03 July, 2017

Potret Raya Pertama 2017

by on July 03, 2017
Potret Raya Pertama 2017 | Yeay..back to reality ya..cuti sudah habis, masa untuk kembali bekerja seperti biasa walaupun masih ada lagi mood..mood berhari raya..yela raya kan sebulan kan..lepas ni memenuhi undangan Open house pula.. Oklah kepada yang dah start bekerja seperti nieyl hari ini. Selamat kembali bekerja ya...jangan nak malas-malas ya..dah lama cuti berlemak-lemak kita ni.. Kepada yang dah start menjalani ibadah puasa 6...selamat berpuasa..Nieyl insyaÁllah coming soon..

Setiap tahun, aktiviti pagi raya pertama lebih kurang sama dengan family yang lain-lain. Cuma tahun ini 2 abg nieyl tak dapat bersama sebab berada di kampung belah mertua masing-masing walau macam mana pun meriah juga raya kiteorang ni.. InsyaÁllah tahun depan akan bertambah ahli-ahli baru..wahhh!meriah lagi la nampak gayanyaa...


Ini semua yang ada untuk tahun 2017, tahun depan rasanya dah tak boleh nak ambil gambar dalam rumah ni..dah kena ambil di luar kawasan rumah sebab sempit..hihihi...


Gambar atas tu adik beradik nieyl,tak cukup 3 orang...gambar bawah tu abg² ipar dan kakak² ipar.. kalau ada yang tanya kenapa ayah pakai baru RELA..ayah tu dia kerja balik sekejap je... keunikan family ni dari dlu sampai skrg memang susah nak dapat bawa ayah beraya bersama. #deminegara


Ini sebahagian anak² buah nieyl yang beraya bersama, sebenarnya ramai lagi anak² buah nieyl..nak tengok berapa ramai..tahun depan yaa...InsyaÁllah semua ada...


Raya tahun ni agak mencabar sikit, sebab tahun ni raya pertama berlari-lari anak lepas solat raya terus bergegas ke rumah MIL nieyl,jarak tak jauh pun..untuk sesi bersalaman bersama MIL dan adik beradik belah en.husband. Tahun ni Allamdulillah,semua ada..makin tahun,makin bertambah ahlinya..Alhamdulillah..:) sayang sangat ngan dua-dua family ni..forever...

Aktiviti setiap tahun,selepas salam-salaman akan terus pergi raya rumah jiran-jiran terdekat,biasanya 3 buah rumah yang wajib dikunjungi. Kemudia, bersambung pergi ke rumah nenek di Bukit Changgang Banting, dan seterusnya berpatah balik ke rumah Pakcik-pakcik belah mak yang berada di Dengkil. 

Kemudian,solat zohor di masjid dan bersambung terus ke rumah adik beradik ayah pula lebih kurang dalam 6 buah rumah dan tak lupa juga beraya di rumah Mak tiri no.3 dan berehat sekejap untuk solat asar. Sebelum sambung ke rumah seterusnya..

Selepas habis beraya di belah Desa Pinggiran Putra, terus ke Taman Gemilang Dengkil ke rumah adik mak dan last sekali akan singgah beraya di rumah MIL nieyl. Boleh dikatakan setiap tahun lah, rumah MIL akan menjadi rumah penutup raya pertama kami sekeluarga. Alhamdulillah...Malam adalah masa untuk berehat.

Ha..setiap tahun,itulah turutan perjalanan hari raya pertama nieyl sekeluarga..seronok kan..korang punya raya pertama macam mana pula?mesti lagi best kan..meh la share...



29 June, 2017

Back To Routine

by on June 29, 2017

Hai korang...ada yang dah start bekerja ke?
nieyl dah start kerja itupun kalau ikutkan nieyl masih lagi bercuti ni..
tapi hari ni macam nak datang kerja..
esok x sure lagi..tengok mood..hihihihi...

Selamat hari raya..

23 June, 2017

Cara Menganyam Ketupat

by on June 23, 2017
Cara Menganyam Ketupat | Setiap kali menjelang Syawal seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia akan membuat persediaan sambutan 1 Syawal. Antara menu wajib di pagi Syawal adalah ketupat. Betul tak?sangat jarang kalau kita pergi beraya ke rumah sanak saudara atau jiran tertangga,tiada ketupat. Paling tidak pun mesti akan ada nasi impit sebagai pengganti ketupat. 

