11 October, 2017

Granola Cereal Sesuai Untuk Sarapan Pagi

by on October 11, 2017
Granola Cereal Sesuai Untuk Sarapan Pagi | Niat di hati ini dah lama sebenarnya nak cuba makanan yang dikatakan mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan dan boleh membantu mengurangkan berat badan seseorang. Sebelum- sebelum ini pernah nampak sahaja orang post di FB dan IG tentang makanan sihat.Dan kali ini kuatkan iman dan semangat, nieyl try sendiri..


Apakah Granola?
Granola ialah sejenis hidangan sarapan pagi atau makanan ringan yang terdiri daripada emping oat, kekacang,madu atau pemanis yang lain seperti gula perang. Ada juga bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan.Selain itu buah kering seperti kismis,kurma,dan buah-buahan lain juga ada di campur didalam granola ini. Biasanya granola boleh di makan bersama yogurt,madu,susu dan lain-lain lagi..


Granola Baik Untuk Kesihatan
Bahan utama, gandum bijirin adalah serat yang besar dan menyokong kesihatan pencernaan kita. Dan manfaat sihat granola ini dipenuhi oleh bijirin yang dipenuhi dengan gula tambahan dan ramuan buatan. Selain itu, ianya mengandungi bahan-bahan yang sihat untuk tubuh badan kita.


Sebelum ini nieyl belum pernah lagi rasa granola ni, jadi untuk first trial nieyl try ambil flavour Berry jenama Tesco. Macam nieyl kebetulan pergi Tesco,jadi cari dekat sana saja, kalau tengok di rak bahagian cereal ini ada pelbagai jenama Granola dan flavour tetapi harganya berbeza mengikut jenama. Kalau jenama Tesco ini harga dia RM16.99, so terpulang pada korang nak try flovour apa dan jenama apa.Khasiat dia tetap sama.


Sekarang ini setiap pagi nieyl akan makan granola cereal ni untuk kawal kolestrol,Alhamdulillah. Bertahan juga sementara tunggu waktu lunch..sementara tu kalau korang rasa lapar juga korang boleh amek granola cereal ni tanpa susu..maksudnya boleh makan macam snack..sedap juga... 

Granola cereal berry ni rasa dia masam- masam, oat tu biasalah tawar sebab itu nieyl gabungkan dengan full cream bagi ada lemak-lemak sikit. tapi keseluruhannya sedap..sebelum beli granola yang mahal,better try dulu yang di bawah kemampuan kita. Jom sama-sama kita jaga tahap kolestrol kita.




10 October, 2017

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna

by on October 10, 2017
Jom Join Klik Banner

Wish Birthday

Pertama kali ziarah blog ini sangat cantik,kemas dan ringan
Happy birthday Intan,semoga terus success dalam apa jua yang di lakukan..
semoga Allah berikan rezeki yg berlipat kali ganda dalam setiap usaha..
Didoakan semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezek...Amin..

Tag Rakan
Nieyl tag semua yang ziarah blog ni untuk join...

WD-40® | Tidak suka membersih? Serahkan kepada pakar untuk melakukannya!

by on October 10, 2017
KUALA LUMPUR: Rumah adalah tempat perlindungan, namun tugas untuk membersihkannya supaya bebas kotoran kadangkala menjadi perkara merumitkan terutama apabila kotoran dan minyak degil terperangkap sejak bertahun-tahun lamanya.

Antara perkara biasa dihadapi termasuk kotoran minyak licin pada lantai garaj yang mungkin menjadi kekal, kotoran minyak makanan yang degil pada permukaan meja dapur, kotoran degil pada roda kenderaan serta cap jari berminyak pada permukaan dinding.





Tidak ada sesiapa pun mahu menghabiskan masa berjam-jam untuk membersih dan menyental kotoran degil berkenaan – bukan anak anda, ibu bapa atau diri anda sendiri. Anda juga sedia tahu bahawa tidak kira berapa lama masa yang dihabiskan untuk menyental kotoran, ia tidak memberi jaminan kotoran itu dapat dihapuskan!



Jadi, jangan membuang masa dan dapatkan khidmat pakar untuk melakukan tugas berkenaan. Ia bukan sekadar pakar kerana khidmat yang diberikannya amat pantas dan cekap. Kami bercakap mengenai Penanggal Minyak Bertindak Pantas WD-40® Specialist™ yang merupakan satu penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran serta minyak dengan cepat.



Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan, biarkan beberapa minit sebelum bilas dengan air. Buih-buih berkuasanya berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Kesannya cukup menakjubkan dan boleh dilihat dalam tempoh singkat!



