16 April, 2018

Happy Anniversary ke 6

by on April 16, 2018
Pejam celik pejam celik usia  perkahwinan nieyl bersama husband dah 6 tahun. Ya Allah Syukur Alhamdulillah..Masih dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan walaupun masih menunggu si comel muncul dalam rahim satu hari nanti InsyaÁllah...

Dalam berumahtangga ni orang kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan. Setiap peringkat ada kelebihan dan kekurangan yang akan kita nampak antara satu sama lain. Apa yang penting terima kekurangan itu dan lengkapinya dengan kelebihan kita. 


Tahun ni kita sambut ala kadar je, buat dekat pondok sebelah rumah nieyl tu je. Kek coffee ni sangat sedap habis licin, kek coklat dah biasa kita makan kan. 


Suami dan isteri berjaya membesar bersama-sama..hihihi..Alhamdulillah sepanjang 6 tahun kahwin, ini lah husband yang banyak sabar dengan kerenah isteri dia. Kalau bergurau tu memang selalu dia yang menyakitkan hati kita ni. Seorang suami yang menerima setiap kekurangan isterinya, seorang suami yang tidak pernah mempertikaikan tentang zuriat tapi selalu memberi kata-kata semangat untuk tidak putus asa dan sabar... 


Konon-kononnya nak buat candle light dinner malam tu tapi tak sempat pun..sebab kata ajak semua adik beradik utk meraikan bersama-sama. Mak nieyl gorengkan mee goreng . 

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang wish anniversary nieyl dekat facebook dan mendoakan serta aminkan doa nieyl...Tq sangat-sangat...♥






Akta Antiberita Tidak Benar dikuatkuasa

by on April 16, 2018
Akta Antiberita Tidak Benar dikuatkuasa mulai semalam dimana memperuntukan denda sebanyak RM500,000 dan penjara sehingga 6 tahun. Akta tersebut juga telah diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

sumber dari Metro Online

Apabila zaman teknologi semakin canggih,maka banyak jugalah berita-berita palsu dan fitnah disebarkan tanpa dikawal. Jadi, apabila adanya Akta ini diharapkan penyebaran berita-berita palsu dan juga fitnah berkurangan dan kalau boleh tiada lagi. Ianya bukan sahaja boleh menimbulkan salah faham malah boleh memecah belahkan kesefahaman dalam masyarat negara. 

Sebelum menyebarkan sesuatu itu tolong lah semak terlebih dahulu di website sebenarnya.my

12 April, 2018

Farewell Kawan Di Shellout Seafood Fanatics

by on April 12, 2018
Harapannya untuk pulang ke kampung halaman kian tercapai bila permohonan pertukaran berjaya walaupun kampung halaman di Sarawak , dia dapat sekitar sabah pun dah syukur Alhamdulillah..  Nieyl dengan dia tak lama pun kenal , setahun dua ni baru betul-betul kenal. Tapi kehilangan dia tetap di rasai hati ini.


Jumaat lepas hari terakhir dia di jabatan, so..kami bawa dia keluar pergi makan-makan sambil meluangkan masa bersama sebelum drama air mata petang nya..


Teruja semua bila makanan dah sampai, meriahnya...ini kali kedua nieyl makan dekat restoran shellout ni, kawan yang lain ada yang dah 5x datang..Saja pilih makanan shellout ni sambil makan boleh bersantai sembang kononnya tapi bila dah makan..semuanya senyap..hahaha..sebab dah kelaparan. 

Meh sini nieyl zoom sikit gambar-gambar makanan shellout yang dihidangkan untuk kiteorang bertujuh ni. tapi please jangan meleleh air liur okay..





Yang diraikan adalah yang pegang paper beg hitam tu, qiem already miss u la.. Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Tiada yang kekal, mungkin hari ini dia, akan dtg mungkin kami-kami yang lain juga. Apa-apa pun persahabatan itu boleh terjalin walaupun berjauhan dari mata..

InsyaÁllah kalau ada rezeki nanti, kita plan pergi sabah untuk jumpa ko ya qiem...nanti bawa kami pergi jalan-jalan sana ok..

