09 October, 2024

Jus Kesihatan Didapojus 100% Home Made

by on October 09, 2024

 

Jus Kesihatan Didapojus 100% Home Made | Hari tu nieyl ada bagitahu yang nieyl terlupa minum Jus Kunyit tu kan dan kak SA ada minta nieyl share. So, hari ini baru ada kelapangan nak share tentang jus kunyit dan jus celery yang nieyl tengah consume untuk kesihatan dalaman dan juga kesihatan kulit ofcos lah kan. 

First nieyl share tentang jus kunyit. Mostly rata-rata orang dah tahu kunyit tu apa dan untuk apa.. Biasa kita jumpa kunyit masa kita nak masak lemak kan, itu dalam masakan. Kali ini kunyit dalam bentuk Jus Kesihatan. Jus kunyit ni boleh membantu meningkatkan kekebalan tubuh, mengurangkan keradangan, meningkatkan kesihatan jantung, membantu masalah pencernaan , mengurangkan stress. 

Siapa tahu kunyit ada vitamin apa? Kunyit ni ada banyak nutrisi seperti kurkumin, vitamin c, vitamin K dan antioksidan yang boleh membantu melindungi tubuh dari radikal bebas.

Cuma dalam jus kunyit ini bukan semata-mata kunyit dia ada Halia, Lemon , Honey dan Parsley juga. Semua bahan-bahan semula jadi. Nieyl dah try minum jus ni setiap pagi selama seminggu, rasa dia sangat sedap, bila minum tu tak rasa pun pedas-pedas halia tu masa nak telan tu je rasa sikit tapi jujur ckp memang sedappppp....

Jus yang kedua nieyl tengah consume adalah Jus Celery. Sebelum ni tengok juga neelofa kan dia rajin buat jus celery sendiri kan, so teringin juga nak rasa sedap ke jus celery ni kan, dah lah hijau. Nak buat sendiri pun kena rasa dulu orang lain punya kan, baru boleh kita try mix and match hehehe. So, jus celery ni memang banyak khasiat dia untuk kesihatan. Jus celery mengandungi mutrisi vitamin K, Vitamin C, kalsium, magnesium. Serat pada celery dalam membantu menjaga  kesihatan usus kita, membersihkan usus kita, yang mana sembelit selalu tu ha..try lah minum InsyaÁllah pencernaan berjalan dengan lancar. Bila usus kita bersih, automatik kulit kita ni jadi cantik, bersih dan licin.. InsyaÁllah..

Nama pun jus celery kan memang dia rasa celery yang sangat sedap sebab dia mix dengan apple hijau, lemon, halia dan madu. Nieyl memang suka gila jus celery ni tau, teramat sedappp..

So,Jus kunyit nieyl ambil waktu pagi dan jus celery nieyl ambil sebelum tidur. Sukatan minum tak kisah sebab dia bukan ubat, dia bukan supplement, dan dia bukan jamu. Jadi kita boleh ambil seberapa banyak yang kita nak. So, macam nieyl nak jimat sikit sebotol ni untuk seminggu so bajet-bajet lah nak minum berapa banyak.

Tapi kan..jujur cakap kan nieyl memang sukaaaa dan jatuh cinta dekan jus ni lah..nak buat sendiri jus kunyit tu takut tak boleh telan hahaha..so, kita beli jela..ada je banyak brand-brand lain di pasaran sekarang ni cumanya tengoknya kandungan dia dulu sebelum beli tau. Kalau boleh kita tak yang 100% guna bahan semula jadi. 

Ni stok nieyl dah habis, dah order tunggu sampaiii...

Nak beli juga?
Click HERE






Roll Up Wrap Pagi Ni

by on October 09, 2024

 

Roll Up Wrap Pagi Ni | Pagi ni awal sikit nieyl siapkan bekal untuk breakfast sebab hari ni simple je menu breakfast nieyl. Nieyl buat Roll Up Wrap yang paling cepat, sedap dan kenyang InsyaÁllah... Sorry la nampak comot sikit sebabnya dia tergemok sikit nak wrap tu dia terbuka pulak hahaha..

Nieyl guna Roll Up Wrap dari Gardenia je ambil yang wholemeal. First nieyl ambil sebiji telur hancurkan macam nak buat telur dadar tu, tuang telur dalam pan macam nak buat telur dadar lepastu letak roti roll up wrap ni atas telur tu, agak-agak dah meletak tu terus angkat. Lepas ti nieyl grill potongan ayam tu sikit. ( guna sos BBQ, blackpepper, sedikit cili flakes). Lepas tu letak salad sikit dan timun. Yang ni ikut lah korang nak letak sayur apa je lagi ya..Nieyl ada salad ngan timun je..last sekali nieyl letak sikit mayo chili Kewpie tu untuk bagi sedap sikit hehehe..Sebenarnya kalau orang yang kuat makan pedas, boleh je letak cili potong sikit dalam tu baru terangkat makan hahaha..

