Kesibukan dalam urusan kerja dan personal membuatkan nieyl terlupa seketika dunia blog ni..Hari ini baru ada kesempatan untuk update entry yang dah lama tertangguh asyik dalam draf je. Actually bulan lepas lagi dah terima softcopy gambar-gambar wedding adik bongsu nieyl, jadi hari ini nieyl nak share dengan korang sebagai kenangan.
Pakej pelamin, baju dan make up nieyl ambil dengan kenalan masa nieyl kahwin dulu..Lebih mudah berurusan dan tidak banyak masalah. Apa yang penting adalah orang yang dipercayai. Keluarga mertua nieyl memang selalu ambil pakej dengan dia.
Nampak tak tu orang kuat sememangnya tak ada masa nak bergambar sana sini. Yela adik bongsu last kahwin dari A sampai Z kakak dia yang uruskan semuanya. Bila tiba hari kejadian, kakak dia lah yang paling sibuk ke sana sini .
Ini keluarga mak tiri nieyl no.2 bersama ayah dan anak-anaknya. Cucu ada 4 orang 3 perempuan, seorang lelaki. Adik nieyl belah mak no.2 ni ada seorang lagi tak kahwin lagi ni.. Kira last lah, umur pun dah 28tahun. Masih study Master di UPM..
Cantik tak baju yang kteorang pilih untuk sedondon ni?Alhamdulillah, bila dah siap jadi baju macam-macam fesyen ada. Ini semua kakak nieyl..kecuali yang kecil tu cucu nieyl.
Bila dah bergambar macam ni lah semuanya. lagi-lagi yang tengah-tengah tu, kakak nieyl yang tua nieyl 2 tahun.Anak dah 2 dah tu..nieyl je belum lagi ni..moga ada rezeki nanti..Amin...
Warna purple adalah warna pilihan nieyl..hahaha...nasib la dik oii..siapa suruh ko serahkan semuanya dekat kakak ko ni...jadi kena redha yaa...tapi sebenarnya cantik tau bila dierang duduk dekat pelamin dan buat outdoor..warna purple ni naik dan menceriakan suasana. Pengapit pun dua-dua anak buah nieyl..kekeke..jimat tak susahkan orang lain..Sebab semuanya dah besar-besar belaka.
Rombongan pengantin perempuan sampai dan pengantin berarak ke khemah sebab dah lewat sangat waktu bersandingnya kalau ikutkan 12.30 tgh tapi sanding selepas azan zohor...Sedang eloklah tu..
Pengantin dah masuk dalam khemah dah, tersenyum happy lah tengok tetamu tak putus-putus datang Alhamdulillah..
Pelamin nieyl request taknak buat dalam khemah ataupun dalam rumah. Nieyl prefer buat dekat kedai makan mak nieyl tu...sebab luas dan kipas pun banyak so, pengantin tak adalah berpeluh sangat.
Pengantin kena baca doa makan untuk semua tetamu yang hadir sebelum dia makan beradab bersama isteri tercinta
Kek pengantin nieyl minta 3 tingkat dari pihak katering. TQ sangat kek nya pun sedap, habis keknya tak ada baki pun yang tinggal..kekeke...
Nasib baik pengantinnya kurus,boleh la korang lambung-lambung kan..kalau besar, mahu patah pinggang korang nak lambung..kekeke..
Kenangan bersama adik-adik ipar nieyl yang turut serta datang memeriahkan majlis. Adik ipar nieyl yang bongsu tu sebaya dengan adik nieyl yang kahwin ni, satu sekolah . So,InsyaÁllah bulan 8 tahun ni adik ipar bongsu ni pula kahwin..
Seperti biasalah sesi karaoke cuma yang tak terkejutnya ayah nieyl tu dia boleh pula karaoke lagu MADU 3 peh!riuh khemah wehhh....sebabnya ayah nieyl memang bini nya 3..dan tiga-tiga isteri ada dalam khemah tu...aduhai..bapak ku...
Gambar ni special pada nieyl sebabnya dalam adik beradik , kali berempat sahaja mempunyai nama yang sama di hujung nama. So,kteorang walaupun 1 bapak lain mak tapi kami rapat...
Ramai yang tanya nieyl ada berapa ramai adik beradik. Untuk anak seibu sebapa nieyl ada 9 kesemuanya. Manakala sebapa lain ibu ada 4 org... 2 daripadanya dah meninggal dunia. Al-Fatihah
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan majlis berjalan dengan lancar, ada juga rakan-ralan blogger yang sempat nieyl jemput. Yang mana tak sempat tu..InsyaÁllah bulan 8 ni ada 2 wedding lagi ..nanti nieyl jemput...
Selamat pengantin baru!!! <3 hehe semoga Till Jannah ~aamiin :D
ReplyDeleteAlhamdulillah...bertambah ahli keluarga Nieyl...tahniah.
ReplyDeleteCantiknya pengantin ... Tahniah untuk adik
ReplyDeletehappening nye!!! tahniah...
ReplyDeleteIye. Aida ada tgk gambo nieyl upload di fb. Tahniah nieyl trima family baru :-)
ReplyDeleteAdik bongsu Aida br 21 thn.
selamat pengantin baru! bestnya ada kenduri ni, last kenduri kawin kat rumah sha 10 tahun lepas hahaha
ReplyDelete