Anda boleh mencuba dengan menyemburkannya pada permukaan roda kenderaan dan hasilnya boleh dilihat serta merta apabila kotoran tertanggal dengan pantas menerusi kehebatan buihnya. Kemudian, lapkan ia dengan kain bersih dan tugas anda selesai!



Sama juga untuk kotoran minyak pada permukaan lantai. Hanya semburkannya pada kawasan itu dan tunggu beberapa minit untuk melihat hasil menakjubkan, kemudian lapkannya.



Penanggal minyak berasaskan air yang berkuasa ini turut berfungsi pada plastik, besi dan selamat digunakan pada permukaan yang sudah dicat.






Ia juga mematuhi RoHS – yang bermaksud ia tidak menggunakan atau mempunyai tidak lebih daripada tahap yang dibenarkan dari mana-mana 10 bahan yang dilarang oleh Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah. Bahan-bahan ini membahayakan alam sekitar, mencemarkan tapak pelupusan sampah dan berbahaya dari segi pendedahan pekerjaan ketika pembuatan dan kitar semula dilakukan.

(Bahan yang dilarang di bawah RoHS adalah plumbum (Pb), merkuri (Hg), cadmium (Cd), hexavalent chromium (CrVI), polybrominated biphenyls (PBB), polybrominated diphenyl ethers (PBDE), dan empat phthalates lain iaitu  (DEHP, BBP, BBP, DIBP).

Oleh itu, cubalah Penanggal Minyak Bertindak Pantas WD-40® Specialist™ hari ini dan maklumkan kepada kami hasilnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini – atau WD-40® Specialist yang lain – anda boleh ke  pautan https://goo.gl/dXjhnn atau http://wd40.asia.


 Tentang syarikat WD-40®

 Syarikat WD-40®  adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205

Email chan@greatworksmarketing.com

Bila Adam Datang Rumah

by on October 10, 2017
Bila Adam Datang Rumah | Rumah bila tiada anak biasalah kan sunyi je tapi sesekali Paklong bawa Adam balik rumah, riuh sekejap rumah dengan suara Adam. Seronoknya kalau hari-hari macam tu kan.InsyaÁllah..doakan yang baik-baiknya. Adam datang rumah time tu dah lewat petang, kebetulan hari Adam datang tu, nieyl masak kueh tiew sup untuk makan malam. Sebelum mandi kan Adam tu suapkan Adam makan dulu,banyak juga dia makan..Adam suka sebab masakan maklong sedap ya...hihihihi...


Selepas makan tu,ajak pergi mandi..tak bergerak dia tengok upin ipin dekat tv sampaikan bila nieyl masuk bilik mandi, buka air terus berdesup dia sampai suruh buka baju seluar semua, rupanya nak tahu dia buat apa?ha..tu tengok dia main air..tapi kira oklah bila dah habis mandi tu,ajak keluar dari bilik air tu dia ok je,tak ada mengamuk ke apa..good boy dia ni...

 

Amboi bila dah siap pakai baju,sikat rambut..mata tu tetap pandang TV..sila abaikan keliling ruang tamu bersepah,hahaha..begitula kalau anak² kecil ada dekat rumah..hihihi..


Bila Upin Ipin dah habis, Adam minta meja ABC fav dia yang ada dekat rumah tu, suruh paklong ajar dia ABC,123 dan warna...boleh dikatakan setiap kali Adam datang rumah,dia akan ambil meja tu dah minta orang ajar dia..wahhh...bijak Adam ni..Alhamdulillah...


Kadang-kadang kelakar tengok gelagat si Adam ni, kalau handphone tu tahu je dekat mana nak tekan Youtube, whatsapp pun kadang-kadang dia tahu tau...tapi Adam,mummy tak dedahkan sangat Adam dengan gadjet..Bagus!


Sebelum hantar Adam balik dia layan baby shark dulu, walaupun sekejap Adam datang tapi seronok rasanya. Tengok dia main,dia makan,dan belajar. Tunggu Ellsa besar sikit pula.. Satu hari nanti kalau Adam dah besar, terjumpa Blog maklong ni..Adam akan tahu betapa bahagianya maklong dengan paklong bila Adam selalu datang rumah kitaorang...LOve u so much Adam...♥

















06 October, 2017

Pertandingan Bakat Ohsem Malaysia

by on October 06, 2017

Tempoh peraduan:
Tempoh penyerahan: 15 September - 15 Oktober 2017
Tempoh Pertandingan: 2 - 23 Disember 2017

Hadiah:
Hadiah Utama: RM100,000 tunai + Proton Saga 1.3 (A)
Hadiah Kedua: Wang tunai RM20,000
Hadiah Ketiga: RM8,000

Bagaimana untuk mengambil bahagian:
Shoot video 60 saat untuk mempamerkan bakat anda.

