25 April, 2018

Asyik Batuk Susah Nak Hilang

Kawan nieyl sekarang ini dah beberapa minggu batuk tak hilang-hilang kesian dia sampai mengganggu keselesaan rutin harian dia. Lagi sekarang ini musim tidak menentu kejap hujan kejap panas. 

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:


  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza 
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis) 
  • Alahan Asma Merokok Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD) 
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja 
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD) 
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome) 
  • Tekanan 
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.


Petua Hilangkan batuk
Teh adalah baik untuk sakit tekak dan batuk. kalau korang  tambahkan sedikit madu sebagai ganti kepada gula, ia membantu proses pemulihan. Tapi ada sesetengah orang tak suka teh, so korang  boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

Selain itu Korang kena minum air yang cukup setiap hari,air  memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing tapi bukan air berperisa ya,air kosong.

Banyak lagi petua-petua yang korang boleh cuba selain yang dua petua yang biasa kita amalkan. Jaga kesihatan ya kawan-kawan.

3 comments:

  1. batuk memang menyiksa kan huhu oh sha baru tau teh dengan madu dapat legakan batuk. selama ni telan ubat batuk je

    ReplyDelete
  2. kalau batuk tu tak berhenti pasti kita akan dapat sakit kepala. Antara petua yg akk buat bila batuk ialah minum jus nenas tanpa gula dan boleh letak halia..InsyaAllah hilang rasa gatal2 tu..

    ReplyDelete
  3. Madu dan air.. bolehlah sha cuba nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)