Masa zaman kecil-kecil nieyl dulu, pernah berkesempatan merasai dan melihat sendiri kakak, mak menganyam ketupat, masukkan berat dan rebus ketupat. Tapi itulah,sampai ke hari ini pun nieyl tak reti menganyam ketupat. Sebab mak dah lama sangat tinggalkan acara menganyam ketupat. Mak kata, sekarang lebih mudah guna nasi impit segera. 

Ok tak apa la..kepada yang nak belajar menganyam ketupat palas ataupun ketupat biasa,nieyl share kan toturialnya okay..sama-sama lah kita belajar..

Ketupat Palas

Ketupat Daun

Salam Aidilfitri Dari Nieyl

by on June 23, 2017

Siapa masih bekerja hari ini, kita geng...
Di kesempatan ini, nieyl ingin mohon ampun maaf..
jika nieyl terlepas pandang untuk membalas kunjungan...
Insya'Allah akan diperbaiki di masa akan datang..

Kepada mereka akan pulang ke kampung...
berhati-hati ketika memandu...
jika mengantuk, rehat di R&R...
Nieyl doakan semoga perjalanan kalian semua dipermudahkan..
selamat sampai ke kampung...

Selamat hari raya!!

22 June, 2017

Rezeki Duit Raya

by on June 22, 2017
Rezeki Duit Raya | Pagi-pagi khamis buka blog ternampak komen dan ucapan tahniah kerana menjadi salah seorang pemenang giveaway duit raya. Terima kasih Abam Kie sebab PM nieyl kalau nak tahu, nieyl nie suka je join giveaway atau contest tapi itulah..jarang sangat dapat follow up. So, terima kasih banyak². 



Hadiah yang nieyl memang duit raya bernilai RM20 Alhamdulillah...Boleh buat tambah-tambah nak beli kasut raya ni. 



21 June, 2017

Penerbangan Percuma Seumur hidup..bestnya!

by on June 21, 2017
Penerbangan Percuma Seumur hidup..bestnya! | Amboi cepat je klik kan, Jet Airways telah menghadiahkan penerbangan percuma seumur hidup kepada seorang bayi yang telah dilahirkan di dalam pesawatnya baru-baru ini. Bayi berkenaan dikatakan dilahirkan tidak cukup bulan ketiak ibunya dalam penerbangan dari dammam, Arab Saudi ke Kochi,India.

Kelahiran bayi tersebut telah di bantu oleh krew penerbangan dan seorang jururawat yang secara kebetulan merupakan penumpang pesawat yang sama. Pesawat juga terpaksa mendarat di Mumbai untuk memberi laluan ibu dan bayi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Wahhh...seronoknyaaa...nanti bila bayi tu dah besar, tak perlu lagi fikir tentang bajet tiket kapal terbang kan..waahhh..best²...

20 June, 2017

Say good bye boss

by on June 20, 2017

Say good bye boss | 16 Jun 2017 merupakan hari terakhir boss menggunakan perkhidmatan nieyl sebagai PA. Dan genaplah 2 tahun 10 bulan bekerja dan berkhidmat menjaga jadual kerja dan membantu melicinkan tugas-tugas hakiki. Pemergian boss ke jabatan lain sangat mengejutkan semua orang terutamanya cawangan kami.  Tapi kata orang..rezeki manusia itu Allah beri dalam pelbagai bentuk dan pada bulan yang mulia ini, boss dapat peluang yang lebih baik. 

Ini lah boss yang suka menyakat, yang suka kata PA dia jarang. Saya tak jarang lah boss, saya garang bila perlu je..hihihi.. Dan inilah boss yang paling sporting, yang paling baik dan boss yang tidak lokek share tips² pergi melancong walaupun PA dia duduk dekat Malaysia ke selama 29tahun ni..hihihi..


Ha..dah lagi satu boss yang selalu tidak lupa PA dia,selalu ada je ole-ole atau buah tangan kalau pergi holiday..TQ boss..Ni lepas dah pindah ni, kalau pergi holiday luar negara jangan lupa ole-ole saya..kekekeke...ontah ingat lagi ke idok ontah dokat den ni ha..ha..ha..ha...