C1-G-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Presint 8, 62100 Putrajaya

017-421 2649

KERUSI SOFA KONVENSIONAL DENGAN TEKNOLOGI REVOLUSI OSIM TERKINI

by on April 12, 2018

KATAKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA KERUSI SOFA KONVENSIONAL DENGAN TEKNOLOGI REVOLUSI OSIM TERKINI

OSIM memperkenalkan Smart Sofa yang pertama di pasaran – uDiva 2 Smart Sofa dilengkapi dengan tiga manfaat; sofa, kerusi urut dan kerusi baring. 

KUALA LUMPUR: Sesebuah rumah tidak akan lengkap jika tidak mempunyai sofa. Sofa memberikan keselesaan kepada penggunanya dan membolehkan keluarga dan rakan-rakan untuk bersosial, berehat dan menonton televisyen selain aktiviti-aktiviti yang lain bersama-sama.
Oleh itu, sofa merupakan satu pelaburan yang amat penting, dan sebagai pembeli, mereka selalu hendak memastikan sofa yang dibeli oleh mereka dapat memberikan keselesaan dan berfungsi seperti yang diperlukan dengan nilai yang berbaloi.

Revolusi “Smart Sofa”

Praktis untuk mewujudkan inovasi adalah sesuatu yang telah diamalkan oleh OSIM selama ini. Dengan peningkatan keperluan reka bentuk pelbagai guna pengguna, OSIM telah mencipta OSIM uDiva 2 Smart Sofa untuk memenuhi permintaan peminat-peminatnya. 

Dengan pengabungan teknologi urut yang unik dan terkemuka, uDiva 2 Smart Sofa yang telah dilancarkan dapat membantu pengguna untuk berehat, memulihan tenaga dan juga meringankan tekanan yang disebabkan oleh jadual kerja yang sibuk setiap hari.

Smart Sofa OSIM uDiva 2 telah berjaya dicipta untuk memenuhi keperluan ini. Ia di-datangi di dalam pakej yang sesuai digunakan untuk setiap ruang di rumah. 

Smart Sofa yang serba boleh ini bukan sahaja menyenangkan keperluan secara estetika, akan tetapi ia juga juga boleh membantu menjimatkan ruang yang sedia wujud di dalam rumah. Apabila ia tidak digunakan, ia boleh disimpan untuk menawarkan lebih banyak ruang rumah untuk kegunaan-kegunaan lain, selain itu, ia boleh menjimatkan sehingga 34% ruang rumah.

Satu lagi kejayaan Smart Sofa uDiva 2 adalah backrest dan footrest yang boleh digunakan secara berasingan. Dengan gabungan patent “Hybrid Power-ball Massage Ball Technology” dan patented “Hyper-power Foot Massage Technology”, Smart Sofa ini boleh membawa kenikmatian gaya hidup yang maksimum kepada pengguna.

Dengan bezanya daripada sofa convensional yang lain, uDiva 2 Smart Sofa mempunyai 8 ciri-ciri serba-boleh yang sesuai untuk semua mood. uDiva 2 Smart Sofa akan memberikan pengguna 3 kali manfaat sofa seperti; Sofa, Kerusi Urut dan Kerusi Baring – semua di dalam satu pakej.

1. Sofa: uDiva 2 Smart Sofa boleh memberikan keselesaan seperti sofa biasa, dan ia membolehkan pengguna untuk meluangkan masa untuk diri sendiri (masa paribadi).


2. Sofa dengan “Ottoman”: Manjakan diri anda dengan uDiva 2 Smart Sofa sambil melibatkan diri di dalam rutin kecantikan kegemaran anda.

3.Urut Kaki: Menyediakan sesi refleksologi yang lengkap yang melibatkan lutut, pergelangan kaki yang akan meringankan kesakitan.

4.Urut Belakang: Untuk menghilangkan sakit urut belakang semasa anda membaca platform media social.

5.Urut Belakang dengan Ottoman: uDiva 2 Smart Sofa boleh membantu untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan belakang serta memberikan postur yang baik.

