05 June, 2020

Bekas Sabun Cuci Pinggan Dan Hand Wash Dari Kedai Eco

by on June 05, 2020

Bekas Sabun Cuci Pinggan Dan Hand Wash Dari Kedai Eco | Orang perempuan tidak kira bekerja ataupun suri rumah mesti suka melihat rumah dalam keadaan yang cantik dan kemas terutamanya bahagian dapur. Nieyl personaly memang bukan jenis orang yang kreatif mendeko rumah ni tapi nieyl suka buat sesuatu untuk nampak cantik dan kemas. 

Salah satu yang nieyl buat dekat rumah nieyl tu, tempat sabun cuci pinggan dan tangan. Pada asalnya nieyl hanya guna bekas kecik untuk letak sabun dan botol besar tu letak dekat situ juga supaya senang nak ambil. Itu dahulu punya cerita la, tapi bila dah masuk kedai Eco ni pandang barang itu, terbayang nak deko macam ini la, deko macam itu la. Last-last bila balik rumah kita apply dah tengok cantik ke tidak hasilnya. 

Dalam bayangan nieyl, nak cari bekas lapik tu ceramic warna putih dan bekas sponge pun ceramic warna putih, malangnya di kedai eco putrajaya tak ada, jadi untuk sementara itu nieyl guna dulu pelapik makanan yang kecil ni untuk jadi lapik barang-barang cucian nieyl. InsyaÁllah kalau jumpa nanti, nieyl akan update dalam blog sebagai sharing sahaja.



Atas ini antara barang-barang yang nieyl beli di kedai eco untuk nieyl letakkan bahan cucian pinggan dan tangan. Cecair yang dalam botol berwarna hijau tu pencuci pinggan dan yang warna purple tu hand wash. Apa yang menarik pada nieyl, botol kaca tu nampak macam ala-ala hotel gitu kan..Ewah! 

Tak sabar rasanya nak ke kedai eco tapi bukan masa terdekat ni la, nanti bila dah reda dan rasa selamat pergi kedai macam tu, baru pergi lah..dah lama tak cuci mata. ♥


WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser

by on June 05, 2020

KUALA LUMPUR: Ketika kita sudah memulakan kembali kehidupan bekerja seperti biasa selepas kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri bagi meningkatkan sistem imun badan kita.

Ini bermaksud makan makanan yang baik dan berkhasiat serta bersenam setiap minggu - sama ada  berjalan kaki, berjoging atau berbasikal – namun kita harus memastikan mematuhi penjarakan sosial sebagai normal baharu.

Sekiranya berbasikal adalah pilihan anda, anda pasti mahu basikal lama  atau basikal (yang baru anda beli), mendapat penjagaan yang sesuai untuk memastikan ia berjalan lancar dan cekap. Ini sangat penting terutama bagi rantai basikal agar ia tahan lebih lama, jadi anda tidak perlu menukarnya sekerap yang mungkin.

Salah satu cara mudah untuk melakukannya – yang hanya akan memakan masa kurang dari 10 minit - adalah dengan menggunakan WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser. Ia adalah penyelesaian larutan buih yang bertindak pantas melekap pada permukaan serta berfungsi dalam hanya beberapa saat.

Produk ini sangat bagus berfungsi untuk membersihkan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal, malah para atlet dan amatur begitu menyukainya.


Berikut adalah beberapa langkah ringkas mengenai cara penggunaan WD-40
® Bike Chain Cleaner & Degreaser: 

  •  Goncangkan tin dengan baik, kemudian lepaskan penutupnya.
  • Arahkan ke rantai basikal anda dan semburkan dari kaset (kluster) rantai basikal. 
  • Semburkan semasa anda mengayuh basikal agar rantai bergerak, sehingga buih tersebut dapat melapisi seluruh rantai.
  • Setelah seluruh rantai dilapisi, letakkan tin ke bawah dan tunggu beberapa minit untuk membiarkan penyelesaiannya berjaya.
  • Dapatkan kain dan pegang bahagian rantai dengannya supaya boleh dilap secara lembut semasa anda menggunakan backpedal (mengayuh basikal secara terbalik). Semua sisa kotoran akan keluar dan melekat di kain tersebut.

Reka bentuk tin ini membolehkan penyemburan buih tepat ke arah rantai basikal. Apabila buih masuk, ia akan mendorong agen pembersih memasuki keseluruhan rantai basikal.

 Jangan risau jika anda melihat buih berlebihan menitis ke bahagian lain di basikal anda. Penyelesaian ini tidak mengandungi pelarut sitrus atau asid yang boleh merosakkan basikal anda, jadi ia selamat untuk digunakan terhadap semua kemasan atau komponen basikal.

