08 June, 2017

Puasa Zaman Kanak-Kanak

by on June 08, 2017
Puasa Zaman Kanak-Kanak | Setahun hanya sekali sahaja bulan Ramadhan ini datang, jadi setiap kali ianya tiba pastinya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ingin melatih anak-anak berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Mungkin itu bukan satu perkara yang mudah kan, sebab kita dulu masa  zaman kanak-kanak begitu kan. Tapi ibu bapa perlu membantu tingkatkan kesedaran anak-anak tentang puasa. InsyaÁllah ianya sangat membantu.


Teringat zaman kecil-kecil dulu, nieyl mula puasa umur 5 tahun time tadika lagi itupun setengah hari sahaja, yela..kanak-kanak kan kuat bermain,lepas tu masih belum pandai menahan lapar dan dahaga. Itupun kalau azan zohor je, tingkap pintu semua mak tutup sebab nak bagi anak dia ni makan sampai kenyang.hihi..

Start darjah 2 sehingga lah hari ini Alhamdulillah puasa seperti umat islam yang lain kecuali hari-hari Allah beri cuti..Banyak pengalaman ponteng puasa dulu, hahaha..yang masih segar di ingat adalah terliur tengok buah rambutan sebab time bulan puasa tu musim buah. Ambil buah rambut, duduk bawah katil sebab gelap kan,tak ada orang nampak..hihihi..sekali mak sapu-sapu bawah katil,keluarlah kulit rambutan kering-kering..hahaha..time tu memang kena rotan la sebab ponteng puasa.

Kalau dekat sekolah pun ada pengalaman, curi-curi bawa air sirap pergi toilet minum,ha..tahu tak elok minum dalam tandas tapi masa itu budak hingusan apalah yang difikirkan kan..janji hilang dahaga seketika. Lepas tu menyesal sebab tak boleh makan sekali dengan orang yang berpuasa. Ha...undang-undang di rumah nieyl tu siapa yang tidak berpuasa tidak boleh makan sekali bersama orang yang berpuasa..sediihhh...esoknya gigih paksa diri untuk berpuasa..Alhamdulillah...

Begitulah zaman puasa nieyl masa kecil-kecil..kalau korang pula macam mana agak nya..mesti korang pernah je ponteng puasa kan, makan sorok-sorok..meh la share...:)

Wanita Aktif Berhijab Tiada masalah dengan Elysium by Jacqueline.K.

by on June 08, 2017
Wanita Aktif Berhijab Tiada masalah dengan Elysium by Jacqueline.K. | Sebilangan besar wanita zaman kini berjinak-jinak dalam aktiviti lasak.  Menutup aurat itu adalah wajib bagi kaum wanita yang beragama islam tidak kira seaktif dan selincah manapun kita. Walaubagaimanapun sebagai seorang yang berhijab, itu sebenarnya bukan bermakna kita tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang kita suka.Ianya tetap boleh dilakukan bagaimana??jom nieyl share...

Untuk pengetahuan korang, PTT Outdoor merupakan platform yang membekalkan segala kelengkapan dan keperluan perkhemahan di Malaysia. Terbaru PTT Outdoor telah melancarkan sesuatu yang baru khas untuk golongan wanita yang memenuhi citarasa mereka yang aktif dan berhijab. Apakah dia? Ianya adalah tudung khas yang diberi nama Elysium by Jacqueline.K. 


Elysium by Jacqueline.K mempunyai 3 warna yang menarik iaitu Green, Blue dan Purple. Material kain yang digunakan adalah Microfibre dan streachable s spandex jadi sesuai  untuk melakukan aktiviti luar dengan lebih selesa. Lagipun kainnya ringan dan cepat kering jika dibasuh, basah terkena air terjun ataupun peluh. 


Tudung ini juga sangat mudah untuk disarungkan tidak memerlukan sebarang pin pun, hanya sarung sahaja sudah siap terletak sahaja atas kepala. Ianya memang sangat sesuai untuk wanita yang ada anak kecil dan menjimatkan masa untuk bersiap. Malah korang tidak akan rasa panas pun kalau memakai tudung ini sebab ianya tidak memerangkap haba. so, try okay..



