15 June, 2016

Macammana nak atasi mulut berbau ketika bulan puasa?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Macammana nak atasi mulut berbau ketika bulan puasa? | Jangan nak tipu, mesti kita rasa tidak selesa dan kurang keyakinan bila nak bercakap ketika bulan puasa sebab takut mulut berbau kan. Puas nieyl google,baca tips² untuk mengatasi dan boleh share ngan korang.

1. Gosok Gigi & Lidah
Pastikan anda menggosok gigi dan lidah setiap kali waktu bersahur dan berbuka puasa. Usah pandang remeh dan terlalu yakin gigi anda bersih sebab hanya dengan gosok gigi boleh selesaikan masalah ini. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkir bau mulut. 

2. Teh Hijau
Cuba minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteri dalam mulut dan saluran pernafasan. 

3. Ubat Kumur
Agar kebersihan mulut anda lebih terjamin, disarankan menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi. 

4. Kurangkan Makanan Manis
Makanan yang manis memang sedap tetapi risiko pada gigi anda juga lebih 'dasyat'. Menu yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. Lagi satu adalah minuman kafein, memang kesan pada gigi yang sangat ketara. Kalau mampu, elak ya... 

5. Air Mineral
Minumlah air mineral yang cukup ketika sahur dan berbuka puasa. Seeloknya, sekali pun minum air manis, anda wajib minum air mineral. Lagi pun jika cukup minum, membantu mencegah bau mulut pada siang hari. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga. 

hahaha..gambar tiada motif..
             Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)