Disebabkan notis yang sangat singkat, nieyl usaha juga berpakat dengan kakak-kakak MO cawangan nieyl untuk beli something sebagai tanda penghargaan kami pada boss kami. Walaupun tak mahal tapi ianya sangat bernilai..InsyaÁllah.. 

Nieyl cadangkan beli sampin dan tafsir quran, sebab di jabatan baru boss akan kerap menghadiri majlis-majlis rasmi dan majlis keagamaan jadi penggunaan sampin adalah sangat perlu untuk matching dengan baju melayu nanti dan tafsir quran pula ianya akan menjadi ilmu yang tidak akan lapuk di dunia ini . Nieyl sendiri pun tertarik dengan tafsir quran ni,dan nieyl pun nak beli satu nanti..

Terima kasih boss beri kan kami sejadah bagi perempuan dan kain pelekat untuk lelaki, semoga Allah sentiasa berikan rezeki dan kesihatan yang baik pada boss..Amin...



19 June, 2017

Beras plastik?

by on June 19, 2017

Beras Plastik? | Beberapa minggu yang lepas, ada juga la perasan status rakan-rakan di facebook berkaitan dengan beras plastik ni. Tidak tergerak hati pula nak check jenama apa..sebab rasa yakin yang beras nieyl guna di rumah tu beras tulen bukan plastik...hihihi..

Beras plastik yang dimasak kemudiaannya dikepal dijadikan bulat lalu dilemparkan yang jelas kelihatan tidak hancur ataupun pecah seperti beras-beras yang lain..Ya Allah..kalau kita makan sampai mati pun takkan hancur dalam badan ni..sedangkan plastik pun ribu tahun nak lupus ini kan beras yang masuk dalam badan..Allahuakbar..minta dijauhi...

Resepi chocolate chip versi nieyl

by on June 19, 2017
Chocolate chip versi nieyl |  Antara salah satu kuih raya yang wajib ada dalam balang kuih rumah. Cookies banyak versi tapi tahun ini nieyl buat yang paling simple,sedap dan cepat. So,korang pun yang mana rajin masih ada masa lagi ni kalau nak buat..hihihi..last week nieyl buat 2 adunan dapat lah 2 balang besar. Lepas tu, MIL nieyl request nak 1 balang,jumaat malam tu walaupun tak berapa nak sihat..Alhamdulillah..dapat juga buatkan 1 balang untuk MIL..




Bahan-bahan

7 Cawan tepung gandm
2 Buku Butter
1 1/2 cawan gula putih (nieyl kurangkan sikit)
1 1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar empleks
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur kuning
Chocolate Chip 1 paket
Add-on (badam hancur/ceri/kacang)terpulang

Cara-caranya

  1. Pukul butter bersama gula putih,gula perang dan kuning telur + esen Vanila
  2. Masukkan tepung + empleks + baking powder + Chocolate Chip = Gaul
  3. Bila dah sebati semuanya, boleh la cuit-cuit susun dalam loyang tapi pastikan loyang disapukan dengam butter sedikit ya supaya tidak melekat nanti..
  4. Suhu dalam 150-250 bergantung kepada oven masing-masing okay..bakar selamat 15-20minit.
  5. Selamat mencubaaaa


18 June, 2017

Hidayah Mu - Shila Amzah LIRIK VIDEO

by on June 18, 2017

Aku minta padaMu agar kau ampuni aku,
Ampuni segala dosa ku...segala kekhilafanku,
Aku tau aku tak layak untuk ke syurgaMu,
Ku benar-benar tak mampu.. menepis kisah lalu,
Namun aku mahu teruskan meminta perlindungan dariMu Tuhan

(chorus)
Aku mohon Engkau kuatkan aku,
Terimalah taubat ku,
Untuk terus ke jalanMu,
Aku mohon Engkau jauhkan aku,
Dari segala fitnah permainan manusia..

Oooo ya Tuhan ku
Ooooo..ooooooo

Sesungguhnya keinsafan ini,
Benar benar lahir dari hati,
Ku dambakan hidayahMu,
Solat hidup matiku hanya keranaMu

Ulang (chorus)

Terimalah taubat ku,
Untuk terus ke jalanMu,
Ku dambakan hidayahMu...
Tuhan ku...

Lagu & Lirik : Shila Amzah
Penyanyi: Shila Amzah

16 June, 2017

15 June, 2017