12 February, 2025

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

by on February 12, 2025

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025 | Pembukaan larian nieyl untuk 2025 , kali ini special sikit sebab yang join nieyl kali ni ramai tau tak macam biasa. Termasuklah cucu nieyl yang paling kecil hihihi. Untuk larian permulaan ni kan seperti biasalah agak tak larat juga la sebabnya dah lama stop lari kan, bila start balik tu biasalah keletihan tu macam 10km lari hahaha..

Penat memang penat tapi bila dah dapat medal ni muka banyak senyum ya..hilang penat tu..Yang penting, finish...

Rombongan cik kiah pergi larian malam. Actually, ini kali pertama nieyl join larian malam tapi kan nieyl rasa, nieyl lebih suka lari waktu siang vibes dia memang berbeza. So, ramadhan ni kita stop dulu..sambung raya nanti InsyaÁllah..

 

Good Morning

by on February 12, 2025


Assalamulaikum...
Selamat pagi rabu...
Kembali bekerja setelah cuti sehari semalam..
So, hari ni fresh² semua ya..


Pagi tadi sempat masuk dapur
masak nasi goreng daging telur..
Simple-simple je, nampak macam banyak kan..
tak banyak pun tu , bekas leper je tu..
hihihi

Happy working semua..


 

10 February, 2025

Good Morning

by on February 10, 2025


Assalamualaikum...
selamat pagi isnin..
Ada yang sambung cuti ke hari ni?
nieyl kerja hari ni, sebab bulan lepas dah ambil 2 hari cuti kan..
kumpul cuti la nak raya kan..
sbb tahun ni hari raya jatuh tengah-tengah minggu..
jadi, klu nak cuti panjang kena lebih sikit la amek cuti..

jadi pergi kerja pun tak jem..
hopefully balik kerja nanti pun sama la..

Happy working..

 

07 February, 2025

Salam Jumaat

by on February 07, 2025


Assalamualaikum...
Salam Jumaat...
Dah baca surah al kahfi belum pagi ni?
kalau belum ambil sedikit masa, untuk baca ya..banyak kelebihannya..

Alhamdulillah..
Pagi ni tekak ada sedikit kurang sakit..
cuma suara bertukar jadi serak sikit..
biasa tu tanda nak baik la tu..

Happy working semua



 

06 February, 2025

Family Tournament Bowling 2025

by on February 06, 2025

 

Family Tournament Bowling 2025 | Siapa ingat lagi nieyl pernah sembang tentang tournament bowling yang nieyl nak buat tu?Alhamdulillah apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar dan baik. Pagi kita dah pergi raya cina, petang kita berkumpul untuk berentap menebus kekalahan tahun 2024. 

Kali ini nieyl memilih Dreamtel Sport untuk buat tournament bowling di sini. Salah satu sebabnya adalah murah, senang parking dan kemudahan yang baik. Selain itu, kalau kita buat tournament bowling teutamanya kita boleh minta staff masukkan nama group siap-siap dan juga bila dah habis game mereka boleh terus keluarkan result keseluruhan, jadi kita tak perlu nak fikir dah. Mereka buat untuk kita..i love!

Nieyl booking 8 lane hari tu, 6 lane untuk tournament dan 2 lane untuk anak-anak main juga supaya mereka tak boring. Takkan kita dewasa je yang nak seronok kan. Nieyl seronok tengok budak-budak dapat lain juga.

Ada 6 group setiap group ada 4 pemain. Semua pemain adalah dipilih melalui undian jadi tiada siapa pun boleh bantah. Setiap group memberikan support yang sangat baik mengikut warna-warna group yang mereka pilih. Tahun sebelum ni nieyl team girls (pink) so, this year cabut undi dapat team 2.. So, kitaorang pilih baju Running yang kitaorang ada. hehehe..

Tahun ni nieyl sediakan piala untuk para pemenang tau, kita upgrade sikitlah dari tahun lepas. Untuk juara, naik juara dan tempat ke-3 nieyl sediakan piala bowling yang cute ni. 
Untuk tempat ke-4, ke-5 dan ke-6 nieyl sediakan plaque yang cantik juga untuk para pemenang. cute kan?
Alhamdulillah dengan bajet yang ada, tahun ni nieyl dapat sediakan piala pusingan untuk king dan Queen Bowler. Dan tahun ini ada bajet lebih kita beri semua hamper setiap group dan juga hadiah wang tunai untuk pemain terbaik king dan Queen. 

Korang rasa team mana yang juara tournament tahun ni?Lupa cakap nieyl main 2 frame untuk tournament ni. Baru ada fight kan, so cepat..team mana??