6.Urut Penuh Badan: Dapatkan urutan otot untuk menyenangkan otot anda sementara menonton drama kegemaran anda.

7.Kerusi Baring: Satu kerusi baring yang membolehkan anda baring dengan selesa semasa membaca buku atau menggunakan facial mask.

8.Urutan Penuh Berbaring: Menyenangkan seluruh badan anda dengan program urut yang direka khas untuk menyenangkan anda dari kepala ke kaki.


Di samping itu, uDiva 2 Smart Sofa adalah dilengkapi dengan reka bentuk pengawal yang anggun dimana ia disertakan dengan pengawal lampu, direka dengan wayar tersembunyi untuk kemudahan pengguna walaupun di bawah cahaya yang rendah.

“OSIM uDiva 2 Smart Sofa adalah sofa yang unik,” kata Chia Sook Fun, Pengurus Besar. "

Smart sofa bukan sahaja adalah object untuk digunakan dengan fungsi mekanikal sahaja, manakala ia dicipta untuk tujuan yang lebih besar. OSIM uDiva 2 Smart Sofa adalah satu contoh yang baik kerana ia bukan sahaja Smart Sofa tetapi ia menawarkan reka bentuk yang terbaik, teknologi inovatif dan relaksasi yang diperlukan oleh semua pengguna.”


“Lagipun, berehat selepas satu hari selepas bekerja keras di dalam tempat kerja atau rumah, adalah kemahuan yang badan kami sangat diperlukan. Kami berharap uDiva 2 Smart Sofa OSIM dapat mengisi jurang ruang untuk kesemua Smart Sofa mahu pun sofa biasa yang dapat memenuhi kehendak pengguna pada masa kini.”

uDiva 2 Smart Sofa adalah edisi yang sempurna dimana ia boleh melengkapi ke semua ruang di rumah sama ada ruang tamu, bilik tidur atau tempat kerja, tidak berkira reka bentuk Modern, Scandinavian, Industrial, Contemporary, Retro atau Chic. Ia boleh didapati di dalam 4 warna yang berbeza. Pengguna boleh memilih warna OSIM uDiva 2 Smart Sofa yang sesuai menurut citarasa masing-masing.

Bersempena dengan Hari Ibu, sudah tibanya masanya bagi kami untuk menghadiahkan ibu kita sebuah Smart Sofa yang mampu melegakan keletihan mereka apabila mereka berehat. uDiva 2 Smart Sofa telah direka dengan ciri-ciri yang luar biasa. Ia adalah hadiah yang tetap tidak dapat dilupakan oleh ibu-ibu!

 uDiva 2 Smart Sofa Harga Runcit @ RM 8,988 • Harga pelancaran @ RM 7,388 dengan ansuran 24 bulan, untuk hanya RM 308 sebulan. • Sah sehingga 15 April 2018


10 April, 2018

Cara Cili Kisar Tahan Lama

by on April 10, 2018
Cili kisar antara bahan yang wajib ada dalam peti sejuk,cuma kita kisar sendiri ataupun beli yang dah siap.Zaman kecil-kecil dulu selalu kena tolong mak gunting cili kering ni berplastik-plastik. Mak nieyl suka kisar untuk stok seminggu dua. Bila dah kisar,kita akan simpan dalam peti ais tapi hanya bertahan sekejap je kalau korang perasan.

Seminggu kemudian dah berbau,kalau lebih lama mungkin akan naik kulat yang putih-putih..Korang perasan tak?kalau bau tu,dia bau masam-masam kalau masak pun rasa dia tak sedap.


Selepas nieyl search cara untuk bagi cili kisar kita tahan lama, nieyl terjumpa satu cara yang lebih mudah dan boleh tahan lama. Nieyl sendiri dah war-war dekat adik beradik nieyl cara ini. Dekat sini nieyl share juga untuk korang yang suka memasak.