Korang breakfast apa hari ni?



Have A Refreshing Wednesday

by on October 09, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Rabu dahhh ya hari ini...
muka ada senyum nampaknya nak menuju ke weekend hahaha..
Nieyl doakan semoga apa sahaja urusan kita semua hari ini..
Allah permudahkan sehingga selesai Aminn...

happy working semua.

 

08 October, 2024

Tersama tema pula hari ni

by on October 08, 2024

Tersama tema pula hari ni | Since rumah nieyl dengan adik beradik ni sebelah-sebelah je jadi abg-abg dan kak ipar nieyl sebelum pergi kerja akan jumpa mak nieyl dulu untuk salam sebelum pergi kerja. Pagi tadi kebetulan nieyl lambat gerak pergi kerja, dapatlah jumpa si raihana bambam ni dulu. 

Lepas tu boleh pula baju , tudung semua setema dengan kakak ipar nieyl hari ini.. Abg nieyl siap cakap korang ni berjanji ke apa pakai sama warna pagi ni..hahaha..So, wajib snap gambar itulah nieyl hehehe..

Abaikan ada bakul merah dekat belakang tu ya sebab nieyl nak pergi sidai kain dekat ampaian belakang tu hehehe..

 

Kenangan Coffee

by on October 08, 2024

Kenangan Coffee | Siapa yang mengenali nieyl, mesti tahu kan nieyl memang suka hunter cafe-cafe baru kalau nieyl jumpa. Untuk kali ni nieyl terjumpa tanpa sengaja masa on the way balik kerja. So, hari jumaat rehat panjangkan, jadi keluarlah pergi cafe ni dari opis nieyl lebih kurang 8 minit macam tu cuma parking dia susah sikitlah. Jumaat lepas 3x pusing baru dapat parking. Kenangan coffee ni mungkin dah lama dekat area-area lain dekat Cyberjaya ni rasanya baru lagi. Dekat IOI Mall Putrajaya pun ada. 

Sebagai permulaan tu, nieyl try coffee latte semestinyalah. Lepas tu nieyl try Chicken Black Pepper Sandwich. Cuma untuk latte tu nieyl pergi kaunter balik minta dia pump 2 syrup hahaha.. Kak Emmy dia order latte juga rasanya tapi hot. Untuk Chicken Black Pepper Sandwich tu kan..kan..memang boleh repeat lagiii sebab sedappp sis, roti dia lembut lepas tu dia ada rasa macam kita makan prosperity Mcd tu hahaha. Untuk dessert lain masa nieyl pergi tu tak banyak, so..yang ni je yang menarik untuk di try. Tapi dekat tempat lain nieyl tengok banyak pilihan.. Nanti nak try dekat IOI Mall pula la..

 

Sementara tengah rajin ni kan

by on October 08, 2024

 

Sementara tengah rajin ni kan | Semalam siapa yang cakap nak buat salad telur tu?hehehe..pagi ni nieyl buat salad telur. Simple je nieyl buat, salad , tomato cherry, telur 2 biji potong 4, letak blackpepper sikit, cili flakes sikit kalau yang suka pedas dan juga nieyl letak sos thousand island sikit bagi sedap hahaha. ..

Korang breakfast apa hari ni?

Happy Tuesday

by on October 08, 2024


Assalamualaikum..
Selamat Pagi..
hari ni 4-4 bos nieyl tak ada di pejabat hehehe...
dieorang ada meeting seharian dekat luar..
hehehe..dan pagi ni Alhamdulillah nieyl rasa fresh sikit..
sebab petang semalam nieyl kena migrain..
malam tadi mmg tidur awal..
pagi ni dah segar dah...

Happy working semua...



 

07 October, 2024

Hadiah dari Kak Nija

by on October 07, 2024

 

Hadiah dari Kak Nija | Patutnya orang yang keluar tu kita yang sediakan hadiah kan, kali ni yang keluar bagi kita hadiah. Alhamdulillah terima kasih kak nija, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan belajar nanti dan jangan lupa ada rezeki bawa baby baru..hehehe.. 
Jom nieyl unboxing hadiah yang kak nija bagi.