Episod 1 - 4 adalah pusingan pemilihan hakim, di mana video yang dipilih oleh hakim awal dan kegemaran undian awam akan dipamerkan dan 2 hakim yang dihormati dan tetamu akan memilih video. Video 3 teratas untuk setiap episod akan beralih ke separuh akhir.

Episod 5 akan menjadi pusingan wildcard, di mana video dari episod 1 hingga 4 yang tidak masuk ke separuh akhir akan dibuka untuk undian umum 1 minggu di laman web kami. Video yang paling diundi akan menjadi semifinalis ke-13.

Episod 6 akan menjadi episod untuk memaparkan semua 13 separuh akhir.

Episod 7 adalah pusingan separuh akhir di mana 13 peserta separuh akhir perlu mengemukakan video baru tentang rutin yang berbeza bakat mereka. Video mereka akan dipamerkan semasa episod dan akan dikenakan skor 50% hakim dan 50% undi awam. 8 peserta  yang akan beralih ke finale grand live.

Episod 8 adalah pertunjukan akhir grand live dengan 2 pusingan. Pada pusingan pertama, 8 finalis perlu melakukan secara langsung di atas pentas dan hakim akan memilih 5 finalis untuk pusingan ke-2. Pada pusingan kedua, 5 finalis perlu melakukan rutin lain yang akan dikenakan skor 50% hakim dan 50% undi umum. Pemenang akhir akan ditentukan dari skor yang terkumpul dari skor hakim dan pengundian awam.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website Bakat Ohsem Malaysia

Berita baik : Vitamin C Serum by Annona Beauty

by on October 06, 2017
Berita baik : Vitamin C Serum by Annona Beauty |  hai korang,salam jumaat semua! Korang ada tak yang pakai serum,tak kisah la apa pun jenama serum pun. Serum ini penting untuk kulit muka supaya sentiasa segar dan sihat. 

Kepada yang masih tercari-cari serum yang murah tapi berbaloi dengan khasiatnya. Nieyl nak share apa yang nieyl sendiri pakai untuk kulit muka nieyl. 



APA YANG ISTIMEWA SANGAT VITAMIN C SERUM ANNONA NI?
==================
# kekuatan 10x vitamin C - pertama di pasara
# mudah digunakan - hanya titis dan sapu pada kulit
# mampu milik - 1 botol tahan lebih sebulan
# boleh bawa solat
# tiada campuran alkohol - guna tanpa was was
# tiada pewarna tiruan & pewangi tambahan. Sesuai untuk kulit sensitif
# diluluskan KKM (NOT161004544K)
# dikilangkan di kilang berstatus GMP
# jenama Annona yang dipercayai ramai - 4 tahun dalam pasaran .

INSYA ALLAH VITAMIN C SERUM SESUAI UNTUK MASALAH :
 ===================
✔ Liang pori terbuka
✔ Parut pada kulit
✔ Jeragat
✔ Kulit rosak akibat salah guna kosmetik
✔ Tona kulit tak sekata
✔ Kulit kusam
✔ Penuaan kulit pramatang .

Harga?sangat murah dan berbaloi..

Harga Normal Pack RM90 sahaja (15ml mampu tahan 1 bulan )
Hari ini nieyl nak OFFER dekat semua yang baca blog nieyl, yang berminat nak dapatkan SERUM VITAMIN C ni. Hanya 10 orang terawal sahaja tau..


Cepat-cepat whatsapp nieyl okay www.wasap.my/6017-3583792 

Become A Sponsor Giveaway

by on October 06, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pencarian Sponsor hanya di buka
selama 3 hari
bermula 4 Okt - 6 Okt 2017
sesiapa yang berminat untuk jadi sponsor
uolls boleh PM nieyl di Fan Page nieyl atau
emel ke nieyl.puteriimpian@gmail.com

~Nyatakan~
 Nama :
Link blog :
Jumlah wang /hadiah yang  ingin disponsor  :
No telefon :
Emel :
Syarat : ( 2 sahaja)

 WANG TUNAI DAN GIFT SAHAJA DITERIMA

WANG TUNAI *at least RM20*


Twitter : https://twitter.com/nieylanadia




05 October, 2017

Rawang Bypass,Ada Berani?

by on October 05, 2017
Rawang Bypass,Ada Berani? | Satu lagi bakal menjadi mercu tanda negara iaitu Projek Mega Rawang Bypass. Dimana lebuhraya yang menghubungkan antara Rawang dan Serendah ke Kuala Lumpur akan menjadi lebih hebat dan unik. Cuba bayangkan ianya mempunyai ketinggian yang luar biasa iaitu separas puncak pokok gian kanching..peh!isshh..seram pula bila bayangkan. Dikatakan bahawa pokok ini hanya ada di Malaysia sahaja.