We're Champion 2025

Sungguh tidak disangkakan betul yang team nieyl menang keseluruhan. Tak letak harapan pun dapat juara sebabnya tahun lepas nieyl dapat no.3. Dan yang lagi rasa mustahilnya, team yang nieyl join ni adalah team tercorot tahun lepas. Tapi nak dijadikan rezeki kan, Alhamdulillah..bangga dapat bantu tebus maruah kekalahan tahun lepas team ni. 

Seronok sangat bila semua orang happy dapat hadiah, dapat berkumpul ramai-ramai dan insyaÁllah acara ini akan menjadi acara tahunan family nieyl. Lepas ni fokus Ramadhan dan Raya kemudian nieyl kena fokus wedding anak buah nieyl pula bulan 7 ni..semoga dipermudahkan semua urusan Amin...

Good Morning

by on February 06, 2025


Assalamualaikum..
Salam Hari Khamis..
Malam tadi cuak gak nieyl pukul10 malam , 
badan nieyl seram sejuk rasa macam nak demam..
cepat-cepat nieyl pergi makan panadol, mandi basah badan rambut..
lepas tu tidur..Alhamdulillah, bangun pagi segar seperti biasa..

Nieyl kalau boleh tak nak demam..
itu yang bila husband demam, selalunya nieyl akan demam selepas dia sihat..
lagipun minggu ni nieyl ada plan nak pergi jalan-jalan janda baik..
chalet semua dah booking...hihihi..

Happy working semua

 

05 February, 2025

Pergi Raya Sempena CNY 2025

by on February 05, 2025

Pergi Raya Sempena CNY 2025 | Kalau ada yang tak tahu, mak nieyl keturun cina masuk islam. Jadi ikatan kekeluargaan dengan family cina masih lagi ada. Jadi, dah kecil lagi setiap kali tahun baru cina kita akan pergi ke rumah family cina untuk beraya. Kalau pergi tu sebolehnya kitaorang akan pakai baju warna merah untuk naikkan lagi semangat raya cina tu. Tengoklah tahun ni rayhana pertama kali beraya pakai baju sedondon merah. 


Dalam adik beradik nieyl ada 3 orang yang fasih berbahasa Cina. Yang paling fasih adalah kakak nieyl yang pakai tudung pink tu. Dieorang kalau bersembang kebanyakkannya menggunakan bahasa cina. Kita yang tak faham ni, memang buat hal sendiri sambil makan kuih raya dan makanan yang disediakan. Dari segi makanan pula, setiap tahun dieorang akan tempah makanan daripada melayu untuk kita makan. Air pula disediakan air kotak sahaja dan kuih muih semua orang melayu buat. 

Sebelum balik tu, seperti biasa uncle akan serahkan angpaw raya. Tak kisah besar ke kecik ke semua orang dapat , cuma nilai je tak sama hehehe..
Ini sebahagian keluarga nieyl yang join beraya tahun ini. Tahun depan kalau ada rezeki kita akan pergi raya lagi ya..InsyaÁllah..
 

Good Morning

by on February 05, 2025

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Rabu dah kan hari ni..
Semalam tengah hari husband nieyl demam..
Dia dah pergi klinik..
Malam tadi kemuncak demam panas..
Makan panadol 7jam sekali , minum air, 100 plus semua..
pagi tadi sebelum nieyl pergi kerja..
ada lagi rasa panas2 tu cuma tak sepanas malam tadi...

Pagi ni husband whatsapp dia dekat klinik..
Sebab semalam Dr. ckp kalau tak ok , datang ambil darah..
takut denggi..

Doakan semoga husband nieyl kembali sihat ya..
Happy working semua..


 

04 February, 2025

Dessert Table by Nieyl

by on February 04, 2025

Dessert Table by Nieyl | Sekarang kan kalau kita pergi wedding ke majlis-majlis ni, ada dessert table kan, so untuk majlis tunang anak buah nieyl ni dia request nak juga dessert table. Budak ni dia main request je makcik dia la ke sana ke sini menguruskan. Untuk table dan bekas-bekas semua tu, kitaorang sewa je dalam RM100. 


Untuk kuih-muih, dessert nieyl yang uruskan cari sponsorship dari ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah ramai yang sponsor kuih muih mengikut pilihan nieyl. Ada juga yang nieyl order dari luar dan ada juga yang nieyl buat sendiri tau hehehe. 