 Inilah produknya untuk anda miliki. Ia memudahkan anda bagi membersih dan menghilangkan kotoran minyak basikal anda.

 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan produk WD-40® yang bersesuaian dengan kegunaan basikal anda ataupun peralatan sukan yang lain, boleh melayari https://wd40.asia/my.

 


04 June, 2020

Resepi Sambal Kerang Dengan Kulit Dan Sedap

by on June 04, 2020
Resepi Sambal Kerang Dengan Kulit Dan Sedap | Assalamualaikum semua..Ada yang masih wfh lagi ke?nieyl setiap hari kena pergi pejabat, minggu ni agak happy sebab dapat kembali bekerja selepas 5 bulan tak bekerja. Rutin nieyl bila dah bermula kerja setiap hari balik kerja akan memasak untuk makan malam bersama mak dan husband nieyl. Tidak kira pukul berapa pun nieyl sampai rumah, nieyl akan terus menuju ke dapur untuk memasak sepantas yang mungkin. Nampak penat kan, tapi seronok dan rasa puas bila kita berjaya laksanakan tugasan sebagai pekerja, isteri dan anak. 

Ok hari ini nieyl nak share dengan semua cara nieyl masak kerang sambal bersama kulit-kulitnya sekali dan yang paling penting rasa dia sangat sedap dan mudah untuk korang yang first time nak buat ni..


Bahan-bahan
  • Kerang 1kg (dicuci sebersih-bersihnya dan toskan)
  • Cili kisar 
  • Serai (diketuk)
  • Halia (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Sos cili kimballs
  • Gula
  • Garam
Cara-caranya
  1. Tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan sos kimballs, garam dan gula secukupnya
  4. Last sekali masukkan kerang dan sedikit air 
  5. kacau sehingga masak , nak tahu dah masak belum..kalau ada kerang yang terbuka tu dah masak la ya..

Selama mencuba...


Koleksi Kereta Mcdonalds Menjadi Hobi Suami

by on June 04, 2020
Koleksi Kereta Mcdonalds Menjadi Hobi Suami | Kebiasaannya yang minat kereta mainan ni anak-anak tapi terbalik pula dengan nieyl, suami yang suka kumpul mainan kereta dari Mcdonalds. Kereta sahaja yang dia suka, selain dari itu dia takkan beli. Even masa bulan puasa kebetulan dua minggu tu memang keluar kereta, jadi dia sanggup pergi mcd siang hari untuk dapatkan kereta mainan tu. Mak nieyl pun kadang-kadang tengok menantu dia, gelek kepala je hahaha


Ini antara koleksi kereta mainan dari Mcd yang dia berjaya kumpulkan dari tahun lepas sehingga tahun ni. Semua koleksi ni dia pamerkan atas rak atas Tv je buat sementara waktu ni, sebab plan nak beli almari kaca Ikea untuk letakkan kereta-kereta dia tu. Anak-anak buah nieyl kalau datang ke rumah benda pertama yang dia tengok, tu mainan kereta tu..Nak main boleh, tapi tak boleh bawa keluar dari rumah nieyl hahaha..itu syarat dia sebab husband nieyl ni jenis yang sayang barang yang dia suka. Kalau hilang satu je pun ,dia akan soal siasat nieyl..adeh..sabar je la..Nasib baik belum ada anak lagi, kalau ada anak berebut dengan anak nanti.


Masa snap gambar ni, husband tengah turunkan semua kereta dia nak di lap dan di cuci sebelum di simpan atas rak tu semula. Setiap bulan dia akan tanya, cuba tengok mainan apa akan keluar dekat mcd nanti. Kalau kereta, dia akan spend duit ke situ dulu..Tapi nieyl tak kisah pun, sebab benda ni yang dia suka kan, kalau dia benda lain yang kos lebih tinggi, itu tak bagus..pembaziran pula kan.. Ada anak-anak suka mainan mcd tak?Bolehlah geng dengan husband nieyl ni..


Ini koleksi yang terkini edisi fast & furious. Sukalah dia sebab berjaya dapatkan 4 koleksi. Untuk next kereta tak pasti lagi bila akan ada lagi. So, kita tunggu lah harapnya dapatlah beli almari tu cepat. ♥



Positif Di Pagi Hari Membawa Ketenangan

by on June 04, 2020


Assalamualaikum...
Selamat Pagi..

Lena tidur malam tadi?
Hari ini mulakan dengan fikir perkara-perkara yang positif sahaja okay..
jangan lupa listkan perkara apa yang kita nak buat sepanjang hari ini..
supaya sepanjang hari ini kita manfaatkan masa 24 jam kita..

