السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nak Cepat Hamil?Jom Try sama² | Sentiasa berusaha tanpa putus asa untuk menjadikan ianya satu kenyataan dan menjadikan ianya salah satu kebahagiaan dalam rumahtangga..Ada yang tanya?Tak sunyi ke?Tipu la kalau tak sunyi kan..tapi selagi kita percaya pada ketentuan dan rezeki Allah pada kita,InsyaÁllah..hati kita akan sentiasa tenang..
Ya..nieyl ada jumpa doktor, atas nasihat doktor nieyl kena diet sikit..turun kan berat badan..hihi..InsyaÁllah..bulan puasa nie boleh la kot turun sikit²..selain dari tu nieyl banyak membaca dari aspek kesihatan. Apa² sahaja bahan bacaan yang boleh membantu dan boleh menambahkan ilmu di dada.
Ok petang nie nieyl nak share beberapa sayur yang kita boleh makan untuk membantu cepat hamil,tapi semua tu dengan izin-Nya ya..Kita usaha sahaja...Allah suka hambanya sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu.
1. Bayam
Bayam mengandung zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad.
2. Daun Bit
Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.
3. Brokoli
Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.
4. Biji labu dan tiram
Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.
Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.
tuudiaaa...syoknyaa entry ni..hihihii
ReplyDeletejom amalkan
ReplyDeleteMENARIK INFO NI N ADA YG KATA RAJIN MKN TAUGEH NIEYL
ReplyDeleteByk cara utk hamil nieyl...
ReplyDeleteTak salah mencuba
good luck :)
ReplyDeletecaiyok2..hehe
ReplyDeleteSuami isteri dua dua kena dalam keadaan kesihatan optimum untuk tingkatkan kesuburan.
ReplyDelete