Kalau sebut tarikh luput biasanya kita akan check tarikh - tarikh yang sedia ada pada cetakkan kilang betul tak?Ok itu yang memang dah sedia ada tarikh luput tertentu, macam mana pula dengan barangan yang sememangnya tiada tarikh luput yang di nyatakan secara jelas.. Adakah kita boleh pakai selama-lamanya ataupun kita perlu tukar selepas beberapa tahun..
Ha..nieyl sendiri pun tak sangka sebenarnya banyak barang-barang yang rasanya perlu di buang dah tu selepas membaca tentang tarikh luput yang kita tidak pernah sangka. Meh..meh nieyl share, sama-sama kita ambil tahu untuk kesihatan kita sekeluarga.
Bantal ( 2-3 tahun) - selepas tempoh itu,bantal akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Yela bakteria atau kuman kita tidak boleh nampak dengan mata kasar, rasanya kalau nampak dengan mata kasar kita ni selang sebulan kita tukar ni kan. Nampaknya, nieyl pun kena humban dah bantal-bantal dekat rumah tu..dah melebihi tempoh tu..
Span Mandi (2 minggu sahaja)- Yang mana pakai span mandi tu, hari -hari kita sental badan kita mesti bakteria-bakteria tu melekat pada span kan, so..elok sangatlah kalau kita tukar selepas 2 minggu, kalau rasa macam membazir tu korang boleh rendam span tu dalam air panas yang betul-betul panas menggelegak supaya bakteria mati. Itu kalau korang rajin la, kalau nieyl beli yang murah-murah je span yang ada 3 in 1..so,boleh pakai buang bila cukup masa.
Tuala (1-3 tahun ) - Yang ini memang terlebih dah ni, naik lusuh pun ada..nieyl memang every week akan cuci segala tuala mandi dekat rumah tu, tapi maksimum penggunaan tuala ini adalah 3 tahun sahaja, kalau lebih boleh la buat kain buruk..
Sikat Rambut (setahun ) - Wow!sikat rambut pun ada tarikh luput ar, rupanya sikat boleh guna 1 tahun je selepas itu janganlah korang pergi buang pula, kalau elok lagi korang boleh basuh sikat tu dengan air panas seminggu sekali.
Berus Gigi (3 bulan sahaja) - Ini sila ambil perhatian yang serius ok. Berus gigi wajib tukar 3 bulan sekali sebab bakteria sangat banyak ya pada berus gigi yang selalu kita gunakan.
Minyak wangi ( 3-4 tahun ) - Kalau yang ini bukan kata 3-4 tahun, sebulan pun dah sebotol..hahaha, tapi ini untuk mereka yang terlalu banyak perfume sampai tak habis-habis, Eau De Perfum (EDP) mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara, manakala Eau De Toilet (EDT) mampu bertahan selama 4 tahun.
Banyak lagi barang-barang yang perlu disingkirkan walaupun tiada tarikh luput, kalau korang rasa barang tu dah lama sangat,lepas tu yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan kita sekeluarga,baik singkirkannya awal okay..Ni dah nak masuk bulan ramadhan, boleh dah kemas-kemas rumah untuk persiapan raya..hihihi..
ada yang guna sampai bertahun. dah koyak rabak baru tukar. huhu.
ReplyDeletesha ada baca jugak pasal ni kat twitter. kalau berus gigi tu memang selalu tukar, yang bantal tu selagi takrosak haha
ReplyDeletelah ada expired? ahahahah dah guna bantal n mcm2 benda lebih dari date. huhu
ReplyDeleteSelalu guna je sampai dah tak boleh pakai.. rupanya setiap barang ada tarikh luputnya ye..
ReplyDeletethnks for sharing..ilmu2..ehhehe
ReplyDelete