Bahan dia mudah je iaitu CILI KERING,BAWANG PUTIH, AIR TAPIS

Sebelum ini nieyl sendiri pun tak guna bawa putih dan air tapis,guna air paip biasa je.  Selain itu selepas kita dah rebus cili kering tu, jangan basuh dengan air paip takut nanti cili kisar tidak tahan lama. Petuanya guna AIR TAPIS dan BAWANG PUTIH..

Bawang putih boleh bertindak sebagai anti kulat...InsyaÁllah cili kisar kita akan tahan lama...jom kita cuba sama-sama...


Lempeng RM1.50 Mana nak dapat?

by on April 10, 2018
Jarang turun pergi ke cafe untuk breakfast ataupun lunch sebab nieyl bawa bekal pergi kerja. Cuma bila kawan-kawan set date nak makan sama-sama je nieyl tak bawa bekal. Jumaat lepas nieyl join breakfast dekat cafe pejabat. Jarang dah makan berat, bila dah sampai cafe dah tercengang tak tahu nak makan apa. 

Kawan yang lain order lempeng, kononnya nak beli kuih je makan yang ringam-ringan sebabnya ada lunch farewell jadi nak makan ringan-ringan je sekali order juga lempeng tepung kuah sardin..hehehe..

Serius macam tak percaya pula harga lempeng tu rm1.50 je..sebab nieyl expect dalam rm2.50 ke rm3.00 waaahhh...masih ada lagi makanan harga yang murah cafe putrajaya ni..Alhamdulillah..kekeke..next time boleh makan lagi...


09 April, 2018

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed

by on April 09, 2018
Buat Side Income Dengan Marletplace Tok Syed | Setiap kali dapat gaji mesti akan buat kira-kira untuk pembahagian duit ke arah yang wajib seperti pembayaran kereta, bil-bil rumah dan beli keperluan rumah untuk sebulan. Kadang-kadang ada baki pun cukup - cukup sahaja untuk sampai cukup bulan. Baru-baru ini kawan blogger ada share dengan nieyl untuk join buat duit online dengan Marketplace Tok Syed. 

Mula-mula tu rasa was-was juga tapi selepas google, banyak info-info tentang Marketplace Tok Syed yang rakan-rakan bagi feedback yang positif. Marketplace Tok Syed ini ialah satu cara pemasaran online yang menggunakan semua media sosial kita untuk share produk dan review yang ada pada Marketplace Tok Syed. Jadi, sesiapa sahaja yang ada media sosial boleh cuba cara ini untuk menambahkan pendapatan sampingan.


Untuk menjana pendapatan bersama Marketplace Tok Syed ada beberapa cara iaitu :-
  1. Jual beli produk di Marketplace
  2. Menjadi pengedar produk Tok Syed
  3. Melaluii affiliate
  4. Buat jobs di Marketplace

Jual beli produk di marketplace

Kebiasaanya kalau kita nak jual produk kita perlu menjual di website sendiri ataupun mempamerkan barang yang kita nak jual tapi dengan Marketplace Tok Syed kita tidak perlu berbuat sedemikian, kita sendiri boleh jadikan Marketplace Tok Syed ini sebagai kita punya e-commerce dimana setiap produk akan di review oleh pihak admin.Jadi,kita tidak perlu nak risau macam mana nak pasarkan barangan tersebut.


Menjadi pengedar Prok Tok Syed

Ada yang bertanya macam mana nak jadi pengedar produk Tok Syed ini..meh nieyl share cara yang lebih mudah dan cepat. Korang cuma perlu hubungi pihak HQ Marketplace Tok Syed melalui WhatsApp yang di sediakan ini (http://wasap.my/60168262990/Salam+Saya+Berminat+Jadi+Pengedar+TSD). Dimana mereka akan membantu korang untuk menjadi pengedar yang sah dan beritahu bagaimana korang boleh menjana pendapatan dengan menjadi pengedar mereka.

Melalui Affiliate

Rata-rata syarikat pengeluaran produk menggunakan teknik pemasaran dan pengiklanan melalui program affiliate. Apabila kita menjadi orang tengah dalam mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate yang telah kita daftarkan. Kita akan mendapat komisen secara tidak langsung apabila ada yang membeli produk melalui link affiliate kita. So,korang tidak perlu susah-susah untuk update setiap hari.