Setiap wanita perlu ada sekurang-kurangnya satu helai,kenapa?sebab tudung ini tidak memerlukan korang menggosok. Terus sarung sahaja, semudah A B C. Cepat,selesa, pantas dan kemas. Siapa tak grab sehelai rugi tau..


Kalau korang masih lagi tercari-cari tudung yang sesuai untuk bersenam, tidak mudah terselak, ringan dan serap peluh, nieyl sangat rekemen korang cuba tudung  Elysium by Jacqueline.K. ini korang pasti tidak akan kecewa malah nak beli lagi warna lain. serius..

Ramai orang pilih tudung Elysium sebab :-
  • Material kain tidak panas..best sangat.
  • Tidak mudah bergerak,tidak perlu risau terselak lagi
  • Ringan dan sesuai untuk bersukan
  • Harga adalah mampu milik dan berpatutan

Nieyl dah ada sehelai,warna blue..sangat ringan, sejuk dan tidak kedut itu yang paling penting okay. Jadi sangat penting untuk kita sebagai wanita yang aktif memilik tudung Elysium ini..Untuk dapatkan tudung khas ini, nieyl share detail di bawah:-

Whatsapp 0164221018 (lagi senang, klik link ni untuk directly whatsapp kami: http://pttoutdoor.wasap.my

Facebook : PTT Outdoor
Website : PPT Outdoor

07 June, 2017

Kasut Si Burung Merpati

by on June 07, 2017
Kasut Si Burung Merpati | Tertarik nieyl baca artikel tentang terciptanya kasut si burung merpati ni, kalau sekali pandang memang ingat ianya adalah burung merpati yang asli.Dengan reka bentuknya, warna-warna yang digunakan memang seperti the real burung merpati. Tapi sejujurnya tak pula terfikir nak buat kasut seperti ini kan. Biasa kita tengok rekaan menggunakan kulit binatang sahaja, so ini adalah sangat unik.


Pereka terkenal dari Jepun yang dikenali sebagai Keiko Ohata telah mendapat idea mencipta kasut persis burung merpati asli kerana kecewa tidak dapat mendekati burung merpati dengan lebih dekat dan Keiko telah mereka kasut burung merpati supaya dia dapat berdiri sehampir mungkin dengan haiwan tersebut.

Jom tengok cara-cara membuat kasut burung merpati yang asli. teruja tengok gambar-gambar yang mempamerkan cara dia membuat dan mereka kasut tersebut.













Cantik kan?kalau sekali pandang memang nampak seperti real..nak satu boleh?hihihi...agak² kalau ada di Malaysia,korang nak beli dan pakai tak?-CARI


Random Menu Berbuka

by on June 07, 2017

Random Menu Berbuka | Sori ya korang, pagi-pagi dah tayang makanan almaklumlah bulan puasa kan kebanyakkan entry memang tentang makanan pun.hihihi.. Tahun ni bulan puasa, masa nieyl akan tak berapa nak stabil sebab lepas keluar pejabat nieyl terus kena pergi Bangi untuk pick up my sister. Sepatutnya nieyl keluar pejabat jam 4.30 sampai rumah biasanya jam 5 tapi disebabkan kena pergi Bangi terus, sampai rumah antara 6.10-6.30 lebih kurang, jadinya nak masak sedap² agak susah sedikit sebab kekangan masa. Itu belum kalau jamm lagi..Jadi,menu berbuka memang sangat simple,dalam masa 30 minit kena siap masa.



 Menu ni hari sabtu lepas nieyl pergi rumah my sister,nak buka bersama mak..
mak buatkan nasi ayam special untuk nieyl..yumyum...


Selamat berpuasa semua, yang mana masih bertahan tu Alhamdulillah...jangan di bilang berapa hari tinggal di bulan  Ramadhan yaa...sabar....

06 June, 2017

Deko Raya Impian Yang Di Idamkan

by on June 06, 2017
Deko Raya Impian Yang Di Idamkan | Pejam celik Pejam celik dah masuk 11 Ramadhan, Alhamdulillah. Sekarang ini bila dah menghampiri 15 hari Ramadhan, rata-rata umat islam sedang sibuk membersihkan rumah sedikit demi sedikit untuk menyambut bulan Syawal tidak lama lagi. Selain itu juga ada juga yang memikirkan deko-deko raya untuk menghiasi rumah mereka sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi. 

