Tengok Handphone Sebelum Tidur Merosakkan Mata
by
Nieyla Nadia
on
January 05, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tengok Handphone Sebelum Tidur Merosakkan Mata | Kadang² kita ni perkara yang dilarang, itu lah yang kita suka buat. Tak perlu tengok orang lain, diri sendiri ini pun selalu macam tu..betul tak?hihi.. Memang menjadi satu kemestian sebelum nieyl tidur akan tengok handphone dulu walaupun 5 minit. Ala..kadang² tu bukan buka apa pun, tengok FB, tengok IG..lepas tu tidur.. Kalau husband pula suka main game dengan handphone dia sebelum tidur. Ish²..jangan ikut ya..
Dikatakan bahawa tabiah seperti ini adalah sangat bahaya kerana ianya boleh menyebabkan kerosakkan mata kerana terlalu kerap menggunakan gajet di dalam keadaan gelap. Macam kita sekolah dulu lah, mak ayah selalu marah jangan belajar atau membaca dalam gelap,nanti rabun. Tapi buat juga itu yang dapat rabun ni hah...salah diri sendiri juga.
Jadi, kalau ianya menjadi tabiat apa kata pembukaan tahun 2017 ini jom lah kita sama² berubah ke arah yang lebih baik..Boleh tengok handphone sebelum tidur tapi bukan dalam jangka masa yang lama,ingat ya..mata kita nak guna lama...sayangi mata kita 👀😆




























