29 June, 2016

Resepi Biskut Almond London Versi Nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Biskut Almond London Versi Nieyl | Niat di hati sangat lah besar pada tahun ni, nekad nak buat #projekkuihrayanieyl. Ha..jangan gelak okey, dalam sejarah pada tahun nie tiada 1 pun jenis kuih yang di beli untuk hari raya..ha..ha..ha..

Jangan tengok pelik sangat ya kenapa almond london nieyl rupanya begitu, sebab nieyl dah boring tengok rupa yang sama je..lonjong je..kali ni nieyl buat bentuk ikut suka hati nieyl je..tak payah nak pakai paper cup sangat la..tapi resepi still sama almond london ya..




BAHAN- BAHANNYA :-
250 gram mentega 
150 gram gula aising 
2 kuning telur 
1 camca teh esen vanilla 
450 gram tepung gandum* 
2 cawan nestum (dikisar)
130 - 150 biji badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel, atau bakar dalam oven. 

BAHAN SALUT :-
400 g coklat masakkan atau coklat beryls
Manik gula atau badam cincang (terpulang)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. 
  3. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam.Buat hingga habis. 
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan. 
  5. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). 
  6. Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. 
  7. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. 
  8. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!  
    Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Rajinnya nieyl. Semua biskut raya buat sendiri tahun ni. Bagus! Siqah tak pernah buat sendiri. Semua kuih tunjuk. Hehe

    ReplyDelete
  2. tk kisah la mcm mana rupa janji sedap

    ReplyDelete
  3. Dulu dulu masa anak dara jakun dengan biskut ni Nieyl tapi sekarang ni rasa dah jemu pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)