Pada nieyl selain membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, nieyl dengan en.husband sangat menitik beratkan tentang dekorasi dalaman dan luaran rumah. Ada sahaja idea dan susanan yang akan di buatnya. Kebiasaannya En.husband lebih arif bab-bab deko nie, kita tolong tengok sahaja la..hihihi..

Dalam entry ni, nieyl nak share 3 idea deko raya yang nieyl nak buat dekat rumah tu tapi seperti biasalah kena minta pendapat en.husband dulu.Dapat green light, kita terus sambar..

1. Simple dan menarik- Idea nak beli buaian ini salah satunya adalah sebab ruang tamu untuk menonton televisyen tidak besar, so bila adanya buaian ini ianya lebih santai untuk tetamu yang datang ke rumah malah ianya pasti menjadi satu tarikan kepada kanak-kanak untuk duduk di atas buai tersebut sementara ibu dan ayah mereka menjamu selera




2. Jimat ruang dan elegan - Jika ruang rumah kecil, adalah sesuai jika kita beli sofa yang tidak terlalu besar.Ini kerana bila sofa besar akan menyebabkan ruang rumah kelihatan penuh atau padat. Cukup sekadar, selesa untuk tetamu duduk, senang dibersihkan dan berkualiti. 


3. Menaikan keceriaan rumah dan hati -  Apabila rumah cantik, ceria secara tidak langsung kita juga akan membuat hati tetamu-tetamu kita happy dan senang hati. Permilihan warna langir adalah sangat penting ya sebab ia akan menberikan satu aura kepada diri kita dan tetamu. Jangan la campur-campur warna block yang mungkin menyakitkan mata tetamu yang datang nanti. 


Untuk pengetahuan semua sempena Marbahan Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale Lazada yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, Lazada menawarkan pelbagai tawaran dengan 90% diskaun...jom ramai-ramai membeli belah di Lazada.com.my sekarang.

Buah Kiwi bantu bulan puasa

by on June 06, 2017
Buah Kiwi bantu bulan puasa | Pada bulan puasa, ramai di kalangan kita menghadapi masalah pencernaan. Ini kerana kurangnya makanan yang berserat dan pengambilan air dengan kadar yang minimum merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan sembelit.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya bukan susah pun nak mengatasi masalah sembelit di bulan puasa ini. Korang hanya perlu makan makanan yang berserat seperti buah kiwi kerana ianya sangat membantu.Ini kerana kiwi memilki kandungan serat yang sangat banyak dan ianya juga mengandungi enzim proteolytic yang dapat membantu memecahkan protein dan melancarkan sistem pencernaan tubuh manusia.

Tahukan korang,bahawa buah kiwi mengandungi vitamin c 2x ganda dari buah limau..ha..klu tidak tahu,hari ni korang dah tahu kan..antara lain manfaat buah kiwi ini adalah :-
  • Mampu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menjaga kesihatan kulit
  • Meningkatkan haemoglobin
  • Memperbaiki mood
  • Membantu mengawal tekanan darah


05 June, 2017

Request Dari Ibu Mertuaku

by on June 05, 2017
Request Dari Ibu Mertuaku | Alhamdulillah,sudah beberapa hari MIL nieyl berbuka bersama nieyl dengan en.husband di rumah nieyl. Tak ingat hari ke berapa puasa, MIL request nak makan asam pedas..huhuhu..berdebar jantung ni nak masak asam pedas time bulan puasa, yela tak boleh nak rasa main agak-agak sahaja. Cuma lepas berbuka tu,rasa kurang manis sahaja sikit yang lain ok boleh dimaafkan sebab bulan puasa tak leh nak rasa..hihihi..

So,hari ini MIL request nak makan nasi goreng sahaja..so,juadah berbuka nieyl hari ini adalah nasi goreng. Cuma tengah fikir lagi nak masak nasi goreng apa,ikan bilis ke, ayam ke,udang ke....


Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

by on June 05, 2017

SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Tingkat Amalan Ramadhan selain Zakat

by on June 05, 2017
Tingkat Amalan Ramadhan selain Zakat | Bila tiba bulan Ramadhan setiap tahun,pastinya kita diwajibkan berpuasa ke atas seluruh umat islam di muka bumi. Ini menunjukkan betapa Allah memberi kita peluang melipatgandakan pahala dan ganjaran yang berganda. Selain kita berpuasa di bulan Ramadhan, umat islam yang berkemampunan turut diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. 


Bila sebut sahaja zakat fitrah semua orang tahu, tapi tahukah korang bahawa zakat fitrah itu adalah zakat badan atau diri bukannya zakat harta? Jumlah yang wajib zakat adalah ramai kerana hampir semua umat islam wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Selain menunaikan zakat fitrah, ada 2 amalan yang boleh dilakukan lagi pada bulan Ramadhan iaitu :

  • Zakat Harta - Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai kiraan haul zakat harta. Sudah pasti korang akan ingat bila waktu untuk membayar zakat harga. Zakat harta terdiri daripada hasil pertanian, binatang ternakan,perniagaan,wang simpanan,emas dan perak. Boleh dibayar di Institusi atau pejabat zakat ataupun pusat-pusat pungutan zakan setempat dan melalui amil-amil yang bertauliah yang di lantik.
  • Sedekah -Sedekat adalah perkara sunat yang mulia untuk menggembirakan orang lain. kalau bulan bulan puasa pun amalan ini di teruskan. Apabila kita bersedekah, hendaklah didahulukan orang yang terdekat seperti adik -beradik dan jiran tertangga sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain. Bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja,sedekah juga wujud dalam amalan-amalan sunat seperti bertasbih,bertakbir,bertahmid dan bertahlil.

01 June, 2017

Untung Jadi Anak Buah saya

by on June 01, 2017
Untung Jadi Anak Buah saya | Itulah orang kata bila belum ada rezeki ni, segalanya untuk orang sekeliling...siapa lagi yang lebih bertuah kalau bukan anak-anak buah nieyl. Kalau belah nieyl ramai yang dah besar-besar, so..kalau belah en.husband masih kecil-kecil, baru nak membesar. Adam baru 1 tahun 9 bulan dan Ellsa pula baru 4 bulan lebih. So,kalau pergi mana-mana terutamanya kalau pergi holiday mesti akan beli something untuk dieorang. 

Kalau nak beli makanan, tak berapa pandai sangat pula Ellsa nak makan, so kita bagi adil nieyl belikan dieorang baju. Kalau nak tahu, masa pergi shopping dekat Melaka Outlet hari tu..plan nak belikan baju dieorang yang sama tapi merata masuk kedai baju kanak-kanak tak ada..2x masuk kedai yang sama..hihihi...

Last-last dapat juga lah baju seorang sehelai..walaupun tak sama x apa lah..next time beli lagi ya...Ha..cepat siapa yang nak kasi anak dia jadi anak angkat nieyl..meh register..hihihih


Cara Minum Air Ketika Bulan Puasa

by on June 01, 2017
Cara Minum Air Ketika Bulan Puasa |  Kalau korang jenis yang suka minum air kosong seperti nieyl ni yang kalau boleh sehari 3.5 liter ni, kalau bulan puasa macam mana korang aturkan masa untuk minum air kosong sehari supaya badan kita cukup air seharian. Biasanya minum 8 gelas sehari kan. 

Yang pastinya tengah hari kita dah skip la nak minum air sebab bulan puasa, ke ada yang terminum di waktu tengah hari selepas dengar azan zohor??hihihi...jangan macam-macam korang.. 


Pastikan korang minum air yang cukup seharian ya..Caranya seperti :-
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas makan nasi
  • 1 gelas selepas solat fardhu isyak
  • 1gelas selepas solat tarawih
  • 1 gelas selepas makan malam (kuih muih)
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas sebelum sahur
  • 1 gelas selepas sahur

Ha..dapat tak?jadi jangan kata tak sempat,tak boleh..sebab yang nak sihat badan kita, kalau bukan diri kita sendiri yang mendidik,siapa lagi kan.

Oh ya..nak pesan dengan korang semua, kalau boleh lah elak minum air manis dengan kerap ianya bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa. dan elak juga minum air yang banyak ketika berbuka, minum untuk hilangkan dahaga sahaja okay...

Selamat berpuasa semua!♥