02 June, 2016

Masih Ingat Bila Mak Kata

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Masih Ingat Bila Mak Kata | Kalau orang perempuan selagi dia tak kahwin,selalu akan dengar kata-kata mak dia seperti dibawah nie betul tak? Tak pernah sehari pun mak tak cakap ayat-ayat nie, sebab itu sampai ke hari ini akan ingat ayat yang selalu mak cakap dekat anak-anak dia..


Bila bercakap dengan mak, nak beli buku,nak beli pensel, nak beli mainan,nak pergi rombongan sekolah,ayat pertama yang akan keluar dari mulut mak adalah kau ingat bapak kau cop duit??? 

Bila asyik tengok tv, bila nak minta tolong,kita buat tak tahu aje..mak akan kata Kau dah lama naik lemak!

Bila mak masuk bilik tidur tak berkemas,bersepah-sepah mak akan kata bilik kau macam tongkang pecah.

Bila di suruh cari barang dekat dapur,malas nak cari dan cakap tak jumpa, mak akan kata kau cari pakai mata ke hidung??

Rindu ayat-ayar mak nie,sebab dah besar dan bersuami...dah tak sesuai nak digunakan lagi..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. hehehe..betul2..sekarang dok ulang kat anak-anak lak jkeke

    ReplyDelete
  2. HAHAAHAH betul nieyl...mmg 100% ayat tu laa akak dengar dulu2 hahaahahah...mak plak kuat membebel..redhooo je laaa....hahaahahahh

    ReplyDelete
  3. pfftt... maybe i am a good girl?
    nehh takdelah. ada gak kena bebel. tapi bukan ayat kat atas

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)