05 June, 2020
WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser
KUALA LUMPUR: Ketika kita sudah memulakan
kembali kehidupan bekerja seperti biasa selepas kelonggaran perintah kawalan
pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri
bagi meningkatkan sistem imun badan kita.
Ini bermaksud makan makanan yang baik dan berkhasiat serta bersenam setiap minggu - sama ada berjalan kaki, berjoging atau berbasikal – namun kita harus memastikan mematuhi penjarakan sosial sebagai normal baharu.
Sekiranya berbasikal adalah pilihan anda, anda pasti mahu basikal lama atau basikal (yang baru anda beli), mendapat penjagaan yang sesuai untuk memastikan ia berjalan lancar dan cekap. Ini sangat penting terutama bagi rantai basikal agar ia tahan lebih lama, jadi anda tidak perlu menukarnya sekerap yang mungkin.
Salah satu cara mudah untuk melakukannya – yang hanya akan memakan masa kurang
dari 10 minit - adalah dengan menggunakan WD-40® Bike Chain
Cleaner & Degreaser. Ia adalah penyelesaian larutan buih yang bertindak
pantas melekap pada permukaan serta berfungsi dalam hanya beberapa saat.
Produk ini sangat bagus berfungsi untuk membersihkan minyak dan kotoran degil
daripada rantai basikal, malah para atlet dan amatur begitu menyukainya.
Berikut adalah beberapa langkah ringkas mengenai cara penggunaan WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser:
- Goncangkan tin dengan baik, kemudian lepaskan penutupnya.
- Arahkan ke rantai basikal anda dan semburkan dari kaset (kluster) rantai basikal.
- Semburkan semasa anda mengayuh basikal agar rantai bergerak, sehingga buih tersebut dapat melapisi seluruh rantai.
- Setelah seluruh rantai dilapisi, letakkan tin ke bawah dan tunggu beberapa minit untuk membiarkan penyelesaiannya berjaya.
- Dapatkan kain dan pegang bahagian rantai dengannya supaya boleh dilap secara lembut semasa anda menggunakan backpedal (mengayuh basikal secara terbalik). Semua sisa kotoran akan keluar dan melekat di kain tersebut.
Reka bentuk tin
ini membolehkan penyemburan buih tepat ke arah rantai basikal. Apabila buih
masuk, ia akan mendorong agen pembersih memasuki keseluruhan rantai basikal.
04 June, 2020
Resepi Sambal Kerang Dengan Kulit Dan Sedap
- Kerang 1kg (dicuci sebersih-bersihnya dan toskan)
- Cili kisar
- Serai (diketuk)
- Halia (dikisar)
- bawang putih (dikisar)
- Bawang merah (dikisar)
- Sos cili kimballs
- Gula
- Garam
- Tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau
- Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
- Masukkan sos kimballs, garam dan gula secukupnya
- Last sekali masukkan kerang dan sedikit air
- kacau sehingga masak , nak tahu dah masak belum..kalau ada kerang yang terbuka tu dah masak la ya..
Koleksi Kereta Mcdonalds Menjadi Hobi Suami
03 June, 2020
Pizza Roti Sosej Cheese Paling Mudah Dan Cepat
- Roti gardenia
- Sosej
- Kepingan Cheese
- Mayonis
- Sos Cili
- Butter atau marjerin
- Sos pregro
- Sapu butter atau marjerin atas roti kemudian, sapukan sos pregro
- Letakkan sosej, kepingan cheese
- Lorekkan mayoris dan sos cili
- Kalau ada oregano ke tabur je atas tu
- Dan last, bakar selama 10 minit