Ada pen warna warna, note kecil dan sehelai tudung. Ha..kak nija suka pakai tudung ni seba kalau nampak tudung jenis ni mesti akan teringat dekat dia. Nanti kalau nieyl pakai, nieyl share how look dia. Sebab nieyl rasa , tak pernah lagi pakai tudung jenis kain ni. Selamat Maju Jaya Kak nija



Bila terajin sikit

by on October 07, 2024

Bila terajin sikit | Tak tahu lah mimpi apa malam tadi, bangun-bangun terus terfikir nak buat healthy salad. Nasib baik ada beli sikit-sikit barang weekend hari tu. so nieyl terus je kukus jagung, potong salad, potong kobis , goreng ayam sikit ..Settel.. bawa terus sos salad sebotol hahaha.

Sekian, inilah breakfast nieyl pagi ni...

 

Happy Monday

by on October 07, 2024

Assalamualaikum..
Selamat Pagi Isnin...
Baru sempat duduk ni ha..
Settelkan dulu order-order abg-abg, kakak-kakak opis ni..
dieorang order karipap..itu yang nieyl bawa hari ni..
Dah settel masuk dalam fridge dah..

Now..nieyl boleh tarik nafas..

Happy working...

 

04 October, 2024

Selamat Maju Jaya Kak Nija

by on October 04, 2024

Selamat Maju Jaya Kak Nija | Walaupun nieyl dah berpisah dengan bahagian nieyl yang lama tu, dieorang sentiasa dekat dengan hidup nieyl. Sesekali tu nieyl akan singgah ziarah kakak-kakak dekat situ so, group whatsapp pun masih kekal lagi dalam tu. 30 September merupakan hari terakhir salah seorang kakak nieyl akan meninggalkan jabatan untuk meneruskan impian sambung study di UTM . 

Kak nija ni sebenarnya nieyl dah kenal dia dah lama sangat. 2009 masa di jabatan lama nieyl, kemudian dia berpindah keluar, dan kita bertemu kembali 2020 di jabatan yang baru dan sehinggalah 2024. 2020 masa nieyl masuk sini tu kita satu bahagian dan juga kak nja pernah menjadi penyelia nieyl setahun dua macam tu. 30 hari bulan tu sebelum balik, nieyl singgah bahagian lama nieyl nak jumpa kak nija dan bergambar sebagai kenangan..Lepas tu dia kasi nieyl hadiah, ala..ala sweet sangat ni...

Kalau dekat bahagian lama nieyl dulu.. Kak ziehan (PA), Kak nija (PTB) dan Nieyl (PT) kami 3 orang ni kiranya orang kuat bahagian lah...yang paling dekat dengan pengarah. Elok la tu tinggi pun lebih kurang hehehe. 

Ni dengan kakak-kakak bahagian lama nieyl, dieorang ni semua best..ramai lagii tapi petang tu yang ini je yang ada dekat office..

Bila tengok gambar ni kan, sedih, sebak, rindu semua adalahhhh...sebab kitaorang ni very close each other. 

Walaupun dah berlainan bahagian, dieorang kalau ada apa2, diaorang akan ajak nieyl join hahaha.. Jadi tak adalah nieyl rasa sunyi sangat dekat jabatan baru ni. Bahagian nieyl semakin sunyi sebab ramai yang berpindah keluar, cuti belajar. Semoga ikatan ukhwah ini akan kekal sampai bila-bila. 



 

Ole-Ole Thailand

by on October 04, 2024


Ole-Ole Thailand | Bulan lepas ramai betul nieyl tengok orang pergi melancong ke Thailand. Salah seorangnya anak buah nieyl, dia dengan kawan-kawan tempat kerja dia pergi ke Krabi 3 hari 2 malam. Balik tu adalah dia bagi nieyl ole-ole dari Krabi tu. Ada keropok, ada keychain gajah, Fridge Magnet, ada beg duit syiling dan juga shawl. 

Lepas tu afika pun ikut makcik dia pergi ke Thailand rasanya dia pergi Hatyai. Kebetulan kakak si Afika ni memang kerja satu building dengan nieyl, dulu kakak dia satu bahagian dengan nieyl juga. Kakak dia balik ke kampung, so afika kirim la ole-ole dari Thailand juga untuk nieyl dan Syida. Walaupun jauh dimata, tetap di hati..Alhamdulillah. 

Semua benda corak gajah dan Shawl dekat rumah yang anak buah nieyl bagi tu pun corak gajah. Lawaklah nak pakai bila tu pun tak tahu hahaha..ke simpan je buat kenangan..