12 April, 2018

Farewell Kawan Di Shellout Seafood Fanatics

Harapannya untuk pulang ke kampung halaman kian tercapai bila permohonan pertukaran berjaya walaupun kampung halaman di Sarawak , dia dapat sekitar sabah pun dah syukur Alhamdulillah..  Nieyl dengan dia tak lama pun kenal , setahun dua ni baru betul-betul kenal. Tapi kehilangan dia tetap di rasai hati ini.


Jumaat lepas hari terakhir dia di jabatan, so..kami bawa dia keluar pergi makan-makan sambil meluangkan masa bersama sebelum drama air mata petang nya..


Teruja semua bila makanan dah sampai, meriahnya...ini kali kedua nieyl makan dekat restoran shellout ni, kawan yang lain ada yang dah 5x datang..Saja pilih makanan shellout ni sambil makan boleh bersantai sembang kononnya tapi bila dah makan..semuanya senyap..hahaha..sebab dah kelaparan. 

Meh sini nieyl zoom sikit gambar-gambar makanan shellout yang dihidangkan untuk kiteorang bertujuh ni. tapi please jangan meleleh air liur okay..





Yang diraikan adalah yang pegang paper beg hitam tu, qiem already miss u la.. Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Tiada yang kekal, mungkin hari ini dia, akan dtg mungkin kami-kami yang lain juga. Apa-apa pun persahabatan itu boleh terjalin walaupun berjauhan dari mata..

InsyaÁllah kalau ada rezeki nanti, kita plan pergi sabah untuk jumpa ko ya qiem...nanti bawa kami pergi jalan-jalan sana ok..

C1-G-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Presint 8, 62100 Putrajaya

017-421 2649

2 comments:

  1. kak nieyl nampak makin slim la hihi. mesti sedih kan? sha dulu masa kawan nakp belajar pun sedih gila padahal selalu ja dia balik huhu

    ReplyDelete
  2. lama x bershell out.
    sebab aida & asben elergi seafood :-(
    tapi sgt minat dgn seafood tau nieyl. Sedih!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)