhan day 2

Bulan Ramadhan ni pagi-pagi lagi dah fikir menu berbuka puasa nak masak apa..over kan..tapi kalau dah ada perancangan awal tu bagus so, korang tak ada lah rushing sangat nak masak. Kalau nieyl, dah siapkan awal-awal menu untuk seminggu supaya kita tak ulangi masakan yang sama pada minggu yang sama. 

Untuk hari kedua puasa, nieyl masak simple juga ayam masak kicap dan sayur pak choy tumis ikan bilis. Ayam masak kicap antara menu yang wajib masak bulan ramadhan ni sebab ianya pembuka selesa, silap -silap boleh bertambah makan ni tau.. 

Ayam masak kicap ni korang boleh tambah bahan lain, kebetulan masa nak masak tu ubi kentang dah habis so, nieyl tukar kepada cili hijau yang besar tu. Cili tu tak pedas pun kalau nak makan tapi saja nak nampak cantik.

Dan lagi satu kalau korang nak masak ayam kicap ke ayam sambal ke kalau boleh ayam tu jangan goreng garing sangat,nanti keras..agak-agak dah masak tu dah boleh angkat dah..lagi sedap lembut je orang yang tak ada gigi pun boleh makan.. 

Nieyl tak letak resepi sebab rasanya semua orang tahu nak masak ayam kicap macam mana kan.


7 comments:

  1. bila tengok time pagi2 camni aduhhh mengundang rasa lapar jeee walaupun masih awal hahaha

    ReplyDelete
  2. alahai..sdap tu ayam kicap..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Sesuai buat berbuka/sahur

    ReplyDelete
  4. nampak sedap pulak ayam masak kicap tu. bila sendiri masak macam biasa je 😂😅

    ReplyDelete
  5. Suka makan ayam masak kicap time sahur..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)