Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

22 January, 2025

Berita tiada lagi tol percuma musin perayaan 2025

by on January 22, 2025


Berita tiada lagi tol percuma musin perayaan 2025 | Semalam nieyl terbaca tentang berita tiada lagi tol percuma musim perayaan 2025 ni. Bagaimanapun kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Bulan 12 kan nieyl pergi Pulau Pinang tu kan, masa nak balik ke KL tu Alhamdulillah dapat tol percuma memang jimat , rezeki rupanya itu yang terakhir pemberian tol percuma untuk musim perayaan. 

Nieyl nak tanya, untuk mereka-mereka yang balik kampung jauh-jauh masa perayaan ni kan, bila tiada lagi tol percuma ni memberi kesan tak pada korang?

16 April, 2018

Akta Antiberita Tidak Benar dikuatkuasa

by on April 16, 2018
Akta Antiberita Tidak Benar dikuatkuasa mulai semalam dimana memperuntukan denda sebanyak RM500,000 dan penjara sehingga 6 tahun. Akta tersebut juga telah diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

sumber dari Metro Online

Apabila zaman teknologi semakin canggih,maka banyak jugalah berita-berita palsu dan fitnah disebarkan tanpa dikawal. Jadi, apabila adanya Akta ini diharapkan penyebaran berita-berita palsu dan juga fitnah berkurangan dan kalau boleh tiada lagi. Ianya bukan sahaja boleh menimbulkan salah faham malah boleh memecah belahkan kesefahaman dalam masyarat negara. 

Sebelum menyebarkan sesuatu itu tolong lah semak terlebih dahulu di website sebenarnya.my

18 January, 2017

Limau Mandarin Di Malaysia Selamat Dimakan

by on January 18, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Limau Mandarin Di Malaysia Selamat Dimakan | Tidak lama sahaja lagi kita akan menyambut Tahun Baru Cina, kemeriahan di rasai oleh semua masayarat di Malaysia tidak kira agama saling kunjung mengunjungi. Bila sebut sahaja tahun baru cina hanya satu benda yang bermain di fikiran iaitu Limau Mandarin dan Ang paw..hihihi..

Kebelakangan ini ada yang mengatakan bahawa limau mandarin mengandungi sulfur dioksida yang membuatkan semua orang panik, namun kementerian kesihatan telah mengesahkan bahawa tiada limau mandarin di negara ini yang di kesan mengandungi sulfur dioksida..Alhamdulillah..

Kepada yang tidak tahu apa dia sulfur dioksida ini adalah bahan pengawet makanan yang dibenarkan dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar namun padanya tidak melebihi 30mg/kg pengikut peraturan Makanan 1985 di bawah akta makanan 1983. Jelas ya...Yakin!


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png