Pada nieyl agak seram juga untuk memandi atas jambatan sepanjang 23 km dengan ketinggian 60m dan jambatan ini di bina tidak lurus tujuannya meminumukan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Dianggarkan pemanduan dari Serendah dan Rawang ke Kuala Lumpur di waktu kemuncak hanya mengambil masa 30 minit sahaja berbanding kesesakan sebelum ini.

Kalau korang nak tengok video jambatan tu..korang boleh klik SINI  nieyl ada share..



Surprise Birthday Mak Menjadi Malam Tadi

by on October 05, 2017
Surprise Birthday Mak Menjadi Malam Tadi | Birthday mak nieyl jatuh pada 5 Oktober iaitu pada hari ini tapi hari ahad lepas ayah nieyl minta tolong nieyl uruskan surprise birthday untuk mak nieyl malam tadi. Sebab itu nieyl minta kawan² facebook tolong rekemen kan kawan-kawan yang buat biz kek,Alhamdulillah..nieyl dapat juga tempah kek birthday mak dengan bajet yang ayah bagi..kekeke.. Kalau nak tahu segalanya ayah yang sponsor ya..kekeke..


Tepat pada jam 8 mlm nieyl bersama adik beradik yg lain senyap² berkumpul dekat luar rumah, bawa kek masuk rumah sambil nyanyikan lagu happy birthday bersama anak² buah. Mak nieyl terkejut betul,pastu mak marah nieyl..dia kata kenapa nieyl tak ckp,sebab dia pakai baju buruk..hihihi.. kalau cakap tak surprise lah mak...Alhamdulillah...surprise betul² menjadi, terima kasih adik beradik yg sudi join sama..


Okay ini lah kek yang nieyl tempah.Nama kek ni snow cheese cake, kek ni sangat sedap dan harga dia murah antara yg termurah yg nieyl survey hari tu.. Kalau korang nak tempah kek juga yang sedap tapi murah boleh contact Kak Salmi atau boleh follow IG beliau iaitu Skalicious


Bunga khas dari ayah nieyl untuk mak nieyl..sweet kan..semoga ayah dan mak nieyl sentiasa bahagia hingga ke Jannah..Amin...3 kuntum rose merah membawa maksud I LOVE U FOREVER ♥


04 October, 2017

Menang Giveaway FM From Canada

by on October 04, 2017

Alhamdulillah..
Memang tak sangka pula no.10 tu nombor nieyl..
Sampai 3x check..baru email..
FM Canada masih belum ada lagi dalam koleksi..
Korang kalau belum follow blog sis eldarwena ni..
Klik SINI dan follow okay..

GSC The Foreigner Snap & Win Contest

by on October 04, 2017




Contest period: 29 September 2017 - 18 October 2017 

Prizes:
Grand Prize x 1 Winner: Samsung Galaxy Note 8 + 1 Year supply of GSC Movie Tickets
First Prize x 2 Winners: 1 Year Supply of GSC Movie Tickets each 

 How to participate: 
  • Snap a creative photo with The Foreigner standee/ posters/ decoration or GSC The Foreigner tickets. 
  • Upload the photo on Instagram, choose a side by hashtagging #TeamJackie or #TeamBrosnan and also hashtag #TheForeignerMY 
  • Make sure your Instagram profile is public!
Click Here for more detail 

Breakfast Lempeng dan Kari Ayam

by on October 04, 2017



Breakfast Lempeng dan Kari Ayam | Nampak beratnya breakfast nieyl pagi ni kan, tapi sesekali tak apa tau. Lempeng tu mak nieyl buatkan sebab jujur cakap nieyl sehingga hari ini masih fail lagi buat lempeng macam yang mak buat. Kadang-kadang buat tertebal la, ternipis la lepas tu tak bulat macam mak buat. Nampaknya kena menuntut ilmu lempeng sampai pandai ni. 

Korang breakfast apa pagi nie?