Chili Oil SK Recommend | Ha..jangan nak judge ye..memang la chili oil ini boleh buat sendiri, kalau korang rajin buat sendiri teruskan, cuma nieyl ni tak rajin nak buat dan takut-takut tak kena dengan taste nieyl ni, kang hangus , pahit sudahnya kang ke tong sampah juga kan. Daripada membazir, baik nieyl beli hihihi. Siapa kenal shakila khoriri?seorang pelakon now dia buat bisness Chili Oil. Nieyl ikuti proses dia dari mula-mula start jual Chili Oil ni banyak rintangan dia, dari segi rasa, packaging dia, macam-macam dugaan ni tau, sampailah ke hari ni Sk Chili Oil dia successfull dan ramai peminat.
Jadi, 19 Jun yang lepas kali pertama nieyl cuba SK Chili Oil dia, nieyl beli sebotol sahaja dulu sebab baru-baru nak try rasa kan, nak tengok kena ke tidak dengan taste nieyl. Ha..jangan nak judge lagi ye sebab taste kita tak sama..
Korang nampak tak nieyl zoom sikit dalam tu ada bawang putih yang sangat crunchy, chili flake, udang kering yang sumpah sedap, memang kena dengan selera nieyl.
Kalau malas nak masak yang berat-berat, goreng telur, ikan goreng ke garing-garing makan bersama chili Oil ni, memang sedap. Sekarang ni nieyl memang akan makan telur goreng dengan chili oil berbanding dengan kicap.
Disebabkan sebotol tu dah habis, minggu lepas nieyl beli lagi combo 2 botol SK Chili Oil buat stok kebetulan dia buat Combo RM30 , jadi nieyl grab terus. Harga sebenarnya RM15.90 sebotol.
Kalau korang nak beli juga, nak try dulu boleh klik SINI okay
akak pun tak rajin, beli lagi jimat kalau makan utk 2 org hhehehhehe sedap chili oil makan dgn bubur nasi pun mashuk
ReplyDeletemakan gitu pun dah ok dah....
ReplyDeleteKak SA lagi la...x rajin kalau process buatnya tu renyah...hehehe..beli je dah la...eh nak cubaaaa...
ReplyDeleteChili Oil ni letak dalam mi sup ke bihun sup ke, bubur ke semua sedap la.
ReplyDeleteMakan dengan sup pun sedap. Tak pernah lagi beli chilli oil. Pernah buat sendiri je masa buat sukiya homemade. Lama dah tak buat.
ReplyDeleteKalau Nieyl kata sedap, mesti sedap ni. Nak try lah. Memang tak rajin nak buat.
ReplyDeleteMenariks ni...leh try. Tq nieyl..share
ReplyDeleteSama kak .. kalo Maslaah sambal2 begini, saya better beli. Yg sudah tahu enak, jadi tak akan mubazir. Nampak cruncy isian dalam chilli oil ini 😍😍
ReplyDeleteAkk pernah buat sekali, jadi la. Tapi lepas tu kemalasan melanda haha
ReplyDeleteRamai yg support cili oil SK ni kan
CCL pernah try juga chili oil SK ni memang sedap .. makan dengan nasi putih telur mata tambah kicap sikit kan
ReplyDelete