03 June, 2020

Pizza Roti Sosej Cheese Paling Mudah Dan Cepat

by on June 03, 2020
Pizza Roti Sosej Cheese Paling Mudah Dan Cepat | Ini adalah pizza yang paling mudah dan senang untuk kita yang balik kerja penat nak masak makanan yang berat-berat. Nieyl selalu kalau tinggal berdua dengan husband memang makan seringkas yang mungkin. Kalau ada mak, nieyl memang kena masak berat sebab selera orang tua-tua dia macam mana pun akan makan nasi dan lauk pauk. 


Bahan-bahan
  • Roti gardenia
  • Sosej
  • Kepingan Cheese
  • Mayonis
  • Sos Cili
  • Butter atau marjerin
  • Sos pregro
Cara-cara
  1. Sapu butter atau marjerin atas roti kemudian, sapukan sos pregro
  2. Letakkan sosej, kepingan cheese
  3. Lorekkan mayoris dan sos cili
  4. Kalau ada oregano ke tabur je atas tu 
  5. Dan last, bakar selama 10 minit


Pasu Comel Dari Kedai Eco Untuk Deko Rumah

by on June 03, 2020
Pasu Comel Dari Kedai Eco Untuk Deko Rumah | Salah satu kedai yang bila masuk kosong, bila keluar berisi, apa lagi kedai eco lah mana lagi kan. Cuma nieyl dah lama tak pergi kedai eco tu sejak PKP bulan 3 tu. Pernah satu hari tu, masa tu nak dekat raya juga lah nieyl terlalu depan kedai eco putrajaya presint 8 tu mak ai..panjangnya orang beratur nak masuk dalam kedai tu..ish..ish..ish.. sabar jelah kan..


Berbalik pada pasu comel ini, beli dah lama dah hari ini baru nak share dalam blog, apa yang terjadi dengan pasu ni sekarang. Dalam satu beg tu ada 3 pcs pasu yang kecil dan comel macam nieyl hahaha, warna hitam, coklat cerah dan putih harga dia RM2.10


Luar rumah tu memang banyak mak nieyl taman pokok gantung-gantung hijau. Jadinya, nieyl pun potong-potong dan tanam semula dalam pasu comel tu untuk diletakkan di bilik mandi, dapur dan juga meja lepak luar rumah. Moga ianya membesar dengan elok dan cantiklah nanti. ♥



Sebuah Harapan Dan Perjuangan

by on June 03, 2020



Assalamualaikum...
Alhamdulillah, entry nieyl semalam ramai kawan-kawan yang komen ucap tahniah 
serta mendoakan untuk nieyl. terima kasih semua...
nieyl pun sama setiap doakan kalian, nieyl doakan segala urusan kalian dimudahkan..Amin..

Setiap kita pastinya mempunyai harapan yang berbeza dalam hidup..
tidak kira harapan itu untuk hari esok, bulan depan , tahun depan ke..
setiap harapan perlukan kerja keras dan usaha yang berterusan..
baru la ianya menjadi kenyataan..insyaÁllah...♥

02 June, 2020

Hari Pertama Lapor Diri Setelah 5 bulan Menggangur

by on June 02, 2020
Hari Pertama Lapor Diri Setelah 5 bulan Menggangur | Assalamualaikum semua, hari ini nieyl baru sempat nak share dengan korang. Kepada yang wish di IG dan Fb tu terima kasih banyak-banyak walaupun ianya hanya sementara tapi ianya banyak membantu nieyl dan menggembirakan hati ini. Pada hujung tahun lepas nieyl dah tinggalkan tempat kerja nieyl yang banyak menabur bakti dan berbakti pada nieyl selama 10 tahun. Awal tahun 2020 merupakan lembaran baru untuk nieyl bergelar penggangur terhormat hahaha.. Dan rezeki Allah itu kita tak tahu kan, Alhamdulillah malam hari raya bekas boss nieyl call dan bagitahu yang pejabat lama nieyl dah dapat kelulusan untuk pengambilan PSH selama 3 bulan. 

Walaupun 3 bulan ianya sangat-sangat menggembirakan hati ini sebabnya setelah 10 tahun bekerja, tetiba berhenti dan sekarang masuk kerja semula walaupun sekejap. Kebetulan sangat semalam merupakan hari pertama lapor diri iaitu  tarikh yang sama 10 tahun yang lepas nieyl lapor diri juga semasa bekerja di jabatan xxx. Itulah dia namanya rezeki Allah yang sukar di duga..terima kasih Ya Allah..