Bagi yang masih baru nak  berjinak-jinak dalam dengan perniagaan internet ini seperti nieyl ianya sangat sesuai sebab segalanya disediakan oleh  tuan punya produk. Jangan risau melalui sistem affiliate pihak bertanggungjawab boleh menjejak rekod jualan,rekod komisen setiap klik melalui id. 

Selain dari itu, di Marketplace juga kita boleh mendapatkan komisyen melalui kawan-kawan yang kita refer, lebih ramai yang refer user kita, makin banyaklah komisyen yang akan kita dapat. Mudah kan?

Tunggu apa lagi jom daftar SINI buat duit dengan mudah

Buat jobs di Marketplace

Dalam mencari side income kena ada usaha, siapa nak bagi duit free-free sahaja kan. So, nieyl suka buat jobs yang ada di Marketplace setakat ini. Sebabnya jobs yang ditawarkan bukanlah susah sangat cuma kena lebih kreatif, faham arahan dan rajin. Setiap jobs yang kita buat, ada bayaran yang ditawarkan jangan risau.

Jika korang blogger mungkin akan ada projek yang melibatkan review produk yang mungkin boleh korang boleh jadikan sumber pendapatan sampingan. Dengan menggunakan kebolehan menulis korang dalam blog dan media sosial.Best kan?

Ini antara job-job yang nieyl dah pernah buat di Marketplace.


Jom join nieyl menjana pendapatan kita bersama --> Buat Duit Dengan Tok Syed

Di matamu-Sufian Suhaimi

by on April 09, 2018

Apakah kau cuba untuk menentukan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu tuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu, didunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu, dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati, yang t'lah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku dimatamu

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu, didunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu, dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati, yang t'lah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku dimatamu

06 April, 2018

Jenis Ubat Yang Kena Di bawa Semasa travel

by on April 06, 2018
Bila nak pergi travel perkara yang terlintas difikiran yang wajib di bawa adalah tiket penerbangan, passport, baju sejuk, makanan segera itu adalah yang biasanya kita akan senaraikan kalau nak pergi bercuti di luar negara terutamanya betul tak..



Ada sesetengah ibu bapa sahaja yang akan ingat satu benda yang wajib di bawa..agak-agak apa dia?Keperluan ubat-ubatan. Memang ada parent yang ambil berat tentang perkara ini dan ada juga yang ambil mudah.

Bila pergi travel terutamanya bila bawa keluarga bersama, tiada yang minta untuk batuk,deman dan sebagainya. Tapi bila ada persediaan lebih awal lagi..InsyaÁllah keadaan akan lebih terkawal dan dapat di atasi.

Antara ubat yang perlu dibawa bersama :-

  1. Ubat demam
  2. Ubat batuk
  3. Ubat mabuk naik kenderaan
  4. Ubat untuk kurangkan kembung perut
  5. Ubat keracunan makanan
  6. Probiotik - minuman berkultur
  7. Oral reydration salt -untuk cirit birit
  8. Termometer
  9. Cool fever
  10. Lozenges untuk sakit tekak
  11. Set "first aid kit"

05 April, 2018

04 April, 2018

Wedding Adik Bongsu

by on April 04, 2018
Kesibukan dalam urusan kerja dan personal membuatkan nieyl terlupa seketika dunia blog ni..Hari ini baru ada kesempatan untuk update entry yang dah lama tertangguh asyik dalam draf je. Actually bulan lepas lagi dah terima softcopy gambar-gambar wedding adik bongsu nieyl, jadi hari ini nieyl nak share dengan korang sebagai kenangan. 


Pakej pelamin, baju dan make up nieyl ambil dengan kenalan masa nieyl kahwin dulu..Lebih mudah berurusan dan tidak banyak masalah. Apa yang penting adalah orang yang dipercayai. Keluarga mertua nieyl memang selalu ambil pakej dengan dia. 


