Jual Minyak Masak Terpakai
by
Nieyla Nadia
on
February 13, 2024
Jual Minyak Masak Terpakai | Selalunya korang kalau minyak masak yang dah guna tu korang buang ke atau korang jual macam nieyl ni?nieyl pun sebelum ni buang je minyak-minyak tak pakai ni, tapi bila tahu yang boleh jual semula minyak terpakai ni dekat Alam Flora ataupun tempat kitar semula tu, nieyl dah start simpan dah minyak-minyak yang dah guna. Cuma dekat tempat nieyl ni ada beberapa lori-lori yang masuk untuk ambil barang-barang kitar semula, kita kena pandai sebab harga dieorang ni tak sama. Ada yang ambil terlalu murah dan ada yang ambil dengan harga yang berpatutan.
Hari jumaat lepas ada lori yang masuk untuk ambil minyak-minyak terpakai ni, jadi nieyl dengan kakak nieyl keluarkanlah..Yang tong besar-besar tu kakak nieyl punya sorang, banyakkan sebab dia buat biz jadi banyak pakai minyak. Dan yang 5 botol tu dari rumah nieyl. Lama juga nieyl simpan tu rasanya adalah dalam 2 bulan ke 3 bulan juga.
Bila lori sampai, rasa macam nak lompat bintang hahaha..sebab tak sabar nak tahu berapa hasil jualan yang akan dapat. Dekat lori yang nieyl jual ni kan dia ambil sekilo minyak RM2.80, korang rasa untung tak? sebab kalau kita beli minyak paket tu pun sekilo baru RM2.50 kan. Ha..memang berbaloilah dengan harga yang di bagi tu. Alhamdulillah..
Hasil jualan kakak nieyl punya sahaja RM358.40 (128kg) , dan nieyl punya RM70 (25kg) . Alhamdulillah banyak juga tu kan, jadi hasil tu boleh masuk tabung minyak. Sekarang ni pun minyak paket payah sangat nak dapatkan, untuk orang yang berniaga ni memang mencabar betul, dugaan nak cari minyak. Even nieyl sendiri pun setiap kali pergi kedai mesti tanya minyak, dapat satu paket pun jadi la sehari. Kalau nak guna minyak botol tu , sakit rasanya..tapi kadang-kadang kalau dah tak ada tu kan pejam mata jela beli kan.
So, kalau korang rajin simpanlah minyak masak yang terpakai tu sikit sebanyak boleh rolling duit minyak masak nanti kan dan boleh jaga alam sekitar juga..
.jpeg)
.jpeg)





.jpeg)