Konsep nieyl adalah moden dan kuih kampong. Antara kuih muih yang adalah karipap ( sardin/kentang/keledek), donat, kuih keria, kuih seri muka, kuih kole kacang, kuih lapis,  kek marble, kek oren, brownies, cheese tart dan puding dadih (fruit) yang warna warni tu, yang tu nieyl buat tau hehehe..dan ada juga jelly kelapa. 

Dari segi susunan semua nieyl susun sendiri mengikut citarasa nieyl, korang tengok cantik tak susunan tu?

Nieyl juga ada sediakan jajan untuk anak-anak yang datang. Ada lolipop dan juga coklat warna warni yang nieyl dah buat cantik-cantik. Alhamdulillah semua makanan habis dan lega semuanya cukup.

Sekarang dah mula cari idea untuk gubahan hantaran nikah pula...
 

Good Morning

by on February 04, 2025

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Pagi ni moody sikit sebab pagi2 dah ada problem..
nama pun manusia kan..
akan sentiasa ada ujian dan dugaan..
Nak mengeluh pun tak boleh sebab ujian dan dugaan ni..
menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati..
Doakan semoga problem nieyl ni dapat diselesaikan hari ni..
sebab tak nak meleret panjang-panjang..

Happy working..


 

03 February, 2025

Majlis E-day Anak Buah Kesayangan Nieyl

by on February 03, 2025

 

Majlis E-day Anak Buah Kesayangan Nieyl | Hari yang dinanti telah tiba, hampir sebulan lebih membuat preparation, akhirnya terlaksana dengan baik. Walaupun tak segembira yang diharapkan sebab sehari sebelum majlis, mak nieyl kena warded dekat hospital Putrajaya. Tapi Alhamdulillah hari kedua mak warded tu nampak better dari hari sebelum tu, dan ada adik tiri nieyl dia nak jaga mak malam jadi nieyl lega sikit ada orang jaga , sambil tu nieyl pulun siapkan hantaran-hantaran untuk kali terakhir. 

Cantik tak pelamin pilihan nieyl?hihihi..macam nieyl pula nak tunang. Anak buah nieyl ni boleh dikatakan 95% memang dia akan tanya nieyl dan rata-rata memang semua pilihan nieyl. Cuma butterfly tu je kita minta mereka add on sebab anak buah nieyl nak sangat ada butterfly.

Anak buah nieyl, anak sulung dan tunang dia pun anak sulung juga. So, keluarga masing-masing excited jadi, rombongan lelaki siap ada dulang boys lagi. Belah perempuan, nikah nanti insyaÁllah baru ada dulang girls sebab plan nikah luar.

Bakal mertua anak buah nieyl. Actually, anak buah nieyl ni dia punya jodoh dekat je dalam kampung yang sama, dan mak ayah mertua dia memang kenal nieyl dan family. Dia ikut jejak nieyl kahwin dengan orang dekat-dekat. 

Welcome board pun dia ambil juga, haihs budak bertuah ni dia kata dah alang-alang. Tak apalah kita layankan je kehendak dia sebab hari dia kan. Ramai yang puji cantik

Cermin ni pun sibuknya dia nak beli juga, sanggup tu pergi ke Lukut pergi ambil benda ala ni. Benda ni cermin dan stand je, bunga tu nieyl beli siap yang jenis boleh adjust ikut arah mana yang kita suka. Korang nak tengok tak gubahan hantaran yang nieyl buat tu?hihihi...simple-simple je nieyl buat, semua beli dekat Nilai hari tu. 


Hantaran total 11 sebab lelaki beri 9. Tema lelaki dark blue dan belah perempuan kita pilih purple + white untuk bertunang. Cantik tak korang?hihihi..inilah hasil gubahan hantaran dari nieyl untuk anak buah kesayangan. InsyaÁllah peracangan bulan 7 ni nikah, lepas raya masing-masing dah sibuk fikir untuk majlis nikah dengan kahwin pula. Doakan semoga dalam tempoh bertunang ni baik-baik sahaja hingga ke majlis nikah nanti..Aminn









Monday Morning

by on February 03, 2025

Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin..
Sunyi pagi ni nieyl dekat office sebab boss nieyl yang sebilik dengan nieyl
 pergi kursus ALMP sebulan..
jadi, sebulan ni nieyl boleh fokus sepenuhnya untuk bos no.2 nieyl..

Untuk pengetahuan semua..
Alhamdulillah, mak nieyl dah dischanged minggu lepas..
now, sambung makan ubat hospital dekat rumah..
13/2 ni ada appointment dekat hospital..

Doakan semoga mak nieyl sihat2 selalu ya..
Happy working semua..