28 July, 2025

Chili Oil SK Recommend


Chili Oil SK Recommend | Ha..jangan nak judge ye..memang la chili oil ini boleh buat sendiri, kalau korang rajin buat sendiri teruskan, cuma nieyl ni tak rajin nak buat dan takut-takut tak kena dengan taste nieyl ni, kang hangus , pahit sudahnya kang ke tong sampah juga kan. Daripada membazir, baik nieyl beli hihihi. Siapa kenal shakila khoriri?seorang pelakon now dia buat bisness Chili Oil. Nieyl ikuti proses dia dari mula-mula start jual Chili Oil ni banyak rintangan dia, dari segi rasa, packaging dia, macam-macam dugaan ni tau, sampailah ke hari ni Sk Chili Oil dia successfull dan ramai peminat. 

Jadi, 19 Jun yang lepas kali pertama nieyl cuba SK Chili Oil dia, nieyl beli sebotol sahaja dulu sebab baru-baru nak try rasa kan, nak tengok kena ke tidak dengan taste nieyl. Ha..jangan nak judge lagi ye sebab taste kita tak sama..

Korang nampak tak nieyl zoom sikit dalam tu ada bawang putih yang sangat crunchy, chili flake, udang kering yang sumpah sedap, memang kena dengan selera nieyl. 

Kalau malas nak masak yang berat-berat, goreng telur, ikan goreng ke garing-garing makan bersama chili Oil ni, memang sedap. Sekarang ni nieyl memang akan makan telur goreng dengan chili oil berbanding dengan kicap. 

Disebabkan sebotol tu dah habis, minggu lepas nieyl beli lagi combo 2 botol SK Chili Oil buat stok kebetulan dia buat Combo RM30 , jadi nieyl grab terus. Harga sebenarnya RM15.90 sebotol.

Kalau korang nak beli juga, nak try dulu boleh klik SINI okay

3 comments:

  1. akak pun tak rajin, beli lagi jimat kalau makan utk 2 org hhehehhehe sedap chili oil makan dgn bubur nasi pun mashuk

    ReplyDelete
  2. Kak SA lagi la...x rajin kalau process buatnya tu renyah...hehehe..beli je dah la...eh nak cubaaaa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)