Nampak tak tu orang kuat sememangnya tak ada masa nak bergambar sana sini. Yela adik bongsu last kahwin dari A sampai Z kakak dia yang uruskan semuanya. Bila tiba hari kejadian, kakak dia lah yang paling sibuk ke sana sini .


Ini keluarga mak tiri nieyl no.2 bersama ayah dan anak-anaknya. Cucu ada 4 orang 3 perempuan, seorang lelaki. Adik nieyl belah mak no.2 ni ada seorang lagi tak kahwin lagi ni.. Kira last lah, umur pun dah 28tahun. Masih study Master di UPM..


Cantik tak baju yang kteorang pilih untuk sedondon ni?Alhamdulillah, bila dah siap jadi baju macam-macam fesyen ada. Ini semua kakak nieyl..kecuali yang kecil tu cucu nieyl.


Bila dah bergambar macam ni lah semuanya. lagi-lagi yang tengah-tengah tu, kakak nieyl yang tua nieyl 2 tahun.Anak dah 2 dah tu..nieyl je belum lagi ni..moga ada rezeki nanti..Amin...


Warna purple adalah warna pilihan nieyl..hahaha...nasib la dik oii..siapa suruh ko serahkan semuanya dekat kakak ko ni...jadi kena redha yaa...tapi sebenarnya cantik tau bila dierang duduk dekat pelamin dan buat outdoor..warna purple ni naik dan menceriakan suasana. Pengapit pun dua-dua anak buah nieyl..kekeke..jimat tak susahkan orang lain..Sebab semuanya dah besar-besar belaka. 


Rombongan pengantin perempuan sampai dan pengantin berarak ke khemah sebab dah lewat sangat waktu bersandingnya kalau ikutkan 12.30 tgh tapi sanding selepas azan zohor...Sedang eloklah tu..


Pengantin dah masuk dalam khemah dah, tersenyum happy lah tengok tetamu tak putus-putus datang Alhamdulillah..


Pelamin nieyl request taknak buat dalam khemah ataupun dalam rumah. Nieyl prefer buat dekat kedai makan mak nieyl tu...sebab luas dan kipas pun banyak so, pengantin tak adalah berpeluh sangat.


Pengantin kena baca doa makan untuk semua tetamu yang hadir sebelum dia makan beradab bersama isteri tercinta


Kek pengantin nieyl minta 3 tingkat dari pihak katering. TQ sangat kek nya pun sedap, habis keknya tak ada baki pun yang tinggal..kekeke...


Nasib baik pengantinnya kurus,boleh la korang lambung-lambung kan..kalau besar, mahu patah pinggang korang nak lambung..kekeke..


Kenangan bersama adik-adik ipar nieyl yang turut serta datang memeriahkan majlis. Adik ipar nieyl yang bongsu tu sebaya dengan adik nieyl yang kahwin ni, satu sekolah . So,InsyaÁllah bulan 8 tahun ni adik ipar bongsu ni pula kahwin..


Seperti biasalah sesi karaoke cuma yang tak terkejutnya ayah nieyl tu dia boleh pula karaoke lagu MADU 3 peh!riuh khemah wehhh....sebabnya ayah nieyl memang bini nya 3..dan tiga-tiga isteri ada dalam khemah tu...aduhai..bapak ku...


Gambar ni special pada nieyl sebabnya dalam adik beradik , kali berempat sahaja mempunyai nama yang sama di hujung nama. So,kteorang walaupun 1 bapak lain mak tapi kami rapat...


Ramai yang tanya nieyl ada berapa ramai adik beradik. Untuk anak seibu sebapa nieyl ada 9 kesemuanya. Manakala sebapa lain ibu ada 4 org... 2 daripadanya dah meninggal dunia. Al-Fatihah


Alhamdulillah, sepanjang perjalanan majlis berjalan dengan lancar, ada juga rakan-ralan blogger yang sempat nieyl jemput. Yang mana tak sempat tu..InsyaÁllah bulan 8 ni ada 2 wedding lagi ..nanti nieyl jemput...